script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Laporkan Masalah Anda Di Sini !!

Sudah Lima Hari Air Tiada Di Kg.Padang Indah

"Sya mewakili penduduk tmn perumahan kg padang indah, jln sg lembing (dkt tmn impian) mohon penjelasan JBA Ktn, mengapa sehingga hari ini (11 nov ) sejak 6 Nov TIADA BEKALAN AIR, Apakah tindakan JBA yg telah buat? Apakah sokongan CF dari JBA kepada pemaju hanya PENIPUAN sahaja dengan membiarkan kami ditimpa masalah tekanan air yg rendah dan selalu terputus", Siti Sharinie, Kg.Padang

Empat Tahun Masjid Kg.Razali Tiada Mesyuarat

"MASJID AL GHAZALI...dh 4 tahun masjid ini tidak mengadakan mesyuarat agung. masjid ini di pengerusdikan oleh orang kuat UMNO dan AJKnya adalah di kalangan mereka shj. aktiviti amat lembab & kebersihannya amat mnyedihkan. Takkan masjid pun mahu di jadikn tmpt mncari publisiti sehingga takut nak buat mesyuarat agung. ckp org Pas mmpolitikkan masjid tp inilh hakikat yg sbnrnya..UMNO mmpolitikkn masjid & agama untuk kpntingan pribadi...wahai ajk masjid, tak takut ke akn azab Allah???masjid yg spatutnya di makmurkn tp mnjadi lesu hsil diterajui olh mereka yg gila pangkat & nama.." . Sash, Kg.Razali.

Banyak Bonggol Sekitar Jalan Taman Perumahan

"Menyuarakan hal bonggol terlampau byk dan tinggi di setiap kawasan taman perumahan kuantan ini. Boleh bina bonggol utk keselamatan lalu lintas terutama kanak2 melintas namun jgnlah ia dibina terlalu byk dan terlalu tinggi sehingga kereta standard pun kadang tersangkut jadi jongkang jongket Mohon pelaksanaan menilai membina menyiapkan terbaik utk rakyat . Sekian terima kasih", Mamat Midin, Kuantan

Jalan Maran Ke Sg.Jerik Di Abaikan Oleh Kerajaan

"Saya adalah salah seorang pengguna jalan dari Maran ke Sg. Jerik, Maran Pahang. Jalan ini melintasi Kg.Kuala Sentul menuju ke Sg. Jerik dan terus ke bandar pusat Jengka atau terus ke Jerantut. Jalan ini asalnya adalah jalan utama yang menghubungkan Kuantan Raub, dan Kuala Lipis.Sejak jalan Jengka dan Kg. Awah dibuka menghubungkan bandar pusat Jengka jalan ini telah diabaikan langsung. Jalan ini telah diabaikan oleh pihak kerajaan sejak tahun 1995. Sekarang jalan ini semakin sempit kerana tidak diselenggara langsung oleh Kerajaan pusat dan yang anehnya orang-orang kampung yang saya faham adalah penyokong kuat UMNO tidak membuat aduan keatas kerosakkan jalan ini kecuali beberapa orang kawan2 saya yang tinggal di kampung ini memberitahu bahawa mereka dah bosan dengan sikap kerajaan negeri yang tidak ambil tindakan walaupun aduan telah dibuat berpuluh-puluh kali. PDO boleh ler buat tinjauan dan mengambil video klip untuk ditayangkan kepada umum supaya sokongan UMNO di kawasan ini beralih kepada parti PAS atau mana-mana parti pembangkang. Sepanjang jalan ini yang melalui satu kuil yang besar di antara KG.Perenjak dan Kg. Jara dan Ulu Jempol mengancam lalu lintas situ apabila kenderaan bertambah. Pada saya ini bukan jalan raya tapi jalan kampung. Ini lah masalah Kerajaan Pahang yang tidak memperdulikan jalan2 lama sejak adanya LPT. Semua jalan lama telah diabai. Jom rakyat kita ajar Pahang dalam PRU13". Amin, Maran

[Paparan diruangan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Kepada pihak yang ingin memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan bolehlah melaporkannya di ruangan yang disediakan dibawah ini, atau email terus kepada kami pahangdaily@yahoo.com. Pihak yang mengadu juga boleh memaklumkan kepada kami sekiranya kes berkenaan telah diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan untuk diwar-warkan pada ruangan ini. Semoga dengan adanya ruangan ini akan memudahkan rakyat Pahang dan Malaysia amnya menyalurkan aduan masing-masing secara online di sini, Terima kasih atas sokongan semua, semoga Pahang Daily Online akan menjadi portal rakyat yang digemari oleh semua pihak hendaknya, Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Salam perjuangan untuk semua].

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.