Ramai pihak yang cukup terkejut apabila stesyen TV3 tiba-tiba menyiarkan secara eksklusif kisah Saiful Bukhari Azlan, individu yang dikatakan menjadi mangsa liwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Siaran yang dipaparkan menerusi rancangan Buletin Utama TV3 itu sungguh mengejutkan semua pihak sebenarnya. Apa tidaknya, dalam siaran tersebut dipaparkan seolah-olah Saiful memang benar-benar menjadi mangsa, sedangkan prosiding kes tersebut masih belum selesai lagi. Ia seolah-olah mahu menagis simpati rakyat supaya menerima kenyataan Saiful adalah mangsa liwat dalam kes tersebut. Sedangkan, majoriti rakyat Malaysia sebenarnya tidak percaya dengan kes berkenaan sejak dari awal pendedahannya. Antara lain, paparan eksklusif yang dibuat oleh TV3 malam tadi ialah berkenaan rentetan perjalanan kes itu dari awal hingga sekarang. Kemudian ia juga memaparkan aksi-aksi Saiful dan bapanya (Azlan Mat Lazim) ketika bersumpah laknat dan berada di dalam masjid. Juga dipaparkan dengan jelas wajah Saiful sedang berdoa di dalam masjid serta kelibat beliau dan bapanya yang kelihatan sugul dan pasrah menerima kehendak takdir itu. Tambah mengejutkan, TV3 juga menyiarkan wawancara dengan Saiful dan ayahnya tentang kes berkenaan. Bukan setakat, paparan gambar dan kenyataan disiarkan, malah ulasan oleh TV3 juga sungguh "syahdu" dan boleh menyebabkan orang ramai terpengaruh dengan siaran itu. Bukankah ini sesuatu yang jelas berat sebelah namanya.
[Apa yang jelas, paparan itu menunjukkan yang Saiful adalah mangsa liwat Anwar Ibrahim. Sedangkan kes pembelaan sedang berlangsung sekarang ini. Apa yang pasti, kenapa siaran eksklusif itu dibenarkan?. Bukankah ia menganggu prosiding perbicaraan itu sebenarnya?. Maka tindakan TV3 adalah sesuatu yang tidak wajar sebenarnya. Tambahan pula ketika proses pembelaan masih berjalan sekarang ini. Apakah ia bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu yang berlaku dimana ramai saksi penting seperti PM Najib Razak dan Isteri serta Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan enggan memberi keterangan semasa di temubual oleh barisan peguam Anwar agaknya?. Lantaran itu jalan terbaik ialah memaparkan semula segala adengan yang berlaku selama ini bagi membuktikan Anwar memang bersalah dalam kes tersebut. Bukankah ini tidak adil bagi orang yang dituduh?. Media tidak wajar digunakan sewenangnya untuk jatuhkan hukuman kepada mereka yang dituduh. Jika ini senarionya, maka nampak benar ada sesuatu yang tidak kena kes ini].






gua pun punya pendapat yg sama mcm lu bro mlm tadi..rasa mcm nk ludah jek tv tu..nasib baik tv aku..kalau tv kedai mamak...dh lama aku ludah dah..hamlau....
BalasPadamSemoga Allah menunjukkan kebenaran terhadap kes ini dengan sebenar-benarnya.
BalasPadamSemoga segala kejahatan dan pengkhianatan yang tersembunyi di dalam sistem perundangan ini terbongkar dan ditumpaskan satu persatu.
Dan semoga Allah menumpaskan pemfitnah-pemfitnah dan pendokong-pendokongnya yang bermaharajalela ini dengan azab yang mengerikan untuk dijadikan ikhtibar di dunia ini.
Ku pohon di saat ini agar doa-doa para pemfitnah dan penyebar fitnah ini tidak dimakbulkan Allah sehingga akhir hayat mereka kerana kezaliman mereka ini.
Semoga Allah menghancurkan media-media yang menjadi penyebar fitnah dengan sehancur-hancur.
Semoga Allah menghakiskan kepercayaan di dalam hati kesemua rakyat terhadap kata-kata dusta pemfitnah-pemfitnah ini, dan semoga kesaksian mereka tidak dipercayai hingga hari kiamat.
Dan semoga Allah mengampunkan aku dan semua pejuang Islam di seluruh dunia dan memberikan kemenangan kepada kami di dunia dan akhirat. Semoga doaku diperkenankan, Amin.
Selawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW dan ahli keluarganya dan para sahabat.
Orang yang melakukan fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh.
BalasPadamSebab tu ramai ahli akademik Islam menyifatkan TV sebagai dajjal di akhir zaman ni. Ada benarnya.
BalasPadamTerimalah kebenaran apabila kebenaran itu datang.. cukup2 lah mempercayai anwar ibrahim lebih 12 tahun lamanya .. hakikatnya tiada apa apa bukti yang dapat mengelakkan die terlepas dari hukuman ini.. jika die benar sudah lama Allah membantunya.. ini lah dajjal akhir zaman .. semua mempercayainya walau pun hanya dengan kata kata sahaja
BalasPadamAde gak haprak yang faham undang2 nak komen lak aii..tensen tul la aku ngan org yang mcm ni...bodoh xsudah2....dahla undang2 pn nampak berat sebelah je...
BalasPadamSemoga kita beroleh petunjuk Nya!
APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...
BalasPadamYg kau kesali apsal,tv 3 tu sapa punya lantak dia lah.Kononnya kau org tak tengok tv 3,so no problem lah.
BalasPadamanon 2:56:00 dan anon 3;27;00,
BalasPadamAku percaya Anwar buat kerja tu dan tuduhan Saiful bukan fitnah,dan aku sanggup tanggung dosa kalau apa yg aku percaya tu tak betul.Aku bersimpati pada Saiful yg menjadi mangsa dan memohon maaf kerana sebelum ini mempercayai Anwar dan mengutuk Saiful.
Aku harap kau orang juga sanggup tanggung dosa kerana bersubahat dgn Anwar dan menghina Saiful jika Anwar di pihak yg salah.
PAS Melaka sibuk menegur kenapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdiam diri berkaitan tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang. PAS mahu jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka menegur kerajaan Melaka. Katanya tugu tersebut mempunyai unsur pemujaan.
BalasPadamAgaknya siapalah yang sanggup sembah nombor 1 yang besar tu? PAS takut dengan tugu tu kerana dibimbangi terdapat unsur pemujaan atau bimbang dengan nombor 1 tu. Kalau nak kira benda-benda besar ni, aku rasa Petronas Twin Tower tu lagi banyak orang puja, tak pulak PAS bising. Rata-rata orang kampung kalau pergi KL dan tak dapat lihat Petronas Twin Tower, punyala ralat, serupa macam tak pergi KL.
Aku rasa kalau setakat tugu 1 Malaysia tu, tak de le pulak orang yang datang Melaka rasa ralat tak tengok tugu tu. Kalaupun pun ada agaknya yang memuja nombor 1 tu nanti hanyalah orang-orang PAS bila dah dekat PRU nanti, buang ancak kat situ minta ketua mereka dapat jadi orang nombor 1 dalam Malaysia.
Oleh kerana PAS tak de perwakilan kat DUN Melaka, eloklah bisik-bisikkan kat telinga DAP, rakan sebantal, rakan sepermainan dan rakan sekapal untuk bawa isu ni ke sidang DUN. Tengok DAP nak tak bawakan isu ni. Bab nombor-nombor ni DAP memang suka, lagi kalau nombor 1. Sumber SINI.
Punya la banyak isu penting dalam Malaysia ni, tapi isu logo 1 Malaysia ni juga yang Pas nak pertikaikan. Apakah isu orang Islam murtad tak berapa penting berbanding dengan logo 1 Malaysia ni?
Haprak la Pas woii.. Pas semakin Hampas.. apa pun tak boleh..
McTheory:
Pas semakin tak relevan, memang patut Dap ganti Pas!
Sama juga dengan larangan pengunakan speaker untuk bacaan Al-Quran waktu Subuh. Puak ni tuduh UMNO juga yang dok buat kecoh. Sedangkan yang haramkannya Majlis Fatwa negeri, yang keluarkan surat larang, Jabatan Agama Islam negeri, yang mereport pun kerajaan negeri dan kisah yang terjadi pun di negeri Pakatan. Jadi di mana celah UMNO nak masuk?
BalasPadamIsu murtad pun puak bengap ni tuduh UMNO juga puncanya. Sedangkan isu itu nasional, semua pun salah, namun hanya UMNO yang dituduh dalam hal tersebut. Sedangkan pihak Pakatan dan Pas pun terlibat sama. Nak tau apa cerita boleh klik sini
Jika semua isu UMNO yang salah. Siapa pula yang betul nya? Siapa pula yang nak jadi hero? Siapa lagi kalau bukan puak Pakatan Haram.
Puak ni punyala nak kejar undi hingga sanggup abaikan akidah umat Islam di Malaysia. Kesucian Islam pun mereka dah tak jaga, sebab mereka ni hanya nak 'jaga' undi untuk PRU ke 13.
Pas sekarang tak sama macam Pas dulu. Pas dulu jaga Islam, Pas sekarang jaga Dap.
Al maklumlah.. negara kebajikan.. faham-faham sudah la..
McTheory:
Sedih melihat penyokong pas yang menjadi pejuang Dap..
YA ALLAH ENGKAU TUNJUKKAN LAH KEBENARANMU.... AKU HAMBAMU YG LEMAH, XMAMPU MELIHAT KEKUSUTAN DUNIA PD HARI INI..ENGKAU LAPANGKAN JIWAKU..ENGKAU PERMUDAHKN DIRIKU YG HINA INI UTK MENILAI DIANTARA KACA DAN PERMATA..ENGKAU SATUKN LAH JIWA UMAT2 MU..JGNLAH KAMI BERPECAH BELAH..SESUNGGUNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI...AMPUNKN LAH DOSA2 KAMI...
BalasPadamAmin..........
BalasPadamLAWAN JANGAN TAK LAWAN.....PENYAMUN LAWAN NGAN PENYANGGAK.....elok sangat la tu
BalasPadamYa ALLah kau tunjukkan lah kebenaran kepada kami lantaran kami hidup pada akhir zaman yg dipenuhi suasana fitnah sebegini.Ramadhan ini sandaran berkat yg ENGKAU telah pastikan ,Tunjukkan pada kami yang benar itu benar..dan yang salah itu hina ....amin...
BalasPadam