KUANTAN 26 Okt - Penglibatan dan kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membantu pasukan keselamatan itu menangani dan mengurangkan kadar jenayah di daerah ini. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff (foto) berkata, berikutan kerjasama erat itu, daerah ini berjaya mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 17 peratus setakat ini. Menurutnya, angka itu memberi kesan positif kerana sebelum ini kadar jenayah di daerah ini mencatatkan 60 peratus manakala selebihnya dilaporkan di daerah lain. "Dengan kerjasama masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia banyak membantu polis menangani jenayah yang berlaku di sesuatu lokasi," katanya. Beliau berkata sedemikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan meraikan kenaikan pangkat 14 anggota polis dari Balai Polis Beserah anjuran Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) di sini, baru-baru ini. Jasmani berkata, bagi meneruskan usaha tersebut, penubuhan balai polis di sesuatu lokasi penting dan setakat ini, balai itu di kawasan Perindustrian Gebeng sudah siap dan menunggu masa beroperasi manakala hanya tinggal 2% untuk selesai dekat Cherating.
[Selain Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh, hadir sama Ketua UMNO Bahagian Indera Mahktota, Datuk Mohd Hazmi Yusof dan Timbalannya, Datuk Shaharudin Shamsudin, Ketua Kampung Balok, Zainon Ali. Sementara itu, Wan Azlan berkata, majlis tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap anggota dari balai polis itu membantu menjaga keselamatan dan kesejahteraan para penduduk di kawasan tersebut] sumber
Bila Jenayah dah tak ade...
BalasPadamJaga la pembantah LYNAS pulak..
Takde keje carila keje..
Jangan buat org susah udah le...