script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kehilangan Memalukan Di Pahang, Modus Operandi Dan Strategi Sama Amat Mencurigakan!

Apa sudah jadi agaknya dengan anak-anak remaja di negeri Pahang ini?. Sungguh memalukan dan menyusahkan pihak berkuasa dengan sikap dan perangai mereka. Baru saja kita dikejutkan dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah Mahadi dari Taman Tas Kuantan yang kononnya telah diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar berhampiran kawasan rumahnya. Tiba-tiba esoknya, satu lagi kejadian memalukan berlaku lagi di negeri ini. Modus operandinya tetap sama iaitu hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar. Kejadian kedua pada Isnin itu membabitkan adik Nornabila Mat Yaakob dari Taman Koperasi, Jerantut. Apa yang menghairankan kita ialah kedua-duanya berusia 15 tahun, hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar dan kemudiannya dijumpai bersama teman lelaki masing-masing. Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong Pekan petang kelmarin. Sementara itu Nornabila pula di temui bersama teman lelakinya di Kuantan malam tadi. Apa yang memusykilkan dalam kes ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa?. Mahu disalahkan keluarga masing-masing, pasti mereka tidak tahu kehilangan tersebut kerana anak masing-masing ke kedai untuk membeli kad tambah nilai prabayar. Soalnya sekarang, apakah kehilangan adik Nur Fatihah dan Nornabila ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Tambah memusykilkan, adik Nornabila dipercayai telah ditemui bersama teman lelakinya di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas Kuantan iaitu lokasi tempat tinggal adik Nur Fatihah. Apakah kehilangan ini disengajakan untuk mencari publisiti murahan atau masing-masing mahu popular kerana kisah dan gambar-gambar mereka akan disiarkan di dalam media arus perdana?.

[Justeru, pihak polis digesa membuat siasatan yang rapi terhadap dua kes kehilangan yang cukup memalukan ini. Kita tidak mahu sampai satu tahap, rakyat tidak akan percaya lagi dengan kes kehilangan yang benar-benar terjadi. Semuanya gara-gara kehilangan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Ibu bapa digesa memainkan peranan lebih tegas untuk memantau pergerakan anak-anak mereka selepas ini. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba mencari kesempatan untuk menjadikan mereka terkenal dengan merancang kehilangan, walhal mereka sebenarnya mengikut teman lelaki masing-masing. Apakah, ini caranya akhlak remaja kita hari ini. Pihak berkuasa agama juga harus memainkan peranan untuk lebih memberikan penekanan terhadap kehidupan beragama kepada para pelajar kita. Jika tidak, maka masa depan mereka akan lebih rosak selepas ini. Bayangkan, pelajar 15 tahun sanggup mengikut teman lelaki berumur 26 tahun?. Maka, apakah kita yakin pelajar terbabit selamat atau sebaliknya?. Selamatkan anak remaja kita!].
Share:

5 ulasan:

  1. Ikut Jantanlah apa lagi

    BalasPadam
  2. Jangan salahkan Guan Eng. Yang BODOH, BACUL, GOBLOK dan PANDIR adalah orang Melayu/Islam yang menyokong Guan Eng. Mereka yang sepatutnya dipersalahkan.

    BalasPadam
  3. Buat masjid besar2 tapi o

    BalasPadam
  4. Apa nak adi hairankan sangat remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang, tetapi lari mengikut teman lelaki mereka. Maka bolehlah kita melabelkan mereka gatal,miang, remaja murahan.

    Kalau terbunting pun tidak menjadi masalah boleh jumpa Ali Rustam (KM Melaka)minta perlindungan, betul tak?

    Kita sepatutnya mendesak supaya kerajaan yang memerintah sekarang ini menganjurkan pesta maksiat 1Malaysia dengan menyalurkan dana khas berbentuk subsidi.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.