SHAH ALAM, 22 Okt - Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (foto) berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung petang ini di Stadium Shah Alam. Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam. "Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir." katanya. Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu. Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik. Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam. Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu. Menurutnya lagi, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut beri kelepasan kepada mana-mana penjawat Kerajaan Selangor yang mahu sertai perhimpunan atas dasar individu. "Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."kata Dr.Hassan Ali.
Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN. "Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak." jelasnya. Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan timbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk sedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah. Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut alukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar. "Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk timbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya lagi.
[Kehadiran Datuk Dr.Hasaan Ali pastinya akan mencetuskan lebih banyak spekulasi selepas ini. Tambahan pula, beliau adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama di negeri tersebut. Namun, beliau berhak hadir atas kapasiti peribadi dan pihak-pihak yang berkenaan tidak wajar menimbulkan spekulasi kononnya dia antara tulang belakang himpunan tersebut. Ramai pihak terutamaya ahli dan penyokong PAS kini melihat Dr.Hassan adalah liabiliti kepada parti itu. Malah, ada yang begitu berani menuduh kononnya beliau mengidam jawatan MB Selangor dan bila-bila masa akan berkompromi dengan UMNO jika jawatan tersebut diberi kepadanya. Semua ini telah dijawab oleh Dr.Hassan, dan beliau mengaku masih yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Apapun, kehadiran beliau adalah yang amat ditunggu-tunggu pihak media].
[Kehadiran Datuk Dr.Hasaan Ali pastinya akan mencetuskan lebih banyak spekulasi selepas ini. Tambahan pula, beliau adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama di negeri tersebut. Namun, beliau berhak hadir atas kapasiti peribadi dan pihak-pihak yang berkenaan tidak wajar menimbulkan spekulasi kononnya dia antara tulang belakang himpunan tersebut. Ramai pihak terutamaya ahli dan penyokong PAS kini melihat Dr.Hassan adalah liabiliti kepada parti itu. Malah, ada yang begitu berani menuduh kononnya beliau mengidam jawatan MB Selangor dan bila-bila masa akan berkompromi dengan UMNO jika jawatan tersebut diberi kepadanya. Semua ini telah dijawab oleh Dr.Hassan, dan beliau mengaku masih yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS. Apapun, kehadiran beliau adalah yang amat ditunggu-tunggu pihak media].
Alahai PAS oh PAS....
BalasPadamJelas dan 'terang tak perlu bersuluh' bahawa PAS lebih pentingkan 'persebadanan' dan 'persetubuhan' haram dengan kafir berbanding permuafakatan sesma Islam.
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Keputusan Pas untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam esok membuktikan bahawa parti itu tunduk kepada tekanan DAP.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu sekali gus mempertahankan slogan terbaru parti itu yang tidak lagi memperjuangkan Islam, malah tidak mahu lagi Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara Islam sejajar dengan matlamat DAP.
Lepas ni Ugama APA pulak...mintak permit...buat perhimpunan..kat stadium....macam dema buat.....dia kata Malaysia Bolih....apanak kata...! lama2 jadi 911....!
BalasPadamTeringin nak tengok komen para 'pendakyah serba tahu PAS' yang bijak berhujah itu. Tapi sayangnya mcam terkedu jadi bisu. Kenapa? Radio habis bateri ke? baik buang radio tu kat tong sampah!
BalasPadamMengikut laporan,
BalasPadamKehadiran hanya mencecah 5000 orang je......
Alahai,
Mana yang kata AMENO ada ramai ahli.....
5000 je,
Kesian Sman.......
Anon Saturday, October 22, 2011 9:47:00 PM
BalasPadamHIMPUN bukan perhimpunan politik la bongok.
Anon Sunday, October 23, 2011 6:50:00 PM,
BalasPadamKalau Bukan Politik kenapa bising-bising PAS tak sokong??????
Kalau X mau guna nama AMENU,
Guna la nama NGO.....
Ko ni memang sejak lahir kurang cerdik ke?????
atau terkena sindrom takut bini???????