KUALA LUMPUR, 7 Mac - Penganalisis politik Abdul Razak Baginda tidak mempunyai kes prima facie untuk menjawab pertuduhan bersubahat dengan dua anggota Unit Tindakan Khas dalam kes bunuh Altantuya Shaariibuu yang berlaku pada 2006, menurut penghakiman bertulis yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu semalam. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata, nota-nota yang ditulis Abdul Razak, yang ditemui dalam beg Ketua Inspektor Azilah Hadri, berserta dengan alamat penuh kediaman Abdul Razak dan nama bapanya, Datuk Abdullah Malim Baginda, adalah konsisten dengan seorang lelaki yang tidak bersalah yang telah meminta bantuan polis untuk melakukan rondaan di kawasan rumahnya (Abdul Razak) berikutan gangguan dan ugutan daripada Altantuya. Dalam penghakiman setebal 70 muka surat, Hakim Mohd Zaki juga berkata malahan sekiranya Abdul Razak boleh disimpulkan sebagai mempunyai "motif" berdasarkan semua surat peras ugut daripada si mati (Altantuya), ia tidak boleh dijadikan sebagai asas bagi sabitannya tanpa sebarang keterangan langsung atau keadaan bagi pembabitannya dalam apa juga cara dalam perlakuan kesalahan itu. "Saya berpuas hati bahawa tiada prima facie untuk beliau menjawab pertuduhan terhadapnya. Dengan itu, saya mendapati tertuduh ketiga tidak bersalah dan memerintahkannya dilepas dan dibebaskan," katanya dalam penghakiman beliau yang diedarkan kepada media itu. Mengenai afidavit Abdul Razak, Hakim Zaki berkata, beliau tidak punyai sebarang alasan untuk tidak bersetuju dengan Razak bahawa Altantuya memeras ugutnya.
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu







Sistem Macam 'Hukuman Karakaus"....
BalasPadamYg senangnya, bawa saja kenalan Altantuya yg masih hidup itu ke mahkamah. Biar peguam soal dia, baru ada keputusan.
BalasPadamKalau tidak dalam kepala rakyat tetap akan menganggap Aminah @ Altantuya itu dibunuh dan dibom hasil arahan seseorang yg sangat berkuasa
kah kah..ni macam pengadilan memang rakyat tak percaya la.tak pa la..hebat mana pun kamu pusing mudahan Allah bayar cash hukuman didunia sebelum kamu mati
BalasPadamsusah nak adil bro.sebab tangan ghaib ni banyak.mcm mana nak adil dan mcm mana lah rakyat nak percaya.sebab tu banyak benda kat pahang ni pon kebal.kita dok wat repot mcm2 masuk paper sana sini..tp no action.pihak berkuasa pun senyap je la,kalo buat terer sat g kene pindah keja sabah pulak.cth kelab malam kebal,bisness kebal,cc kebal,tanah kebal,orang kebal,kereta kebal,banyak benda yang kebal kat pahang ni kalau ikut kanun manusia.tgk la nanti kubur je tinggal tak kebal sebab banyak ulo dan kala dalam tu nak menyengat.
BalasPadamTangan ghaib juga membebaskan Anwar,tak gitu?.
BalasPadamIni standard pemikiran penyokong PR,kalau keputusan mengikut selera mereka,mahkamah adil,kalau berbeza,mahkamah silap.Kalau macam ni,sekiranya PR memerantah badan kehakiman akan di kawal teruk olrh orang-orang seperti Anwar,Hj.Hadi,LKS MSabu,Pok Nik, dll.Keran bagi mereka mereka sentiasa betul,tidak seperti Najib yg rela meminta maaf pada rakyat,dan sentisa cuba memperbaiki diri.Rosmah pun sudah mula beubah,tapi Anwar selepas masuk penjara pun masih berkelakuan buruk malahan lebih 'ganas' .kalau tak percaya tanyalah DSWA.
bodo..klu anwar sabit bersalah, rejim sebelah sana lagi merudum reputasinya. pikir dalam sikit.
BalasPadam