script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bajet 2012: 'Belanjawan Tranformasi' Malaysia, Di Bentangkan PM Najib, Satu Tamparan Hebat Buat Pembangkang Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13

KUALA LUMPUR, 7 Okt - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (foto) membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat tepat pukul 4 petang tadi (Jumaat). Belanjawan kali ini disifatkan Najib sebagai satu belanjawan transformasi untuk semua rakyat Malaysia itu jelas sekali menepati ramalan ramai pihak sebenarnya. Banyak imbuhan, elaun dan kebajikan rakyat telah diberikan atau dimansuhkan. Biar pun Bajet 2012 ini dikatakan bertujuan untuk memancing undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, namun bagi rakyat biasa mereka tetap berbangga dengan keprihatinan kerajaan itu sebenarnya. Banyak faedah yang diterima oleh rakyat di bandar dan luar bandar yang antara lain bagi mengurangkan bebanan mereka. Jumlah keseluruhan bajet 2012 ialah RM232.8 bilion, manakala perbelanjaan operasi RM181.6 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM51.2 bilion. Ucapan Perdana Menteri itu disiarkan secara langsung melalui stesen-stesen utama radio dan televisyen. Belanjawan 2012 dilihat sebagai dokumen yang menggariskan strategi kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Prorgam Transformasi Ekonomi dan langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap sebagai memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia. Dewan Rakyat dijadual bahaskan Bajet 2012 itu minggu depan.

[Secara umummnya jelas sekali kandungan bajet menjurus kepada tekanan yang dihadapi oleh rakyat. Banyak elemen mengurangkan bebanan kehidupan, sektor luar bandar, menggerakkan inovasi bagi mempertingkatkan penghidupan masyarakat luar bandar. Bajet yang dilihat banyak mengurangkan kos sara hidup dan menyenangkan rakyat. Berbagai cara dan banyak yang telah diperkenalkan. Bajet yang penuh dengan isu transformasi terutamanya bagi sektor awam dan sektor ekonomi dan sebagainya jelas sekali akan diterima oleh semua. Soalnya sekarang, apakah Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM Najib Razak ini dapat diterima oleh Pakatan Rakyat. Atau mungkin juga apa yang diumumkan ini adalah satu strategi bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Semua ini boleh berlaku. Soalnya, apakah sokongan rakyat akan kembali berpihak kepada kerajaan BN selepas ini, atau rakyat juga melihat ia sebagai "gula-gula pilihanraya". Segalanya pasti akan dibuktikan pada PRU-13 ini nanti?].
Share:

5 ulasan:

  1. aku tak nampak apa tamparan hebat kepada pembangkang.yang nyata bajet ni untuk pilihanraya dan makcik dan pakcik felda akan ditipu lagi wp sedikit habuan bagi mengeyangkan cimb dan isa samad....kesian yer?

    BalasPadam
  2. Bila dah nazak,baru nak bagi itu ini,dah lewat daaaaaah!!!.
    Sebelum ni,hapus ISA bukan kerana desakan rakyat...sapa nak caya???

    BalasPadam
  3. Macam la kelantan bentang belanjawan yg paling menyenyangkan rakyat...

    KO PAShit memang bodoh....

    AKu rasa Guan Eng kena ganti Nik Aziz... sbb Guan Eng lebih layak ganti Nik Aziz... Ko org sokong tak ......

    takebear...... kah kah kah kah kah kahkaaaaaaaah kaaaaah kaaaaahhhhh

    Bodoh memang bodoh

    BalasPadam
  4. Anon Saturday, October 08, 2011 1:16:00 PM,.

    Satu ayat je untuk menghargai komen ko ni:

    "Ko ni Bongok Angkasa"

    Tahap tertinggi dalam bidang kebongokan.

    BalasPadam
  5. Anon Saturday, October 08, 2011 8:28:00 PM,

    Kesian ko ni.
    Dah la Bongok,
    Penakut pulak tu....
    Lain kali komen la on the spot.
    Ini tunggu org tido baru nak komen.
    Ni lah padahnya kalau banyak sangat tengok Porno.

    aku ada soalan untuk ko.

    1) Bagaimana ko boleh mengekalkan ranking kebongokan ko ni di no 1 untuk dulu,kini dan selama-lamanya???

    Ada amalan khusus tak? Ada makanan Special tak?

    2) Ko tak nak bagi bongok ko tu kat kawan-kawan ko yang lain ke????
    Jangan la tamak sangat.
    Kawan-kawan ko yg lain pun nak jugak bongok ko tu?????

    Kah,kah,kah.....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sultan Pahang Bertitah Agar Pengusaha Pertanian Di Cameron Highlands Perlulah Utamakan Amalan ESG

KUANTAN: Pengusaha pertanian khususnya di Cameron Highlands perlu memberikan keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan t...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.