script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Sahkan Kabin SRS RM75,000!

KUANTAN 6 Mac - Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara. Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan (foto) berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor. Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini. Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi. Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara.

[Sebelum ini ramai yang terkejut dan mengatakan PDO membuat fitnah tentang harga kabin (pondok) SRS ini. Namun, dengan pengesahan oleh Ketua Pengarah terbabit maka ternyata laporan sulit yang diterima PDO ada kebenarannya. Malah, harganya juga tepat dan tidak lari walau satu angka pun. Persoalannya sekarang, benarkah harganya RM75,000, sedangkan ada maklumat mengatakan ia hanya sekitar RM10,000 hingga RM15,000 sahaja. Malah, ada pihak kontraktor yang berani memberi harga RM7,500 sahaja jika projek itu dibuat oleh mereka. Kenapa ia melambung terlalu jauh dari harga sebenar?. Kami akan cuba menyiasat dengan lebih terperinci lagi perkara ini untuk didedahkan. Malah, PDO mengesyaki adanya unsur penyelewengan dalam projek berkenaan, cuma siapa yang mendapat untung masih belum dapat disahkan setakat ini. Ada pihak yang mengatakan RM75,000 itu kalau diberikan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) untuk jalankan aktiviti mereka, ia nampak lebih afdal daripada SRS yang terkadang ada dan terkadang tidak di kawasan itu].

Share:

6 ulasan:

  1. memang lerrrr..inikan negara WANGmesiaaa....

    BalasPadam
  2. Besar reban pun segitu harga .....jangan tak namakan projek....

    BalasPadam
  3. apa lg SPRM buat lah kerja... g lah siasat.... jgn dok siasat org rasuah RM10 aje...

    BalasPadam
  4. kecoh la korang ni.dah dapat tu buat la kerja ikut skedul srs tu.entah2 bising saja dalam ni tp jiran2 pun tak kenal apatah lg nak bertugas srs.

    BalasPadam
  5. http://www.pulokdoh.com/?p=57 amik ni baca.! jangan nak toron je mcm fuziah

    BalasPadam
  6. kira sekali dengan tapak tanah kot.... dapat geran milik lah nanti.. hehe

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Nurul Izzah Anwar Umum Lepaskan Jawatan Sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mahu Fokus Pengajian Lanjutan

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar memaklumkan keputusannya melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR dibuat selepas pertimbangan yang panjang ...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.