script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: 'PAS Pahang' Di Berikan Tempoh Seminggu Siasat Dakwaan Ada Ahlinya Terlibat Projek Lynas

KUANTAN, 18 Nov - PAS Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap ahlinya yang dipercayai mendapat kontrak jutaan ringgit dengan Lynas Corporation iaitu kilang memproses rare-earth yang kini dibantah oleh parti itu. Jika sebelum ini PAS pernah mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat gara-gara tindakan beliau mengeluarkan kenyataan terbuka di TV3 yang bertentangan dengan dasar parti itu dalam isu Lynas. Maka, kini mereka wajar melakukan tindakan yang sama terhadap pihak terbabit. Aktivis Rakyat, Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau berkata demikian kepada pihak kami pagi tadi. "Saya sudah memberi tempoh sebulan kepada pihak terbabit supaya menarik diri daripada berurusan secara rasmi dengan Lynas. Namun, dari maklumat .. tiada tindakan dibuat. Makanya, saya tidak teragak-agak untuk mendedahkan pihak terbabit jika mereka terus berdegil.", kata Shukri. Beliau yang merupakan salah seorang penentang Lynas yang bergeras atas nama aktivis kecewa dengan senario yang berlaku. "Saya sanggup menggadaikan nyawa beberapa kali untuk berhadapan dengan mereka. Malah, saya hampir dipukul serta digertak dengan bermacam-macam ugutan oleh mereka. Tanpa sebarang kewangan saya hadir, malah membuat liputan meluas isu Lynas di blog, facebook dan sebagainya. Tiba-tiba ada pula manusia yang hipokrit, depan menentang belakang sapu projek. Saya tidak boleh terima semua ini. Kita marah kerajaan apabila ada laporan menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Israel yang kita tentang. Kini, ada orang kita yang tergamak mengadaikan maruah dengan membolot projek dengan Lynas. Sedangkan dibelakang mereka menentag projek tersebut. Saya juga ada maklumat mengenai anak-anak pemimpin PAS juga ada yang bekerja dengan syarikat terbabit. Kenapa ini berlaku?. Maka, saya harap PAS Pahang siasat kes ini dengan segera. Jika tidak sudah pasti ia akan jadi isu besar pada PRU akan datang", kata blogger terbabit.


Rakyat tertipu membantah Lynas bila ada orang tertentu tiba-tiba dapat
projek dan tergamak khianat kepada perjuangan mereka selama ini
[Pendedahan panas oleh blogger terbabit sememangnya amat dinantikan oleh rakyat. Mereka tidak mahu mereka yang tidak jujur, hipokrit dan khianat kepada kepercayaan rakyat mewakili mereka dalam memperjuangkan isu Lynas. Jika mahu main projek dengan Lynas, pihak yang berkenaan digesa meletakkan jawatan dan keluar dari parti itu demi maruah dan harga diri. Dikala rakyat sibuk berjuang menentang dan membantah Lynas, mereka bersama-sama berjuang dan mahu Lynas dihalau keluar dari bumi Pahang. Rupa-rupanya dalam masa yang sama mereka dapat untung besar atas projek tersebut. Apakah ini cara perjuangan Islam, menipu untuk kepentingan duniawi. Isu ini pasti akan menyentam semangat perjuangan mereka yang berkobar-kobar mahu Lynas dihentikan. Kini terdedah akhirnya ada pihak yang menipu dalam perjuangan. Isu ini bukanlah melibatkan parti tetapi hanya sikap individu tertentu semata-mata. Namu, harus diingat ada orang dalam kepimpinan PAS sendiri tahu tentang perkara ini dan kenapa mereka harus berdiam diri. Apakah mereka rela dana perjuangan PAS Pahang disalurkan daripada duit Lynas?. Maka, buat tindakan segera demi maruah parti serta kepercayaan rakyat terhadap isu yang cukup kontroversi ini hendaknya].
Share:

20 ulasan:

  1. Kalau pasal kontrak....lebih2 melibatkan jutaan ringgit.....jangan sebut parti la..sssama jee.....sapa nak hidup susah.....takat kulu kilir ceramah bukan dapat duit beb...lu pikir la sendiri

    BalasPadam
  2. Aku nasihatkan puak Melayu Pakatan,hapuskan lah perasaan hasad dan dengki.Kalau betul pun,kerja tu bukan kerja haram,biarlah dia nak cari rezeki.Projek Laynas ni hanya Poziah popet saja ya kata 'haram',siapa si popet ni?.Jangan lah kau orang terikut-ikut dgn mentaliti popet Poziah tu.Kau orang tak mahu buat kerja,itu kau org pun pasal,tapi jangan dok menyusahkan orang lain.Jangan paksa orang lain mengikut telunjuk kau orang,lagi pun ala haiii,nilailah diri sendiri tu sebelum nak tunjuk lagak,amaran sana amaran sini.

    BalasPadam
  3. Kelebihan orang Melayu ialah tebalnya perasaan hasad dengki dan perangai suka menyalahkan orang lain.Sebab itu Melayu tak maju.Paling ketara perangi ni ada dalah kelompok Melayu pakatan.

    BalasPadam
  4. Minta Pok Nik keluarkan fatwa bekerja utk Lynas haram,kemudian baru lah suruh Pas ambil tindakan berdasarkan Fatwa tersebut.Melayu nak jatuhkan Melayu,perangi paling ketara dalam pakatan.

    BalasPadam
  5. ITULAH MENTALITI ORG2 UMNO/BN, YG WALAU BERAGAMA ISLAM TETAPI TIDAK TAKUT DENGAN BALASAN ALLAH NANTI.

    RAKYAT TAHU MEMANG SUSAH MENCARI PEMIMPIN YG TAKUT MAKAN DUIT HARAM (SEPATUTNYA HASIL MAHSUL DI BAWAH INI UNTUK RAKYAT). PEMIMPIN UMNO/BN KAKI KIKIS HAK RAKYAT... SPT ;

    1. DUIT HARAM MEROMPAK HASIL BALAK-TANYA CIKGU ADNAN YAAKOB!!!!

    2. HASIL LOMBONG DIAGIH-AGIH SESAMA MEREKA

    3.PROJEK BERNILAI JUTAAN RINGGIT ,MEREKA BEREBUT MACAM ULAT TAHI

    4. HASIL KUARI DIMAMAH RAKUS KRONI MB

    BANYAK LAGI.....

    AKU LIHAT SESUNGGUHNYA PEMIMPIN PR KHUSUSNYA PAS MAMPU MENGAWAL NAFSU MEROMPAK HASIL BUMI PAHANG !!!

    ADA PERBEZAAN YG TERLALU BESAR ANTARA PEMIMPIN BERTAKWA (TAKUTKAN ALLAH SEPERTI PAS) DGN PEMIMPIN UMNO YG RATA2 MAKAN DUIT HARAM HASIL NEGERI.....



    RASANYA TIDAK SALAH PRU 13 KITA TUMBANGKAN UMNO/BN YG SEMEMANGNYA KITA YAKIN 100 % RAKUS MENKAYAKAN DIRI,PROKSI DAN KRONI.

    CUBA SEKALI DAN KITA NILAI, JIKA TIDAK MENCUBA BERMAKNA KITA merestui kerja HARAM UMNO itu....

    BalasPadam
  6. AKU NAK PANDANGAN SIKIT. HAMBA ALLAH NIE BERNIAGA SECARA KEBETULAN DIA DAPAT PROJEK DENGAN LYNAS SECARA TENDER..SO.. APA SALAHNYA. KALAU CUCUMATKILAU DAPAT TENDER DRI LYNAS CORP TAKKAN CUCUMATKILAU NAK TOLAK.KITA BUKAN MEROMPAK SEPERTI ORANG BN/UMNO LAKUKAN

    BalasPadam
  7. Untuk anon 7.46 kita tidak pertikai ada anggota pas dapat tender tu dengan lynas....itu rezki dia....alhamdulillah tapi yang kita pertikai ialah parti pas yang bersekongkol dengan Dap & Pkr bermati matian membantah kewujudan kilang tersebut....tu yang kita pelik serta heran....

    BalasPadam
  8. PMBANGKANG ni mcm ulat taik lh...ckp xserupa bikin...korg keja mls tau nk mgutuk bn je...apa korg ingat nik ajis tu hati xbusuk ke...nik ajis tau kegiatan suka main jubo anuar tp demi kpentingan diri bt diam je...nik ajis bceramah mgutuk org melayu khusus amno blh ke?korg jgn tlalu bodo lh...poziah tu dh tau lynas xbahaya mne pn tp oleh kerana dh ambk duit bjuta2 dr ahli pniagaan dr china dia tpaksa lakukan kerja2 mburuk2kn lynas dn kerajaan phg...korg sndiri tau ada pmimpin PAS yg klulusan dr ATOM pn dh kluar knyataan kata lynas xbahaya dn bkn sperti yg poziah dn cina2 babi tu ktakn...msaalhnya pmbangkang ni bhati sial xmau trima kmajuan yg di rncang oleh kerajaan....ni soal diorg dh ambk duit bjuta2 dr china untk mgagalkn lynas...yg bodo lg bangang mnusia mcm korg lh tau bangkang je....

    BalasPadam
  9. anon,7:46,

    aku dengar citer, pok nik ajis dulu sampai di pujuk oleh HH dan HDin supaya tidak melindungi anak menantunya dan minta pok ni menyuruh menantunya meletak jawatan.ini lah gayanya pemimpin hampas yg warak lagi ularmak bila dapat kuasa.

    BalasPadam
  10. ANON 10.34 ...

    U ni betul-betul tak baca akhbar, bukankah kes menantu TGNA tu dah disahkan oleh SPRM tiada kes, perlantikan mengikut prosedur...

    Itulah kalau tak suka membaca akhbar (AKHBAR MILIK KERAJAAN UMNO mcm BH/UM), akhirnya pemimpin UMNO kelentong bulat-bulat. DAN inilah kelebihan UMNO, memanipulasikan orang kampung dan Felda yang kurang mendapat maklumat dan tidak berpendidikan tinggi.

    Gua anak kampung juga, tetapi dapat pendidikan hingga ke luar negara. Kami dah melihat keadaan negara maju yang rata-rata rakyatnya BIJAK menggantikan pemimpin yang lari dari tujuan asal berpolitik.

    Gua rasa kagum yang amat sangat dengan karismatik Ayotollah Khomeni di Iran, walau negaranya pengeluar minyak dan gas terbesar dunia, tetapi kehidupannya macam orang susah. Rumahnya yang pernah gua pergi, terlalu uzur bagi pemimpin tersohor spt beliau.

    Kenapa rumahnya pun cuma dari tanah ya walau beliau boleh MAKAN DUIT MINYAK malah lebih banyak kalau mau. Satu sahaja SEBABNYA, ...... .. IMAN yang tinggi.

    Gua mau tanya, ada ke pemimpin UMNO macam itu ???????? JANGAN HARAPLAH..... Hati mereka (pemimpin UMNO) SUDAH MATI....

    Sebagai rakyat yang dah lama memerhati tingkah laku pemimpin UMNO, aku berdoa dan berharap moga ada pemimpin MALAYSIA berakhlak umpama Ayotullah Khomeni...

    BalasPadam
  11. Haji Najibul pun ok gak hidup sederhana gak, bil elektrik dan air tak lah tinggi sangat cuma RM10,267,868.15 (10 juta ringgit tukar dgn Aus Dollar berapa duit jer) bagi elektrik dan bil air pula RM1,967,386.55(1 juta lebih jer tak banyaklah tu) untuk tempoh setahun, bil letrik Najib lebih kurang sama harga kondominium yang dibeli Dato Hajjah Sahrizat baru2 ini.
    Belanja lawatan Haji Najib pun agak berpada memandang ekonomi negara baik dan barangan keperluan rakyat saban minggu meningkat. Kadar belanja lawatan rasmi mereka sejak 2008 hingga 2011 dlm jawapannya pada persidangan dewan rakyat berjumlah RM17,118,650.58, bukan lah besar sangat berbanding dengan rakan sejawat, Barrack Obama di Washington.
    Akhbar The West Australian melapurkan, Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat. Perbelanjaan ni juga lebih rendah dari perelanjaan isteri Obama.
    Membeli $150,000 untuk mutiara di West Australia, bukanlah besar sangat nilainya, dia pakai dollar, lain la kalau pakai ringgit nampak banyaklah, sementara anak perempuan perdana menteri Najib Razak dipercayai membelanjakan $60,000 di David Jones,” petik akhbar itu. Kira jimat lah tu kan ?.

    BalasPadam
  12. Terimakasih PDO kerana dedahkan maklumat ini . Terima kasih juga kepada pengurusan Lynas kerana tidak terlibat untuk mempolitikkan Bisnes ini. Bukan majoriti ahli PAS menyokong PDO dan cucumatKilau ni untuk menentang Lynas sebenarnya.Cuma NGO yang 17 orang muka 'TULA' je yang buat kecoh . Dengan pendedahan ini , InsyAllah saya juga akan ke Lynas untuk mencuba beberapa peluang yang ada.Dapatlah jugak mengalir ke Tabung PAS di sini. Dalam Lynas pun mereka hidup aman dan damai tanpa mengira parti politik.

    p/s: biasanyalah orang yang hampa saja akan dedahkan perkara sebegini, bila tak dapat masuk dalam poket mereka..

    BalasPadam
  13. Moderator jangan begitu bodoh untuk membuat matematik. Bila 'Dapat projet Lynas = mengkhianat parti' . Lynas ni HARAM ke? Lynas ni dah masuk hukum macam jual arak judi,sembah berhala,zina ke? Sebab setakat yang aku ikuti selama ini . Mana ada Mursyidul Am atau Presiden arahkan supaya haranmkan Lynas. Yang aku tahu lah Ketua Pemuda PAS Malaysia pun tak halang orang kuatnya kerja kat Lynas .Cuba tanya Ustaz Din!
    Jangan cuba buat andaian sahaja. carilah fakta yang benar dan betul .

    BalasPadam
  14. Tak bangga dengan KeturunanSabtu, November 19, 2011 5:30:00 PTG

    "CUCU MAT KILAU" setiap yang ada diatas muka bumi ini adalah tertakluk kpd hukum Allah. sbb tu Al quran dan sunnah adalah rujukan kita. Apa yang nak saya tegaskan diatas adalah, perjuangan you all untuk membantah lynas tulus dan ikhlas ( lillah hi taala). jadi apa apa yang you all cakap/tulis itu adakah betul disisi Allah. Adakah selidik betul-betul dan sahkan segala maklumat anda sebelum anda sebarkan. supaya ia tak menjadi satu fitnah,tahukan anda berapa ramai pembaca yang membaca maklumat anda, dan dari situ berapa banyak share dosa yang anda akan dapat sekiranya tulisan adalah fitnah.Sbb tu Allah mengajar kita supaya menjauhi diri daripada sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah.

    BalasPadam
  15. Anon 10:34;...

    Memang kau membaca utusan/berita dan menonton berita RTM&TV3...tu la kau kurang maklumat..dibandingkan dgn org2 pembangkang ni... mereka ada juga membaca berita/utusan berita RTM/TV3 tapi masa yg sama mereka mengikuti harakah dan lain2 berita..so mereka lebih byk informasi berbanding dgn anda...

    TV3/RTM ada ke keluarkan berita 'mengenai lapuran audit negara mengenai projek NFC, TNB, dan teguran Ketua Audit kepada pembelanjaan kerajaan Terengganu dan Pahang. Dan ada ke akhbar BN/UMNO RTM&TV3 menyiarkan pujian Ketua Audit negara mengenai kewangan Negeri Selangor,Penang Kedah dan Kelantan?...

    Kalu tengok berita TV3 alamatnya tak de cerita lain la selain liwat...perkasa...murtad....

    BalasPadam
  16. pernah dgr ustaz kata dosa kita fitnah sama dgn dosa 80 kali berzina.. so, dr merata dok fitnah org sana sini.. lagi baik buat benda lain.. udah2 lah tu... smpai bila nk bantah.. maklumat dah bagi.. Pakar Pas sendiri dah kata selamat.. org kuat Pas sendiri ada yg keje dgn Lynas.. org kuat Pas sendiri ada yg dpt tender Lynas secara adil dah sah.. tak yah lah nk ikut sgt Fauziah tu.. rendah dah martabat dia.. fitnah sana sini...

    BalasPadam
  17. APA NAK KATA..
    ORG MELAYU MEMANG SUKA YG KOTOR2.
    1) KEDAI 'TOTO' 80% melayu.
    2) KARAOKE - 70% melayu
    3) 4D, BIG SWEEP- 60% melayu
    4) PUSAT URUT - 70% melayu
    5) PANGGUNG WAYANG - 90% MELAYU
    6) SALON RAMBUT- 70% MELAYU
    pENDEK CERita apa saja yg. BURUK, MAKSIAT itu lah yg disukai.
    *** KAJIAN UIA MALAYSIA-pAHANG****

    BalasPadam
  18. Eek...eleh...PKR lagi tak boleh percaya. Siapa yang paling banyak melompat lepas PRU 12 yg lalu sampai jatuh PR di Perak. Yg paling banyak menimbulkan masalah di dalam PR ialah PKR. Kalau nak undi PKR dalam PRU 13 kena tanya dulu, kalau hangpa menang apa jaminan hangpa tak melompat lagi macam Zul Kulim.PKR ni perangai lebih kurang dengan UMNO sebab depa asalnya UMNO.

    BalasPadam
  19. Kalau nak cipta NAMA.
    sokonglah LYNAS habis2an walau tergadai nyawa.
    Jangan BIMBANG, anda kan perolehi..
    WIRA negara, Siap dengan pangkat DATO' lagi, percayalah..
    Anak2 akan diberi BIASISWA-LYNAS, isteri juga terbela,percayalah..
    Cikgu NAN akan BELA anda..
    Hanya untuk RAKYAT PAHANG sahaja..

    BalasPadam
  20. Haji,
    Kalau aku jadi YB dan offer 1-2 juta, aku pun LOMPAT jugak. YB tetap jadi YB jugak..apa masalahnya?? DUIT dapat YB dapat dan boleh bagi DUIT pada penyokong lagi.
    MASALAHnya.. PUAK@ BN ni yg merasuah..SIAPA salah??
    PM ITALY pun kena rasuah betina , LUMPUH jugak!!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.