
KUALA LUMPUR, 2 Nov - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (foto) menafikan dakwaan bahawa beliau ialah "jurucakap" syarikat pemprosesan logam nadir dari Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas). Malah, beliau menyifatkan dakwaan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) itu satu tuduhan berat dan tidak wajar. Mustapa berkata kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan telah menjalankan sesi penerangan kepada banyak pihak termasuk orang ramai berhubung isu tersebut. "Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang mula menerima dan memahami dasar kerajaan menerusi projek ini dan kerajaan akan mempergiatkan lagi proses penerangan ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada sidang Dewan Rakyat semalam, bagi menjawab pertanyaan Fuziah yang telah mencelah perbahasannya. Fuziah juga menyalahkan kerajaan kononnya tidak mengambil kira aspek keselamatan rakyat dalam projek itu. Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan tidak pernah meluluskan lesen kepada Lynas untuk memulakan operasinya di Gebeng dekat Kuantan, sehingga projek itu menepati syarat yang dikeluarkan oleh panel pakar antarabangsa yang dilantik kerajaan. Menurutnya, Menteri Petroleum dan Perlombongan Australia Barat Norman Moore juga memberi jaminan bahawa tahap radioaktif yang dihasilkan projek itu adalah sangat rendah. "Malah, saya juga mahu merujuk kepada apa yang telah disebut oleh ahli parlimen PAS sendiri iaitu Hulu Langat (Dr Che Rosli) yang merupakan pakar dalam bidang sains nuklear, bahawa projek ini lebih rendah radiasinya," kata beliau.
[Isu Lynas sebenarnya akan menjadi "senjata makan tuan" kepada UMNO BN pada Pilihanraya Umum akan datang terutamanya di negeri Pahang ini. Malah, sikap yang ditunjukkan oleh Kerajaan Malaysia terhadap isu ii juga dilihat tidak telus dan banyak rahsia yang cuba disembunyikan. Maka, rakyat yang tidak berdosa akhirnya akan menjadi mangsa, sedangkan mereka yang berkuasa kini selesa dengan faedah yang diperolehinya. Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dilihat punyai harapan cerah untuk kekalkan kuasa di parlimen itu. Tambahan pula dari risikan yang diperolehi jelas mengatakan 90% orang Cina menolak Lynas dan akan menyokong beliau pada PRU itu nanti. Ini belum termasuk perbalahan "kerusi parlimen Kuantan" antara UMNO dan MCA yang masih gagal diselesaikan. Jika MCA terus kekal di Kuantan maka "comfirm" Fuziah akan terus menang bergaya. Jika UMNO pula jadi calon disitu, maka "comfirm" majoriti undi Cina akan beralih kepada Fuziah termasuk dari kalangan ahli MCA sendiri. Nampaknya, Fuziah bakal bergelar Ahli Parlimen Kuantan untuk penggal kedua selepas Pilihnaraya Umum Ke-13 nanti. Itulah senarionya sekarang].
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui.Tunjukkan lah kebenaran.Amin
BalasPadamMP kuantan ni tak ada isu lain ker... asyik lynas je...fuziah ni bongok...
BalasPadamorang cina tak suke sebab deme tak boleh nok kontrol, pikir la sikit.. bodoh
BalasPadamYg dapat keje kt Lynas anak Melayu jugak...tak kira la anak PKR ke..BN ke...yang penting diorang dapat kerja..dpt bg duit pada mak bapak..boleh beli barang kt ECM..beli rumah kt Kuantan..Kalau nk kira pencemaran kenapa industri petrokimia kt Gebeng tak disentuh.
BalasPadamHipokrit.
cine mmg xpuas hati klo kilang milik org melayu..
BalasPadamaku memang setuju sangat apa yg Anon 11:50 ckp tu. Fikir la secara menyeluruh...kalau x tahu apa yg di proses dan juga dihasilkan, lebih baik kaji la dulu...lain la org yg tak pernah kerja dlm plant
BalasPadamPada aku la..org Kuantan area Gebeng semua berhadapan dgn risiko..tapi diorng pun sedar ...kerja kt Gebeng imbuhan lumayan. Lepasan politek...keluar je dh ade keje..mat kilang yg pakai Wish..Caldina, City Transformer berapa ramai..Suka x suka ekonomi Kuantan bergantung pd industri termasukla Lynas...org PKR pun dpt persen gak...ms interview bukan tanya mu anak BN ke PKR ke...janji ada kelulusan nak kerja.
BalasPadamTak tau la kalau PKR ade pelan alternatif kerja selain Lynas dan mampu untuk menggaji anak muda Kuantan.
SURUH JE TOK PA TU BAWAK 'LYNAS' KAT JELI...WARGA JELI BERLAMBAK TAK DAPAK KERJA/NGANGGOR/MEREMPIT...
BalasPadamBUAT KAT JELI KENA SANTAU SIAM LAA..