KUALA LUMPUR 24 Okt - Sesiapa yang mengagungkan perjuangan komunis dan menidakkan pengorbanan serta kesetiaan anggota pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara adalah pengkhianat yang dosa mereka tidak layak diampunkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan komunis bukan untuk membebaskan negara ini daripada penjajah, sebaliknya mahu mengambil alih tanah air dan menukarnya menjadi sebuah republik sebelum mengharamkan segala kebebasan rakyat termasuk untuk beragama. Beliau menambah, dalam konteks tragedi serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950, kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa lelaki Melayu, Muhammad Indera yang diangkat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai hero sebenar ialah seorang komunis. “Nak kata kepala tak betul dan bangang (bodoh), dia sudah dipilih menjadi pemimpin oleh partinya. Jadi apa muslihat dia? Orang sebegini yang sanggup menidakkan jasa serta pengorbanan para perajurit negara ialah pengkhianat dan dosa golongan seperti ini tidak layak untuk dimaafkan. “Saya sudah membuat siasatan dan pihak polis sendiri mempunyai bukti kukuh Muhammad Indera seorang pengganas komunis. Dia sendiri mengaku kepada pihak polis yang dia merancang serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan turut bertanggungjawab membunuh beberapa anggota polis. “Chin Peng (SU Agung Parti Komunis Malaya) sendiri dalam sebuah buku mengesahkan bahawa Mat Indera itu komunis. Jadi kenapa kita perlu mengangkat pemimpin sebegini,” katanya semasa berucap di majlis Perhimpunan Perdana Pesara dan Bekas Polis semalam. “Golongan yang menidakkan pengorbanan perwira negara yang sudah berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air kita yang tercinta ini ialah golongan yang buta hati. Golongan sebegini tidak boleh dibenarkan jadi pemimpin negara,” ujarnya.
Kenyataan oleh anak "Home Guard" yang mengesahkan Bristih mengupah
ayahnya supaya menangkap Mat Indera di Batu Pahat Johor dulu
ayahnya supaya menangkap Mat Indera di Batu Pahat Johor dulu
[Hadir sama ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; timbalannya, Datuk Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong; Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Sementara itu, ditanya pada sidang akhbar sama ada golongan yang dilabel sebagai pengkhianat negara akan dihadapkan ke mahkamah, Najib berkata, ia terserah kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, namun menegaskan pandangan pihak terbabit mesti ditolak dengan apa cara sekalipun. Mengenai bukti pembabitan Muhammad Indera dalam komunis serta penglibatan lelaki itu dalam tragedi Bukit Kepong, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersedia mendedahkan perkara itu kepada umum jika keadaan memerlukan. Najib berkata, selain rakaman, buku bertajuk “Dialogues With Chin Peng: New Light on the Malayan Communist Party” oleh C.C.Chin dan Karl Hack, mengesahkan pembabitan Muhammad Indera sebagai anggota komunis].
Sesiapa yg berkeluargakan komunis dan bersekongkol dgn yahudi laknatullah lagilah tak boleh diampuni. Mereka ni merupakan golongan munafikun yg menidakkan hukum Allah tertegak di bumi bertuah ini.
BalasPadamSYOR..
BalasPadamCarilah pakar2 sejarah yg betul2 tahu dan tidak memihak kpd mana2 pihak.. yang betul,tetap betul..
Keknya... DAH dapat RM3000, RM500 tentunya dah berubah fikiran...
MELAYU BOLEH...BOLEH BELI DAAAA....!!!
Kata dah merdeka...otak dan percakapan masih seperti penjajah zaman british...wakil penjajah kot!!!
BalasPadamDi Padang Mahsyar semua terbukti maaa... Lu apa sembunyi-sembunyi...
BalasPadamOrang kampong benci,menyampahkan British ambik keputusan lari ke hutan,bukan bererti mereka komunis,mereka yang bekerja dengan Inggeris,mabuk dengan Inggeris semeja,hidup cara inggeris,....apa kita nak gelarkan mereka2 ini....Talam 2 muka atau Kuncu2 Inggeris,mereka jugalah yang melucutkan kuasa raja....ketika itu dan ada Raja2 yang dibuang ke Pulau2 di Lautan Hindi....itulah angkara mereka....Aobila sejarah diungkit....maka sejarah LAMA....akan diketahui...generasi MUDA hari ini....!
BalasPadam