script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

PAS Ambil Sikap Berhati-Hati Berkenaan Insiden Kontroversi JAIS Terhadap Gereja Baru-Baru Ini

TEMERLOH, 18 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengambil sikap berhati-hati dalam isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis terhadap Damansara Utama Methodist Church (Dream Center). Demikian menurut kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) dalam ceramahnya di Markas Darul Amin, Sungai Gau di sini malam tadi. Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Pusat itu berkata banyak perkara yang memusykilkan berlaku dalam kes itu sebenarnya. "Kata pihak JAIS mereka tidak serbu tetapi memantau, kata pihak gereja JAIS serbu tetapi dihalang untuk masuk. Apapun istilah yang kita gunakan, pertama kita harus hati-hati. Di sana ada perancangan perangkap yang sengaja dipasang. Bukan kita tak kenal JAIS, berapa ramai alim ulamak kita, tokoh-tokoh tok guru kita diharam. Almarhum Dato' Ishak Baharum bekas Mufti Selangor tidak dibenarkan berceramah di Selangor. Masih kita ingat, Profesor Dato' Dr.Harun Din tidak dibenarkan berceramah di seluruh negeri Selangor. Bahkan berpuluh ulamak-ulamak kita dikepung, digam dan tidak dibenarkan berceramah", kata Tuan Ibrahim.

PAS Menentang Elemen Memurtadkan Umat Islam

Sebab itu beliau melihat PAS perlu berhati-hati dalam soal ini. Sebab pertama sekali ialah bila penguatkuasa agama Islam pergi ke gereja sudah pasti ia akan jadi satu isu yang cukup sensitif. "Bukan soal PAS tidak menjaga soal akidah, tidak. Soal PAS memang kita tahu, perlembagaan PAS menjaga dan mempertahankan Islam. Rujukan kita kitab Al-Quran dan Hadis. Semua orang tahu, PAS menjaga soal akidah. Berapa ramai kepimpinan kita dibunuh, dipenjara kerana mempertahankan soal akidah. Tetapi situasi begini, akal yang tenang mesti dapat merumuskan keputusan. Kita kena lihat jangan kita melatah bila penguatkuasa Islam pergi ke gereja dijadikan isu. Sama juga jika pihak gereja mari ke masjid, apa rasa kita?", tambah beliau lagi. Jadi katanya PAS menentang sebarang elemen yang cuba untuk memurtadkan umat Islam. "Kita menentang sebarang usaha, pertama kerana ia bercanggah dengan perlembagaan negara, bercanggah dengan dasar negara, bercanggah dengan enakmen pentadbiran agama Islam negeri Selangor dan negeri-negeri lain termasuk negeri Pahang. Di Pahang ini ada satu undang-undang melarang orang bukan Islam menarik orang Islam ke dalam agama dia. Tidak boleh menyampaikan dakyah mereka kepada orang Islam. Kita ada peraturan dan kita ada undang-undang", tambah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man lagi.

[Tindakan berhati-hati perlu dalam keadaan musuh sedang mencari peluang untuk menggempur sekarang ini. Isu JAIS ini seolah-satu satu agenda besar pihak yang berkenaan dalam usaha untuk melumpuhkan perpaduan Pakatan Rakyat di bumi Selangor. Mereka sanggup lakukan apa saja demi agenda politik sempit selama ini. Justeru itu, rakyat juga diminta bertenang bagi menggelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti PAS itu haruslah diambil secara rasional. Jika tidak, pasti ramai yang akan menganggap PAS berdiam diri dalam isu murtad seperti ini. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Inilah yang perlu difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka tidak wajar terpengaruh dengan dakyah kononnya parti Islam itu tidak mahu menjaga kesucian agam Islam dan mempertahankan mereka yang murtad dalam kes ini. Fikirkan segalanya!].
Share:

13 ulasan:

  1. Hairan, baru beberapa hari isu ini timbul, semacam ada satu serangan siber secara besar-besaran ditujukan kpd PAS. Macam ada propaganda dirancang untuk menggambarkan kononnya PAS tidak ambil berat orang Islam murtad.

    Walhal hakikatnya sudah berpuluh tahun PAS memperjuangkan isu murtad dan UMNOlah yg selama ini buat tak kisah ramai melayu murtad. Selama ini UMNO x kisah maksiat berleluasa, menteri-menteri UMNO xde formula nak cegah zina, arak dan judi. UMNO sendiri x kisah banyak konsert hiburan dibawa ke negara ini. Memang hebat UMNO berkonspirasi. Sedarlah wahai umat Melayu. Jangan biar minda dan corak berfikir anda dikawal oleh regim UMNO-APCO.

    BalasPadam
  2. Menjelang pilihanraya yang makin hampir ni, macam2 strategi taktik kotor lagi jijik akan kita saksikan.

    BalasPadam
  3. APA NAK HERAN, SATU DUNIA DAH TENGOK BATANG PELIR NUAR...

    BalasPadam
  4. Kalau dah PAS memang tak sah kalau bukan mentaliti pengecut, diulang PENGECUT, lepas tu tak salah kalau tak salahkan UMNO. Pondan tak genap bulu ketiak punya parti!

    BalasPadam
  5. Pas terpaksa bersabar kerana tuan DAP nya akan melenting jika Pas tersalah langkah.Kesian Pas.Walau mereka nafikan tapi itulah hakikatnya.Dgn Umno,Pas bermusuh kerana kononnya Umno tak mahu jalanakan hukum Islam,apakah DAP mahu melaksanakannya?.Minta Nik Aziz jawab.

    BalasPadam
  6. anon 3:59;00,

    Apa pulak nak hairan,memang begitu keadaannya.Lagi satu,ada riwayat mengesahkan bagaiman seorang alim ygberpuluh tahun jadi abid,tapi mati dalam keadaan murtad masuk neraka juga.Jadi tak usah mendabik dada,Pas memperjuangkan Islam kalau kemudiannya negara Islam pun di tendang kerana mahu berbaik dgn DAP.

    BalasPadam
  7. PAS Melaka sibuk menegur kenapa Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdiam diri berkaitan tugu 1 Malaysia di Pantai Klebang. PAS mahu jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka menegur kerajaan Melaka. Katanya tugu tersebut mempunyai unsur pemujaan.

    Agaknya siapalah yang sanggup sembah nombor 1 yang besar tu? PAS takut dengan tugu tu kerana dibimbangi terdapat unsur pemujaan atau bimbang dengan nombor 1 tu. Kalau nak kira benda-benda besar ni, aku rasa Petronas Twin Tower tu lagi banyak orang puja, tak pulak PAS bising. Rata-rata orang kampung kalau pergi KL dan tak dapat lihat Petronas Twin Tower, punyala ralat, serupa macam tak pergi KL.

    Aku rasa kalau setakat tugu 1 Malaysia tu, tak de le pulak orang yang datang Melaka rasa ralat tak tengok tugu tu. Kalaupun pun ada agaknya yang memuja nombor 1 tu nanti hanyalah orang-orang PAS bila dah dekat PRU nanti, buang ancak kat situ minta ketua mereka dapat jadi orang nombor 1 dalam Malaysia.

    Oleh kerana PAS tak de perwakilan kat DUN Melaka, eloklah bisik-bisikkan kat telinga DAP, rakan sebantal, rakan sepermainan dan rakan sekapal untuk bawa isu ni ke sidang DUN. Tengok DAP nak tak bawakan isu ni. Bab nombor-nombor ni DAP memang suka, lagi kalau nombor 1. Sumber SINI.


    Punya la banyak isu penting dalam Malaysia ni, tapi isu logo 1 Malaysia ni juga yang Pas nak pertikaikan. Apakah isu orang Islam murtad tak berapa penting berbanding dengan logo 1 Malaysia ni?


    Haprak la Pas woii.. Pas semakin Hampas.. apa pun tak boleh..


    McTheory:
    Pas semakin tak relevan, memang patut Dap ganti Pas!

    BalasPadam
  8. Sama juga dengan larangan pengunakan speaker untuk bacaan Al-Quran waktu Subuh. Puak ni tuduh UMNO juga yang dok buat kecoh. Sedangkan yang haramkannya Majlis Fatwa negeri, yang keluarkan surat larang, Jabatan Agama Islam negeri, yang mereport pun kerajaan negeri dan kisah yang terjadi pun di negeri Pakatan. Jadi di mana celah UMNO nak masuk?

    Isu murtad pun puak bengap ni tuduh UMNO juga puncanya. Sedangkan isu itu nasional, semua pun salah, namun hanya UMNO yang dituduh dalam hal tersebut. Sedangkan pihak Pakatan dan Pas pun terlibat sama. Nak tau apa cerita boleh klik sini

    Jika semua isu UMNO yang salah. Siapa pula yang betul nya? Siapa pula yang nak jadi hero? Siapa lagi kalau bukan puak Pakatan Haram.

    Puak ni punyala nak kejar undi hingga sanggup abaikan akidah umat Islam di Malaysia. Kesucian Islam pun mereka dah tak jaga, sebab mereka ni hanya nak 'jaga' undi untuk PRU ke 13.

    Pas sekarang tak sama macam Pas dulu. Pas dulu jaga Islam, Pas sekarang jaga Dap.

    Al maklumlah.. negara kebajikan.. faham-faham sudah la..

    McTheory:
    Sedih melihat penyokong pas yang menjadi pejuang Dap..

    BalasPadam
  9. Mubaligh Kristian berdakwah secara lembut & sopan tutur kata...

    Ulamak Islam PAS berdakwah secara maki hamun & mencarut...

    Fikir-fikirkanlah..........

    BalasPadam
  10. PENDEDAHAN EKSKLUSIF..!!! Kisah Benar Melayu Muslim Berlindung Di Gereja..!!!

    Senang-senang layarilah.... dukeofumno.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Saya masih ingat kata-kata Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin

    Katanya memang ada kebenaran mengenai dakwaan pendekatan dakwah Islam lemah dari segi psikologi berbanding gerakan mubaligh Kristian.

    Kata Dr. Abd. Aziz, Ini kerana ramai pendakwah kita melihat kerja dakwah ialah menyebar agama kepada golongan sasar tanpa melihat keperluan dan keadaan diri mereka.

    Ini menyebabkan kalau keadaan itu sesuai dengan seseorang, ia akan diterima. Jika tidak, usaha itu akan gagal.

    Menurut beliau, pihak kristian misalnya melihat kepada aspek keperluan.

    Contohnya, gerakan kepada masyarakat orang Asli.

    Mereka akan duduk bersama golongan sasar bertahun-tahun lamanya bagi mengkaji cara hidup golongan ini.

    Mereka juga mempunyai satu pasukan lain untuk berdakwah kepada kumpulan sasar berdasarkan maklumat-maklumat kajian tadi.

    Pendekatan begini jarang dicontohi oleh pendakwah Islam.

    Selain itu, menurut Dr. Ab. Aziz, gerakan kristian mempunyai strategi suka mengambil peluang.

    Ia menyebabkan kumpulan sasar akhirnya termakan akibat ‘paksaan secara halus’.

    Mereka memberi perhatian kepada kebajikan dan menghulur bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.

    Akhirnya, kumpulan sasar terpaksa terima. Jika tidak, masalah tidak selesai.

    Kesimpulannya jika kita tidak bertindak cepat dalam menangani permasalahan ini, jangan terkejut jika lebih ramai umat Islam di muka bumi ini akan menghuni pusat perlindungan seperti di White House…atau gereja…atau apa saja nama dan gelaran yang kita beri padanya!

    Inilah cerita saya. Bukan kisah dongeng. Bukan dusta semata. Wallahualam- Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

    BalasPadam
  12. Bulan-bulan puasa ni orang sibuk beramal ibadah, jauhi kata-kata lagha. Tapi puak UMNO selamba je mencarut, mengadu domba dan merapu.

    BalasPadam
  13. Tidak mengapa jika PAS ambil sikap berhati-hati berkenaan Insiden Kontroversi JAIS Terhadap Gereja Baru-Baru Ini.

    Jika pimpinan PAS ditakdirkan meninggal dunia, maka jawablah sedemikian dengan Mungkar Nangkir. Saya ambil pendirian berhati-hati soal murtad ni.

    Waulahualam.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kenaikan Mendadak Harga Diesel Sehingga Lebih 100 Peratus Dalam Tempoh Dua Minggu Disifatkan Sesuatu Yang Tidak Pernah Berlaku

TEMERLOH: Bekas Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Mohd  Rofaie Hamdan mendakwa kenaikan mendadak harga die...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.