
KUANTAN, 14 Nov - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum PKR di Pejabat Perhubungan Negeri di Jalan Beserah dekat sini Sabtu lalu, meluahkan rasa terkilan dengan sikap penganjur yang gagal memberi ruang yang lebih lama kepada Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) untuk berceramah. Ini berikutan ramai yang hadir pada malam itu mahu mendengar dengan lebih jelas lagi peneranga isu "Cincin RM24 Juta Rosmah Mansor", makanya bila masa tidak mencukupi ia menyebabkan Chegubard gagal memberi penjelasan sewajarnya. Menurut seorang penyokong PKR yang ditemui, beliau kecewa kerana penganjur mengundang begitu ramai penceramah untuk tempih masa tidak sampai tiga jam. "Ceramah yang sepatutnya dimulakan jam 9.00 malam itu terpaksa dilewatkan kerana kehadiran tidak mengizinkan ketika itu. Akibatnya ia dilewatkan dalam cuaca yang sejuk kerana sebelah petangnya hujan turun dengan lebat sekali. Saya hadir untu dengar penjelasan Chegubard, tapi agak hampa bila beliau hanya dapat bercakap sekitar 20 hingga 30 minit sahaja. Sedangkan dimana-mana program sekali pun Chebugard biasanya akan diberi tempoh yang lama sekitar 1 jam setengah untuk memperincikan penerangan beliau. Ini menyebabkan kami merasa tidak puas dan ada sesuatu yang tertinggal pada malam itu", katanya. Difahamkan, pada malam tersebut terdapat lima penceramah yang diundang iaitu YB Fuziah Salleh (Naib Presiden PKR dan selaku Ahli Parlimen Kuantan), Mustafa Kamil Ayub (Penyelaras NGO Memacu Arus Perubahan), Andansura Rabu (Timbala YDP PAS Indera Mahkota) dan Ahmad Jufliz Faiza (Peguam kes Allahyarham Baharuddin Bersih 2.0). Mujurlah Ahmad Nizam Hamid (Pemangku Pengerusi PKR Negeri) tidak berceramah. Jika tidak sudah pasti masanya semakin terhad agaknya.

Empat penceramah menunggu ketika YB FuziahSalleh sedang berceramah

Chegubard sempat bergambar kenangan dengan orang kuat SAMM Pahang
[Sebagai pengajarannya, dalam satu-satu ceramah tidak perlulah penganjur mengundang begitu ramai penceramah sebenarnya. Pada malam itu, berikan lebih ruang kepada penceramah undangan dan penceramah tempatan hanyalah sebagai aluan semata. Tidak perlu masa yang lama kerana ia akan menyebabkan masa kepada penceramah undangan yang hebat-hebat itu terhad. Inilah yang berlaku kepada program PKR pada malam itu. Malahan, ketika Chegubard berceramah cuaca juga sudah tidak mengizinkan apabila hujan turun renyai-renyai. Sedangkan apa yang disampaikan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) untuk cukup menarik perhatian sekali. Dengan suara yang tegas dan lantang, ia jelas menarik perhatian orang ramai. Tetapi apakan daya masanya terlahu terhad dan mereka yang mendengar kelihatan tidak puas sama sekali. Mujurlah Chegubard bijak mencuri ruang lagi untuk menyambung masa kira-kira sepuluh minit lagi untuk menghabiskan ceramah beliau. Walau bagaimana pun orang ramai terubat hati dengan cerita Rosmah apabila Chegubard mengedarkan risalah berkaitan secara percuma. Jadikanlah ikhtibar atas perkara ini hendaknya].

Empat penceramah menunggu ketika YB FuziahSalleh sedang berceramah

Chegubard sempat bergambar kenangan dengan orang kuat SAMM Pahang
KEMANA PENGERUSI PKR PAHANG???
BalasPadamMELAKA 13 Nov. - Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.
BalasPadamKeputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.
Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.
Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.
AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.
Mereka mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.
Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin Pas dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan.
Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.
"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.
Sementara itu, Said berkata, keputusan yang diambilnya untuk keluar parti dan menutup cawangan Bukit Piatu adalah tepat.
"Saya lihat banyak kepincangan yang berlaku dalam PKR. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai.
"Sebenarnya kami semua diperalatkan sewaktu pilihan raya umum lalu. Cakap tak serupa bikin dan ini membuatkan kami bertindak keluar parti," katanya.
Selain itu katanya, perjuangan PKR juga tidak ada hala tuju dan tiada sebarang perubahan yang boleh menjadi kebanggaan.
Perjuangan UMNO dan BN dalam usaha untuk membela rakyat lebih meyakinkan, katanya.
DATO FAUZI DI MEKAH MENUNAIKAN HAJI.......
BalasPadamPakatan Rakyat sudah tidak relevan lagi...Pakatan Rakyat dilihat umpama duri daging dalam menghalalkan perpecahan bangsa dan ummah. Sy pengundi atas pagar sungguh kecewa dan tidak akan mengundi PR lagi. Maaf sekadar luahan hati yg ikhlas
BalasPadamSetujulah KOMEN PDO tu..
BalasPadamNak pulak cakap PEGUAM tu, geram betul, macam budak TADIKA je..
Rasanya aku lebih hebat kalau macam tu.. Anda boleh nilai la.!!
CIKGU BARD tolong ajar sikit peguam tu cara2 bercakap.. Kalau tak bagi Broser je utk baca.. buat spoi je..
AKU NAK DENGAR KES CINCIN X DAPAT..
Syabas kat NIZAM dia memahami..
Puak-puak MELAYU ni sebanarnya,
BalasPadamBOLEH dibeli, SYABAS UMNO u all berjaya membeli hati2 melayu tu !!
Sbb tu org PUTIH dulu senang je BODOHKAN org MELAYU macam tu..
Bagus pulak Mat INDON sepakat halau org putih ni, pas tu kiblat kat JEPUN. Ok jugak..
Sbb tu MAT INDON ni boleh kencing je mat MELAYU MALAYSIA ni, boleh beli.
Berapa ramai minah MELAYU dilarikan ke LOMBOK...sukarela pulak tu, tapi
Berapa ramai MINAH indon yg comel2 dibawa lari..nak mampos jawabnya!!
So, MELAYU BERBAYAR NI, BIAR LAH TERJUN DENGAN LABU NYA.. NANTI BILA SUSAH ESOK, PADAN MUKA..
depa menang masa ceramah jer...dasar parti taik kucing
BalasPadam