script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Warta Pahang: Pemimpin "Kontroversi" PAS, Haji Mat Sabu Bakal Berceramah Di Kerdau Malam Ini

KERDAU, 26 Okt - Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu dan Naib Presiden, Salehuddin Ayub akan berceramah di Kompleks PAS Darul Hikmah sempena Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Pahang dekat sini jam 9.00 malam ini. Hari kedua program tersebut menyaksikan berlangsungnya acara sukan rakyat melibatkan Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Zailah Yusof. Sementara itu majlis perasmian telah disempurnakan oleh Mat Sabu kira-kira jam 3.00 petang tadi. Orang ramai masih kelihatan berpusu-pusu hadir bagi menyaksikan pameran dan jualan di tapak karnival yang disediakan. Orang ramai adalah dijemput hadir dalam program malam ini. Turut akan berceramah ialah Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang. Dalam satu kenyataannya sebelum ini, beliau berkata Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. Kehadiran Mat Sabu di Kerdau malam ini dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana beliau semakin "kontroversi" dengan isu "Mat Indera" yang dimainkan oleh media pro-UMNO sekarang ini. Sementara itu difahamkan, pihak penganjur sudah memberi kata dua kepada Unit Amal PAS untuk berhati-hati dalam mengawal keselamatan pada malam ini. Ia berikutan, tindakan beberapa pihak yang tidak senang dengan kehadiran Mat Sabu dalan ceramah anjuran pembangkang mutakhir ini. Apapun, diharapkan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku hendaknya. Demokrasi perlulah dipertahankan!.


Pelancaran konvoi ARC oleh Ketua Pemuda PAS iaitu Ustaz Nasharuddin


PAS semakin hari disokong oleh generasi muda sekarang ini sebenarnya

Unit Amal PAS diberikan taklimat untuk pastikan keselamatan terjamin

Sebahagian daripada anggota Nisa' PAS yang bertugas sebagai urusetia

Anak-anak muda peserta ARC turut menyertai acara yang dijalankan


Antara pimpinan PAS Negeri Pahang yang hadir ke program tersebut

ADUN Beserah dan Yang DiPertua PAS Bera juga turut dilihat bersama

Sebahagian gerai jualan yang kelihatan begitu suram tanpa pengunjung

Anak muda ARC kelihatan memenuhi tapak aktiviti program berkenaan

Kawasan yang disediakan untuk PAS kawasan promosikan produk mereka

[Biar pun sambutan Ulangtahun ini adalah untuk parti PAS, namun agak mengecewakan bilamana tidak ramai kelibat penyokong dan ahli parti yang hadir memeriahkan aktiviti yang diadakan pada sebelah siang hari. Ini menyebabkan beberapa peniaga yang menjalankan operasi di tapak terbabit mengeluh kerana gagal mencapai target yang diharapkan. Orang ramai mula berbondong-bondong hadir ke lokasi berkenaan pada sebelah malamnya iaitu semasa program ceramah diadakan. Diharapkan pada masa akan datang pihak penganjur dapat mencari alternatif bagaimana caranya untuk menarik seberapa ramai ahli dan penyokong yang tinggal berdekatan untuk hadir beramai-ramai. Situasi ini sama seperti apa yang berlaku di Cherating baru-baru ini. Apapun, kami ucapakan syabas dan tahniah kepada PAS Pahang sempena ulangtahun ke-60 perjuangan mereka. Semoga perjuangan akan diteruskan hingga Islam ditegakkan atas mukabumi ini hendaknya. Salam Perjuangan leluhur buat semua pejuang!].
Share:

5 ulasan:

  1. Orang sakit mental tak sedar diri macam mt sabu ni sepantasnya diberikan hadiah bom telur busuk, sebusuk hatinya!

    BalasPadam
  2. Mat Sabu pergi masuk hospital sakit mental kelas satu lagi baik.

    BalasPadam
  3. Hari siang kebanyakkan orang pergi kerja.Walau pun disitu kebanyakkannya kerja kampung,memandangkan harga getah tengah naik sekarang ni,lebih menoreh dulu.Asyik dengar ceramah sahaja bukannya mengenyangkan perut tambah lapar lagi adala.

    BalasPadam
  4. Lagi banyak dengar ceramah lagi banyak dosa....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.