
TEMERLOH, 25 Okt - Orang ramai di sekitar kawasan Parlimen Temerloh, Jerantut dan Kuala Krau dijemput hadir beramai-ramai ke program Ceramah Perdana sempena Ulangtahun Ke-60 Parti Islam SeMalaysia (PAS) peringkat negeri Pahang yang bakal diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau jam 9.00 malam ini. Ceramah akan menampilkan tokoh-tokoh terkenal seperti Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang), Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Hishamuddin Rais (Aktivis Blogger), YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) dan Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang). Sementara itu, satu Diskusi Blogger akan diadakan di Restoran Ibnu Hussin (Ibu Jah) tingkat bawah Bangunan Pejabat PAS Pahang, Temerloh jam 5.00 petang semalam. Diskusi santai tersebut akan melibatkan ahli panel blogger Hishamuddin Rais dan Blogger Cucumatkilau . Diskusi yang bertemakan "Blogger, Peranan & Cabaran Merialisasikan Pakatan Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" itu diadakan sempena Majlis HiTea Perdana di sini hari ini.
[Sementara itu program Sambutan Ulangtahun ke-60 PAS Peringkat negeri Pahang itu, turut diadakan pameran sejarah dan jualan berbagai barangan di tapak ekspo yang disediakan. Pada hari kedua (esok) akan berlangsung pula sukan rakyat melibatkan Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden, Tuan Hj. Mohamad Sabu manakala Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu dengan tema "Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya". Mereka juga akan tuut menyampaikan ceramah perdana pada malam itu di tempat yang sama (Komplek PAS Kerdau) esok. Justeru, orang ramai adalah dijemput hadir].
salam
BalasPadamkot rajin,cepat2 la selidik n buat ringkasan Laporan Audit Pahang 2010..mesti ramai yang nak tahu..
Lagi jauh lebih berfaedah anjurkan ceramah dan diskusi tentang betapa jitu dan relevennya PAS dengan 'anugerah' gelaran PARTI ANGGUK-ANGGUK SAJA.
BalasPadam