KUANTAN, 31 Okt - Sesuatu yang sungguh mengecewakan bilamana sebuah pusat perubatan pakar (swasta) tiba-tiba mengatakan mereka tidak mempunyai "doktor pakar". Inilah yang berlaku kepada isteri seorang mangsa kejadian yang tidak mahu dikenali. Kes berlaku beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan pakar popular di bandar ini iaitu Kuantan Medical Centre (KMC). Pusat perubatan tersebut yang terletak dikawasan pusat bandar Kuantan berhampiran dengan komplek membeli belah Berjaya Megamall yangs ering dikunjungi oleh orang ramai. Kes melibatkan seorang "ibu yang mahu menerima rawatan susulan" akibat "turun darah" yang tidak dilayan dengan baik oleh pihak KMC sedangkan sehari sebelum itu beliau baru sahaja discaj selepas "bersalin" dari pusat perubatan terbabit. Menurut suami mangsa, beliau sudah membayar caj perkhidmatan ribuan ringgit untuk menghantar isterinya bersalin di pusat perubatan itu dan datang semula untuk dapatkan rawatan susulan akibat masalah terbabit (turun darah). "Saya sudah membayar hampir beribu ringgit, tiba-tiba bila isteri saya mengamali masalah mereka layan saya begini. Bukan saya mahu rawatan percuma .. saya akan bayar lagi jika pun mereka kenakan caj. Isteri saya meraung-raung menahan kesakitan dalam kereta ketika itu. Tapi bila mahu dapatkan rawatan, mereka kata tiada doktor pakar. Malah doktor yang merawat isteri saya sehari sebelum itupun tidak ada dan tiada siapa boleh membantu. Mereka nasihatkan saya ke Hospital Tg.Ampuan Afzan (HTAA) dan pusat perubatan lain selepas itu", kata beliau. Difahamkan, isteri beliau mengalami kesakitan yang amat sangat ketika itu. Namun, dek kerana jawapan yang diberikan beliau terpaksa membawa isterinya ke sebuah lagi pusat perubatan swasta yang baru dibuka di Jalan Gambut. Mujurlah isteri "mangsa" telah selamat selepas menerima rawatan susulan di pusat perubatan terbabit selepas itu.
Inilah Kuantan Medical Centre yang terletak di sebelah Berjaya Megamall
yang dipercayai menjadi lokasi kejadian memalukan itu baru-baru ini






takdir
BalasPadamSAMAN LA!! Tunggu apa lagi!
BalasPadamIklan Cangih ,Mangih....Tapi HAMPAS....
BalasPadamTulah, hospital kerajaan tak nak pergi. Berlagak punya pasal.
BalasPadamhelo sedara, ingat hospital kerajaan tu bagus sangat ka? skali bg ko masuk hospital kerajaan dalam keadaaan yang serba xley wat pe, lumpuh ke, stroke ke?? ko ingat dorang layan bek sangat ke ngan ko?? silap2 die biar aje ko atas katil tu, xbagi mandi, membusuk je atas tu, pastu mula la dapat sakit len.. agak2 la, mgkn btol, kat swasta kurang pakar, tp kerajaan punyer pon lom tentu dapat rawatan yang selesa, diorang ramai lagi nk uruskan orang len, dari nk uruskan orang camko, ko ingat xramai ke orang sakit kat kerajaan punye hospital?? mgkin swasta kat situ je yang bermasalah, tp ade gak hospital yang baik, layanan lagi bek, dan yang penting keselesaan..
BalasPadammemfitnah itu lebih terok dr membunuh...moga BELIAU mendapat balasan yang sewajarnye
BalasPadamservis hospital al farabi pun teruk jugak... buat d & c rm 3 ribu lebih... duduk x sampai 13 jam... siap kena halau lg waktu tgk bini dalam bilik pembedahan. .. cakap semua doktor perempuan, yg sebenarnya ada jgk dr laki masuk, dah la tipu customer, layanan diorang lg teruk, menyesal g al farabi
BalasPadamLapur kepada Malaysia Medical Counsel jika terbukti bersalah akan menerima padah please refer Sec 19 Restriction on registration Medical Act 1971.
BalasPadam