script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Ikuti Rakaman Video Saat-Saat Terakhir Sebelum Muamar Gaddafi Di Bunuh Pemberontak!

TRIPOLI, 21 Okt - Pemimpin Libya, Muamar Gaddafi (foto) terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan. Rejim berkenaan yang dikenali sebagai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan Gaddafi terbunuh dalam serangan terakhir di bandar Sirte. “Kami mengumumkan kepada dunia Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi,” kata jurucakap NTC, Abdel Hafez Ghoga. Sementara itu Pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita “Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu. “Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini adalah masa bagi Libya untuk mulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.


Rakaman video tangkapan Muamar Gaddafi sebelum dibunuh pemberontak

Rakaman video wajah Muamar Gaddafi selepas dia dibunuh oleh pemberontak

[Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi. Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya. Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan atas tanah. Selain itu, Al Jazeera turut siarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulan yang mukanya tidak pun berlumuran darah].

Share:

11 ulasan:

  1. Anwar Ibrahim patut dan wajar menerima nasib yang sama seperti Gadafi.

    BalasPadam
  2. Kalau ini yang mau tunggu saja lah, siapa terima nasib siapa belum tahu, mirip nak jadi seperti ini banyak dah.
    Cerita banyak tak guna perhatikan nasib negara2 arab sebelum Libya dan jiran Malaysia, Indonesia.
    Bukan mengancam tapi kesombongan golongan anda tak mustahil babak sedih ini akan berulang.

    BalasPadam
  3. Terlalu gembira puak2 Yahudi apabila pemimpin Islam seperti Saddam Hussain dam Muammar Ghadafi dibunuh oleh Orang Islam yang dibelakangnya Amerika. Kalau zalim sekalipun pemimpin Islam tu biar allah sahaja yng menghukum. Kenapa Husni Mubarak tidak pulak dibunuh seperti Saddam dgn Muammar. Husni Mubarak lagi zalim dan bersengkongkol dgn Israel yang menyebabkan org palestin ditindas dan dibunuh.

    BalasPadam
  4. Begitu menyedihkan. Sedangkan ajaran agama menetapkan jangan menyiksa mayat.

    BalasPadam
  5. Tanpa campur tangan tentera NATO,ini semua tidak mungkin berlaku.Mengapa NATO hanya bertindak di Libya,tidak di Yaman dan tidak juga di Syria,malahan di Mesir dan Tunisia pun sebelum ini, Barat tidak membantu pemberontak .

    Semuanya kerana minyak dan juga sikap lebih condong ke mana seseorang pemimpin yg berkaitan.Libya mempunyai sumber minyak yg banyak dan juga Muhammar Ghadafi,lebik keras sikapnya terhadap Bara tdan Israel.Sikap Ghadafi juga tidak dapat di duga oleh Barat.Itu lah sebabnya mereka mengambil peluang ini untuk menjatuhkan Ghadafi.

    Di Malaysia pun,kalau sekarang Mahahthir yg berkuasa,berkemungkinana besar pihak Barat akan mengambil tindakan yg lebih agresif membantu menjatuhkan Mahahtir,walau pun mungkin melalui pilihanraya.Ini adalah kerana Mahahtir lebih lantang menghentam Barat dan Israel,dan Malaysia juga tidak kurang minyaknya.Berkemungkinan besar krisis kewangan 1997 dulu ,ada unsur-unsru begini memainkan peranan,dimana ianya telah sedikit sebanyak membawa kepada kejatuhan Mahahtir.Itulah juga sebabnya Najib sekarang sudah mengubah cara dgn tidak lagi memusuhi Barat malahan bersahabat dgn Barat,yg menyebabkan Anwar terpaksa melalui jalan sukar utk menjadi PM.

    BalasPadam
  6. Anon Friday, October 21, 2011 2:26:00 PM,

    Maksud kamu, Biarlah kita takutkan barat dari Takutkan Allah?

    Pandainya kamu..........

    BalasPadam
  7. Soal sikap keras, tak cukup keras pada barat, barat tak hairan itu bukan masalah pokok pada barat, persolan nya apa yang barat mahu apa yang barat tak mahu. Politik hari serba kemungkinan. Mesir rakan barat yang paling akrab, jika Hosni mubarak masih lagi dapat mempertahankan kuasa, barat tetap menjadi rakan nya kerana yang barat mahu Hosni Mubarak mampu di pergunakan, kejatuhan Hosni barat membaharui satu perjanjian dengan kerajaan baru, dengan syarat baru, dengan bantuan baru jadi kepentingan barat sentiasa terjamin.
    Sekira nya barat mampu mengekalkan proksi mereka untuk terus berkuasa mereka membantu begitu dan sekira nya bantuan dari mereka tak mampu pemimpin proksi mempertahankan kuasa mereka berpaling kepada penentang itu perkara biasa bagi barat.
    Pemimpin yang berkuasa mintak sedar diri, supaya jangan sampai rakyat bangun menentang seperti apa ysng telah berlaku kepada Indonesia, seperti apa yang telah berlaku di Tunisia, Mesir, Syria dan juga hari ini Libya. Pemimpin ini juga sewaktu mereka berkuasa mereka disanjung oleh puak yang hampir sama seperti Malaysia, dan merampas kekayaan negara demi kepentingan mereka dengan pelbagai alasan gila, dan mereka dilindungi juga dengan undang undang gila. Apa beza dengan kekayaan pemimpin negara arab yang telah dijatuhkan rakyat mereka ini, semua telah didedahkan segala keburukan mereka hari ini. Dasar dasar mereka yang membelakangkan hak hak rakyat dan mengutamakan kuasa dan memelihara kroni kroni mereka selain mengekalkan kuasa terlalu lama inilah yang menjatuhkan mereka.
    Fitnah dan penginiayaan terhadap musuh politik dan pembangkang yang keterlaluan ini yang akan menyumbang kepada kejatuhan pemimpin yang berkuasa satu masa nanti dan tak mustahil kemarahan yang tak terbendung ke atas Muammar Gadafi akan di rasai pemimpin Malaysia pula nanti, seperti apa yang berlaku di Libya, Gaddafi telah dibunuh oleh pasukan revolusi, terdiri dari bangsa arab Libya sendiri yang tak berpuasa hati, terlalu lama menderta dibawah regim yang mementing kepentingan diri memperkayakan anak dan bini. Malaysia giliran nya selepas ini.

    BalasPadam
  8. Bukan kerana minyak...tapi kerana Dinnar emas yg nak di perkenalkan oleh Ghadafi.....!Ingat tak bila Tun nak perkenalkan dulu..Mlaysia terok di serang oleh penyagak mata wang...Gorge Soros...dgn kawan nya Al Jubori....perhatikan dan fikir lah sendiri.

    BalasPadam
  9. AL Jubori tu siapa erk?

    BalasPadam
  10. Gitulah bila Orang Gila Kuasa....matinya pun terseksa....rakyat balas balik...seksa dia balik....nasib baik tak di bakarnya....kalau hidup...pun becara....lepas juga....!apamacam?

    BalasPadam
  11. Manusia memang hanya mampu membuat andaian yg belbagai .... tapi hakikat sebenarnya hanya Allah swt yang sebenar-benarnya yang Maha Mengetahui. Pada zahirnya kita melihat pelbagai golongan yang terlibat dan pelbagai teori yang ditimbulkan...kerana minyak, dinar emas, zalim,...tapi ingatlah Allah telah mengingatkan kita bahawa Dia yang sebenarnya berkuasa memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan juga menghina sesiapa yang Dia kehendaki...yang penting bagi kita sebagai hambaNya...ambillah peringatan bahawa sehebat mana pun kita atas dunia ini...kalau kita tidak merasakan kekerdilan kita dihadapan Allah malah berani mempermainkan hukum dan perintahNYA..tunggulah balasan yang amat pedih dariNYA...kalau tidak didunia ini...sudah pasti di akhirat kelak...Wallahua'lam

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.