KUALA LUMPUR, 28 Nov - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini. "Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (foto). Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini. Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam". Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka. Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun. "Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya. Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'. "Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.
[Apa yang berlaku ini sungguh mengejutkan kita sebenarnya. Ini jelas membuktikan yang Isa Samad rupanya memang benar tidak disenangi oleh sebahagian besar masyarakat peneroka Felda. Tindakan beliau berperang dengan Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, jelas sekali menggambarkan sikap sebenar Isa Samad selama ini. Beliau memang berniat jahat untuk merompak hasil mahsul Felda untuk kepentingannya sendiri, lantaran itulah tergamak untuk menyenaraikan Felda Global Ventures ke Bursa Malaysia. Rupanya memang beliau ada agens tersembunyi yang peneroka wajar tahu. Bayangkan dari untung RM2 billion tiba-tiba Isa Samad hanya mahu memberikan RM500 juta setahun kepada Felda. Bukankah ini satu kerja yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Nampak benar ada satu pakatan sulit antara mereka dalam memastikan keuntungan Felda masuk ke kantung masing-masing. Peneroka perlu bangkit untuk menolak Isa Samad, jika tidak sudah pasti masa depan mereka juga akan rosak dibuatnya. Isa Samad adalah seorang perasuah yang dilantik ke jawatan Pengerusi Felda oleh PM Najib Razak kerana ada jasa Isa terhadap Najib ketika beliau jadi MB Negeri Sembilan dulu agaknya. Apakah rahsia itu?].

Lantik LANUN jadi ketua.....apalagi...
BalasPadamBuat malu orang Melayu je.
BalasPadamSAMA LAH FEED-LOT (lembu syahrizat),
BalasPadam250 juta tu..dah KANTOI...
APA LAGI RAKYAT FELDA..Nak simpan lagi MAMAT pencen nie..Hantar saja ke NERAKA..
Nanti tengok lah,ramai lagi diatas dan dibawah Isa samad ni....buaya besar dan buaya kecil sedang menunggu untuk NGAP saham2............
BalasPadamOrang Felda majoritinya masih menyokong BN meskipun di tipu
BalasPadamhidup-hidup.
Eh, aku tak cayalah cerita ini, tak munkin Datuk Najib melantik Isa Samad jadi pegerusi felda jika dia tak bagus, kan Datuk Najib tu pembela peneroka.....jangan buat cerita karutlah CMK
BalasPadamanon 10.53..
BalasPadamMemang BAGUS..
Senang dapat adjus keluar DUIT..
Kalau lantik org tak ngam...sorry la nak keluar duit nie..
MEMBER lama petik jari je..
Macam tak pernah jadi BOSS.
Lawan Pak Sham. Kami anak peneroka menyokong dan MenDOAkan Pak Sham. Peguam anak peneroka sudi membantu. Isa Samad BANTUT JANGAN HINA PENEROKA. SAYA ANAK PENEROKA TAK HINA MEREKA.
BalasPadamJgn lupa, Najib tak lantik saja2 Isa jadi Pengerusi Felda melainkan di atas nasihat Apco!
BalasPadamPelantika Isa mestilah ada sebabnya.
Sebab apa?
Tu kena tanya Altantuya!
10.53 antara paling BODOH di dunia
BalasPadamPasal apa beri tempoh. Saman aje. Muka hang dah macam kena 'tempeleng' depan khalayak dan diketawakan pulak berramai-ramai masih nak beri tempoh...?
BalasPadamJika dia minta maaf pula maka ko masih terima dia seadanya..? Kalau macam tuh apa beza ko dengan macai-macai umno yang lain itu... Haprak.
lawan Pak Sham jangan malukan kami gen 2 Felda
BalasPadamMengapa la kerajaan melantik org yg memang ada masalah etika spt isa samad dan juga rahim thamby utk jadi pengerusi felda, risda dan felcra ni....cari la org lain.mcm dh x ada calon lain dh
BalasPadamuntuk keputusan penuh jgn UNDI BN TP UNDI LAH PR UTK KEMASLAHATAN RAKYAT DI MASA DEPAN, ingat jgn undi BN..mrk ingat negara ni milik mrk sepenuh nya..gunakan kuasa brakyat yg kita miliki..
BalasPadamhttp://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/program-melawan-hari-ini.html
BalasPadamSokonglah lagi,sokonglah.Orang FELDA ni memang tak serik-serik,dah terang dan nyata,perasuah dilantik sebagai Pengerusi apa lagi.Waktu jadi MB dulu,boleh wujudkan kawasan penternakan babi terbesar di Asia Tenggara apatah lagi sekarang.Felda ada ladang beratus ribu hektar,aset berbilion-bilion,nanti putih mata seperti mana kita kehilangan "Batu Putih" dahulu.Fikir-fikirkanlah orang FELDA.
BalasPadamaku nak offer mamat ni jawatan dlm feedlot,bg bonus 24 bulan gaji rm 70,000.bg diam.
BalasPadam