script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Felda Terus Cuba Menipu Peneroka, Lantik Peguam Dan Tubuhkan Mahkamah Timbang Tara Bagi Menutup Kelemahan Agensi Itu Sebenarnya !

Rata-rata peneroka di seluruh negara sebenarnya menyatakan kekecewaan terhadap FELDA yang terus cuba untuk menipu peneroka bagi menutup kelemahan mereka sejak sekian lama. Terbaru, mereka mempergunakan Gabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang dipimpin oleh Tan Sri Rozali Ismail (foto), untuk cuba meredakan kemarahan peneroka terhadap agensi itu selama ini. Lantaran itu GWGF diarahkan menubuhkan "Skuad Peguamku" bagi membela dan mempertahankan isu-isu yang dibawa oleh peneroka terhadap Felda. Apa yang jelas tindakan tersebut hanya bertujuan untuk mengaburi mata peneroka yang selama ini terpedaya dengan peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda sejak sekian lama. Baru-baru ini, Rozali dengan bangganya memaklumkan kepada media yang Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) telah melantik 23 peguam dari kalangan anak-anak peneroka Felda untuk selesaikan aduan berkaitan perkara itu secara percuma. Beliau turut mengatakan bahawa Skuad Peguamku akan membantu peneroka terutamanya dalam proses "timbangtara" berkaitan isu KPG yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kononnya jalan tengah untuk membolehkan peneroka tidak dikemukakan ke mahkamah ialah dengan membawa kes itu ke Majlis Timbang Tara yang dipengerusikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Malah katanya, proses itu bermula bila Felda membuat kajian dan berbincang dengan wakil peneroka yang diwakili oleh Skuad Peguamku. Jika persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak maka kes itu akan dianggap selesai. Namun jika ia tidak selesai barulah kes itu akan dibawa ke Majlis Timbang Tara. Kononnya ia bagi menjaga hubungan baik peneroka dengan Felda untuk jangkamasa panjang. Sedangkan Felda sebenarnya tiada hak lagi ke atas tanah mereka, kerana masing-masing sudah mempunyai geran hak milik sendiri yang sah. Namun, Felda cuba untuk berkuasa buat selamanya.


BAPAK dilihat gagal saingi ANAK kerana mereka adalah tali barut Felda


Keratan akhbar Metro (25 Oktober) berkaitan kenyataan Rozali Ismail
Persoalannya sekarang, apakah motif Majlis Timbang Tara yang ditubuhkan Felda itu?. Mahu menutup kes atau membantu para peneroka mendapat kembali hak-hak mereka yang ditipu Felda sejak sekian lama?. Jika Skuad Peguamku itu tawarkan khidmat secara percuma, maka dimanakah untung yang akan mereka perolehi kelak?. Bukankah mereka itu adalah peguam yang menjalankan perniagaan dalam bidang undang-undang. Maknanya, Skuad Peguamku akan dibayar dan diupah oleh Felda menerusi BAPAK sebenarnya. Jika mereka dibayar oleh Felda, maka apakah mereka akan mempertahankan peneroka?. Bukankah mereka semua akhirnya akan mempertahankan segala penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Felda itu sendiri sebenarnya. Peneroka tidak wajar terus ditipu dengan dakyah sebegini lagi. BAPAK cuba untuk berlawan dengan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Mazlan Aliaman. Dalam hal ini, kami melihat ANAK lebih jujur berjuang membela peneroka daripada BAPAK. Apa yang dilakukan BAPAK ialah untuk mempertahakan Felda biarpun mereka tahu siu penyelewengan dalam hal KPG itu. Buktinya, mereka cuba melantik peguam bagi mewakili peneroka dalam hal ini. Tapi dek kerana BAPAK itu bayangan Felda, maka mereka terpaksa mencari jalan untuk menutup kes dan tidak mahu lagi Felda dimalukan bila kes itu dibawa ke mahkamah yang menyaksikan peneroka menang dalam saman berkenaan. Felda juga takut, dengan saman-saman berserta "bukti dan fakta" yang dikemukakan oleh peneroka selama ini. Lantaran itulah mereka mahu menubuhkan mahkamah sendiri yang bakal dijadikan alat untuk sekali lagi tipu peneroka.

Peguam Persoal Motif Felda Tubuh Timbang Tara

Sementara itu, menurut seorang pengamal undang-undang di Pahang iaitu Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) berkata apa motif Felda menubuhkan Majlis dan Mahkamah Timbang Tara kerana ia tiada dalan perjanjian asal peneroka menyertai tanah rancangan Felda dulu. Malah dalam perjanjian itu tiada pun klausa timbangtara seperti yang diperkatakan. Beliau juga mempersoalkan apakah kewajaran Ahmad Maslan pula dilantik sebagai Pengerusi Majlis Timbang Tara. "Mahkamah Timbangtara macam ana sedangkan dalam perjanjian asal takde pun klausa Timbangtara .. Apa kes Ahmad Maslan pula jadi Pengerusi Majlis Timbangtara. Dia bukan Mahkamah dalam erti kata sebenar. Ofis Penimbangtara yang dilantik pun boleh digunakan sebagai Mahkamah. Itu la sebabnya dia nak Timbanggtara .. bila Timbangtara esok dia letak la kroni dia sebagai penimbangtara ... mudah la kerja dia. Peneroka juga yang akan merana", kata beliau. Apa yang pasti dalam kes ini Felda akan menggunakan kuasa yang ada untuk terus memaksa peneroka tunduk kepada mereka buat selama-lamanya. Inilah yang menjadi matlamat Felda. Ikuti penjelasan lanjut peguam terbabit dalam blog peribadinya, DI SINI.

[Apa yang dilakukan oleh Felda ini sebenarnya sudah boleh dibaca oleh para peneroka. Apa guna ada peguam jika hanya untuk selesaikan kes di luar mahkamah dan sebagai gimik semata-mata. Mana mungkin peguam yang dilantik oleh Felda akan memberi kemenangan kepada para peneroka. Justeru itu, para peneroka digesa terus bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Tanah itu kini bukan lagi milik sesiapa, tetapi milik mereka. Felda hanya agensi pengendali dan mereka tiada hak lagi ke atas tanah-tanah peneroka. Mereka yang perlu keluar dari Felda sekarang dan bukan memaksa peneroka untuk terus berhutang buat selamanya. Sudahlah berhutang, peneroka pula ditipu dan hasil mereka diselewengkan. Kemudia dalam masa yang sama mereka membina mercu tanda mewah dan jalanlan projek perniagaan yang gagal membawa keuntungan di sana sini. Akhirnya peneroka menderita tetapi beberapa kerat peimpin atasan Felda kaya raya dengan kemewahan yang ada. Apakah generasi muda Felda mahu terus ditipu buat selamanya?. Maka itu, jom lakukan perubahan demi masa depan anak-anak kita dimasa akan datang. Teruskan perjuangan SI ANAK!].
Share:

11 ulasan:

  1. klau dah mmg dasar penipu sampai mampus pun akan menipu,sial

    BalasPadam
  2. Kalau dah bodoh selalu kena tipu ,memang selama-lamanya akan kena tipu.

    BalasPadam
  3. Takan lah Anak je yg boleh buat,orang lain pun nak buat kerja juga.Akhirnya nanti tengok siapa yg berjaya dan siapa yg bakal rakyat percaya.Sesiapa pun bebas utk berbuat sesuatu.

    BalasPadam
  4. BAPAK di anggotai oleh semuanya generasi Peneroka,sedangkan Anak didominasi oleh pihak Pembangkang.Mana yg lebih ikhlas kita tengoklah nanti.

    BalasPadam
  5. Pelik sungguh Felda ada mahkamah sendiri timbang tara.Dak ko macam keno dispilin tu?Macam budok sekolah.Demo baru nak ngajar kito.Mahathir 22 tahun merentoh tak dok pun peduli ko Felda.sejak bilo demo nok jago Felda?Dulu tak dok pun.Pasal demo tau Felda ada pitih masuk tiap hari.Tak pakai pun jadi demo tulong pakai.

    BalasPadam
  6. yang penting Isa samad tu di pecat je . mengada-ngada sangat nak apongkan FGVSB konon. FGVSB bukan nya ada duit pun. harapkan asset Felda Plantation je. Buat jamuan raya bagi bil kosong kat felda d'saji suruh tulis RM400k . Tak munasabah langsung. jemputan cuma 5000 orang je.

    BalasPadam
  7. kalo rasa benda 2 hak kita kenapa kita xpertahankannya sahaja....sedarlah wahai org2 felda sekelian kerana anda mendapat tanah dengan percuma sedangkn kami yang lain tanah pun xde....cuma tanah kubur je yang menjdi milik kami satu ari nnti

    BalasPadam
  8. Tiru PBB agaknya....macam kat Belanda....bicara ketua2 Serb.....!

    BalasPadam
  9. Kepada mereka yang teruja sangat serang Felda tapi tak tau sepatah pun Group Settlement Act (GSA) 1960, sila dapatkan maklumat lengkap akta itu. Di situ tertulis mengenai Majlis Timbangtara. Majlis itu bukannya mahkamah tapi sekadar sebuah jawatankuasa yang bertindak sebagai pihak ketiga untuk mencari kata putus antara Felda dan peneroka. Harap faham dan hentikan dendam kesumat pada Felda selagi anda tak tau hujung atau pangkal masalah. sekian.

    BalasPadam
  10. 1) Ramai warga bukan peneroka Felda menyalak di sini seolah-olah mereka faham apa yang berlaku dengan KPG dan lain2 hal.
    2) Ramai juga warga peneroka yang blur mengenai KPG dan suka-suka dengar cakap `batu api' dari kelab pembangkang.
    3) Ramai peguam cheap sale masuk Felda cari makan. Mereka tau kalau kes masuk mahkamah, Felda mesti bayar. Cuma peneroka terlupa, kalau tak masuk mahkamah, Felda juga akan bayar dengan jumlah yang lebih tinggi.
    4) Ramai peneroka teruja nak pakai peguam cheap sale supaya saman Felda tanpa melihat jumlah komisyen yang dikutip oleh peguam. Penyudahnya tuntutan mereka cuma se`ciput' saja. Peguam masuk kampung pun gelak2 sambil berkata "bestnya cari makan kat kampung.. kenyang beb"
    5) Peguam cheap sale mula gelabah bila ada Skuad Peguamku yang bagi guaman percuma. Mulalah sebar fitnah skuad peguam ni datang nak tipu peneroka walhal peguam cheap sale tu datang untuk apa yer.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah Skuad Peguam Percuma sedia membantu peneroka yang serba daif. Moga Allah permudahkan usaha yang sedang dan akan dilakukan oleh GWGF.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.