script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kemelut 'Isu Calon', PAS Trengganu Serah Kepada Pusat Putuskan Agihan Kerusi PRU13 Ini

KUALA TRENGGANU, 19 Mac - PAS Terengganu menganggap permintaan PKR Terengganu untuk bertanding di tiga kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sekadar hasrat parti itu. Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut (foto), berkata ini kerana keputusan akhir terletak pada pucuk pimpinan pusat Pakatan Rakyat. "Itu hasrat dia...dia nak bertanding. Kita juga ada hasrat sendiri, tapi kita tak naklah beritahu," katanya kepada pemberita, semalam. Beliau diminta mengulas laporan media awal bulan ini yang memetik Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, sebagai berkata parti itu berhasrat meletak tiga calon Parlimen dan 11 calon DUN di negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang. Mengulas lanjut, Abdul Wahid berkata PAS Terengganu yakin perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. "Kita tunggu keputusan pusat," katanya menambah agihan kerusi akan dibuat pimpinan pusat dalam sedikit masa lagi. Mengenai calon, Abdul Wahid berkata PAS Terengganu masih dalam peringkat mengumpul nama calon sebelum disaring untuk senarai akhir. Pada pilihan raya umum 2008, PKR bertanding di dua kerusi Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun serta lima kerusi DUN iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Kota Putera dan Permaisuri, namun kesemua mereka tewas ketika itu kepada calon BN.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.