script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: UIA Malukan Saifuddin, Batalkan Program Libatkan 'Timbalan Menteri Pengajian Tinggi' Itu!

KUALA LUMPUR, 22 Nov - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto) terkejut dengan langkah pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kerana membatalkan program yang melibatkan dirinya malam tadi. Menurut beliau, kejadian tersebut merupakan yang pertama menimpa beliau sepanjang menjadi Timbalan Menteri dan ia menyebabkkan beliau begitu terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh universiti itu. "Saya sebenarnya dijemput untuk menghadiri program itu oleh persatuan pelajar. Saya terkejut apabila dimaklumkan program itu dibatalkan dan ditangguhkan kerana itulah pertama kali saya akan hadir untuk program yang dijemput dan kemudian program itu diarahkan dibatalkan," katanya. Ekoran pembatalan program itu, beliau mengakui telah ditanya oleh pelbagai pihak berhubung perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya. Menjawab pertanyaan pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini, beliau bagaimanapun tetap menghormati keputusan tersebut kerana ia dibuat oleh pihak pentadbiran universiti itu sendiri. Katanya, keputusan pembatalan program itu diketahui oleh beliau menerusi pegawai khas medianya, Fadzmel Fadzil yang berkunjung ke universiti itu malam tadi. UIA dilaporkan telah membatalkan program bicara e-book Saifuddin malam tadi, atas alasan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sedang hangat diperkatakan sekarang. Menurut jadualnya, Saifuddin akan hadir ke UIA bagi menjayakan program itu jam 8.15 malam tadi, tetapi beliau ternyata dilarang berdialog di universiti itu.



Saifuddin, yang dilihat sebagai pemimpin berfikiran terbuka dan lantang dalam UMNO, dijadualkan membincangkan program buku elektroniknya yang bertajuk "Kalau Saya Mahasiswa". Dialog anjuran Persatuan Pelajar Undang-Undang UIA itu sepatutnya diadakan di auditorium utama universiti itu di Gombak, Kuala Lumpur. Saifuddin dimaklumkan mengenai pembatalan itu pada saat akhir dan diberitahu ia akan ditangguh ke tarikh yang lain. Menurut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh, beliau mendapat maklumat daripada Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIA bahawa pembatalan itu adalah atas arahan Rektor UIA, Profesor Datuk Zaleha Kamaruddin. 'Kalau Saya Mahasiswa' adalah buku kelima beliau yang diterbitkan pada tahun 2009. Ia boleh dimuat turun dan dibaca di laman web peribadi beliau iaiti www.saifuddinabdullah.com.my. Oktober lalu, Mahkamah Rayuan putuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang benarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

[Sungguh memalukan melihat adengan yang berlaku ini. Tergamak UIA batalkan satu program ilmiah yang melibatkan pemimpin kerajaan sendiri. Malah, lebih mengejutkan ia melibatkan kreadibili seorang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mana UIA adalah berada di bawah kementerian terbabit. Apa yang berlaku ini melambangkan betapa takutnya pihak pentadbiran UIA dengan kenyataan Saiffudin yang dilihat lebih profesional berkaitan dengan berbagai masalah yang melibatkan mahasiwa di negara ini. Melihat kepada apa yang berlaku terhadap Saifuddin ini, maka kemungkinan besar beliau tidak lagi akan berada di saf kepimpinan kerajaan BN sekiranya parti itu memerintah selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Malah, paling mengejutkan ada maklumat yang mahukan Saiffuddin ditamatkan karier politiknya di Temerloh itu sendiri. Jika ia berlaku, sudah pasti berita yang lebih panas akan dapat didengari selepas ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada beliau atas sikap telus dan adilnya ini. Semoga beliau akan kembali kepada rakyat hendaknya suatu hari nanti. Teruskan semangat perjuangan anda!].
Share:

3 ulasan:

  1. Itulah akibatnya bila orang BAIK jadi Menteri.

    Kalau nak kekal, ,mesti jadi YES MEN sahaja.

    Tengoklah yang terbaru, menteri Senator yabg kekal berkuasa walaupun mentedarah RM250 juta wang rakyat..

    BalasPadam
  2. Saifuddin di anggap 'baik' kerana dia selalu menongkah arus memberi pandangan yg agak pro kepada PR.Beliau mempunya fikiran terbuka konon.Sebenarnya Saifuddin begini hanya setelah di lantik jadi Tim Menteri,sebelum itu tak kedengaran pun suar beliau,walau pun ketika zaman Reformasi 1998,walhal ketika itu gerakan Reformasi cukup memerlukan sokongan moral dari merekaa yg berfikiran 'terbuka',apa tah lagi Saifuddin di pandang sebagai orang Anwar sebelumnya.Mengapa ini berlaku?.Apakah perubahan saifuddin sekarang ,kerana perinsip sebenarnya atau hanya menunjukan hipokrasi taraf tinggi beliau.

    Ketika zaman Reformasi dulu,Saifuddin pernah memperkecilkan Anwar dan meninggikan Najib di hadapan saya sendiri,walau pun ketika itu Najib belum menjadi PM malahan TPM pun belum.Itu lah sebabnya sehingga kehari ini saya tidak memandang tinggi beliau,walau pun kami dulunya sering berjumpa,berbicara dan berurusan.

    Walau bagaimana pun saya tidak lah memperkecilkan beliau semata,kerana beliau memang kelihatan mempunyai ketokohan.Ketokohan beliau saya lihat dari sudut intelektualiti bukan dari sudut politik, kerana sifat 'humble' tidak ada pada diri beliau,satu sifat yg perlu bagi seorang ahli politik yg ingin berkhidmat utk rakyat.

    nanti smbung lagi...

    BalasPadam
  3. Tidak hairanlah universiti-universiti di negara kita tidak ada tempat dalam senarai universiti terbaik didunia.Atas konsep gedung ilmu seharusnya universiti sarat dengan pemikiran-pemikiran ilmu yang terbuka dan jujur namun disebabkan kesempitan pemikiran pentadbirannya yang banyak dipengaruhi politik terkongkong menyebabkan universiti-universiti Malaysia boleh dikelaskan sebagai tempat membaca buku sahaja dan bukan sebagai tempat rujukan ilmu.Tidak boleh dijadikan contoh yang terbaik sebagai lambangan ketamdunan ilmu,para pentadbirannya hanya bangga menggalas gelaran professor tetapi hanya layak membuat seminar membincang sifir 2 sahaja.Yang jadi mangsa para mahasiswa kita.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.