script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'Stop Lynas Coalition' Jemput Orang Ramai Sertai Taklimat 'Tindakan Mahkamah' Terhadap Lynas !

KUANTAN, 7 Nov - Stop Lynas Coalition (SLC) bersama 32 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain, bakal mengadakan "Town Hall Meeting" bagi memberi taklimat kepada rakyat tentang tindakan mahkamah yang bakal diambil terhadap Lynas Corporation, iaitu syarikat Australia yang membina kilang memproses "rare-earth" di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Taklimat bakal diadakan di Restorang Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad bermula jam 8.30 malam ini. Justeru itu pihak penganjur mempelawa orang ramai terutamanya warga Kuantan yang prihatin dan membantah isu Lynas untuk datang beramai-ramai pada malam ini. Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan kebangkitan suara rakyat menolak Lynas dengan lebih hebat lagi selepas ini, bila mana satu tindakan undang-undang pula akan diambil terhadap kegagalan mereka menghalang projek tersebut didirikan di negeri ini. Selepas sekian lama rakyat bangkit membantah dan terpaksa mendengar kenyataan dangkal daripada pihak-pihak tertentu tentang isu ini, maka sudah tiba masanya untuk kes berkenaan di bawa ke muka pengadilan. Jika ini berlaku, bermakna satu lagi episod bersejarah pasti akan terjadi selepas ini sama seperti kes kemenangan rakyat Bukit Merah (Perak) terhadap kilang Asian Rare Earth (ARE) di sana dulu. Biar pun mengambil tempoh yang lama berhadapan dengan perbicaraan, namun akhirnya rakyat menang dan kilang tersebut terpaksa ditutup. Kini, rakyat Kuantan bakal menyaksikan satu lagi episod perjuangan yang lebih besar dalam usaha membantah kilang Lynas selepas segala usaha dipandang sepi oleh pihak kerajaan selama ini. Malah, mereka yang membantah pula dituduh menyeleweng fakta walhal seluruh dunia tahu tentang bahaya "rare earth" terhadap kehidupan manusia itu sebenarnya.

[Umum masih ingat Kerajaan Negeri Pahang pernah dikalahkan dalam isu saman oleh syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn.Bhd dan terpaksa membayar jutaan ringgit kepada pihak tertabit. Biar pun ia dinafikan oleh kerajaan, namun rakyat melihat segalanya dan yakin isu Lynas juga bakal berhadapan dengan tindakan yang sama. Namun, bezanya rakyat bukan mahu "wang" dari Lynas sebaliknya mereka tidak mahu kilang tersebut didirikan dan beroperasi di Kuantan. Difahamkan, saman akan bermula pada bulan Disember 2011 ini. Dengan tindakan ini, maka rakyat pasti akan melihat berbagai pembongkaran berserta dengan fakta penting untuk mengesahkan kenapa Lynas perlu dibawa keluar dari bumi Pahang sebenarya. Kehadiran malam adalah terbuka dan percuma].
Share:

8 ulasan:

  1. Rakyat Pahang bukan lagi bodoh untuk terus membenarkan MALAPETAKA besar berlaku di Negeri tercinta. Kami tahu projek Lynas sememangnya membuatkan kroni MB kaya raya, tapi itu tidak penting bagi kami. Apa yang perlu diberi proriti utama adalah keselamatan anak cucu di masa depan. Cukuplah malapetaka di Lombong bijih besi sebagai peringatan kerana jika ia berulang di Gambang, MB pasti akan berhujah INI TAKDIR ... Kami akan pastikan BN akan diBE...ENDKAN dalam PRU akan datang. Cukuplah merompak dan berpolitik untuk kayakan diri dan kroni.

    BalasPadam
  2. betul2,
    Malam nanti bila orang kata Rakyat Pahang/Melayu dapat kerja...
    OK...KITA DAFTARKAN MALAM INI JUGAK, SEBAB KITA AKAN BAWA MEREKA INI KERJA WALAU DI BUKA KAT AUSTRALIA PULAK NANTI...ITU JAWABNYA.

    BalasPadam
  3. KERJA DAN REZEKI ADA SELAGI KITA YAKIN KEPADA ALLAH...SELAMA INI KITA HIDUP PUN WALAU LYNAS TAK WUJUD...YANG PENTING RAKYAT PAHANG SEDAR USAHA GANTIKAN UMNO DGN PR ,ADALAH SATU JIHAD...CUKUPLAH BALAK PAHANG DIAGIH-AGIHKAN MB KPD KRONI2 DIA SEOLAH2 BALAK TU DATUK DIA YG TANAM DAN TAK TAKUT MAKAN HARTA HARAM...INGAT BALAK DAN HASIL BUMI NEGERI ADALAH AMANAH YG PERLU DIJAWAB DI HADAPAN ALLAH NANTI...

    BalasPadam
  4. korg ni pikir umno je xbtl..yg bnk myibuk bkn rakyat phg tp pnumpang2 di ngeri phg..apa korg x ingt ke bapak korg cr rezeki kt phg mkn korg mkn,tp bila besr korg bt prangai mcm sial,asyik nk mgutuk kerajaan je..apa bapak korg xajar ke cr2 mghormati kerajaan yg telah bnk bjasa kpd rakyat...mak bapak korg xkecoh2 pn sbb diaorg jnis reti bhasa dn mgenang budi...ahaaa pegi mampos lh korg ni..

    BalasPadam
  5. Semoga ALLAH tunjukkan kebenaran.Dia Yg Maha Mendengar dan Lagi Maha Mengetahui.Amin.Diharap ditakdirkan dibicara di mahkamah nti,smua pihak menerimanya dgn hati terbuka dan waras.apa pun yg penting,nawaitu dr.pemimpin2 tuan2 semua yg akan menjadi penentu!ALLAH MAHA KUASA ALLAH MAHA MENGETAHUI.INSYA ALLAH

    BalasPadam
  6. ",tp bila besr korg bt prangai mcm sial,asyik nk mgutuk kerajaan je"

    sejak bile kerajaan ni maksum wahai anon 1129???

    BalasPadam
  7. dan sejak bila Pakatan lak maksum wahai anon 7:37pm....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.