KUALA LUMPUR, 31 Mac - Seramai hampir 200 orang wakil peneroka dari seluruh negara telah berhimpun di dataran perkarangan Masjid Putrajaya, petang semalam bagi menyatakan bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia Jun ini. Program anjuran Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN itu adalah bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak. Turut bersama dalam program terbabit ialah beberapa buah NGO yang terdiri daripada Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Angkatan Muda Keadilan (AMK), Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan lain-lainnya telah berkumpul di dataran bekenaan selepas sahaja solat Jumaat. Himpunan dimulakan dengan sessi ucapan oleh beberapa orang pemimpin termasuk oleh Rabidin Kasmawi (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Keadilan Pahang) dan kemudiannya Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang). Man Kadir@Pak Jabit "Hantu Mak Limah Balik Rumah" bertindak sebagai Pengacara Majlis. Beliau dilihat begitu lantang dan bersemangat ketika membuat ucapan ketika itu. Semasa Razali berucap, satu lagi kumpulan lagi tiba untuk bersama-sama bergerak ke Pejabat Jabatan Perdana Menteri yang terletak berhampiran. Kumpulan terbabit yang turut disertai oleh Mazlan Aliman (Presiden ANAK), Datuk A.Samad Said (Sasterawan Negara), Samsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK), Fariz Musa (Ketua Jingga 13), Siti Aishah Ismail (Ketua Srikandi) dan ramai lagi. Orang ramai yang menyertai perarakan itu turut membawa sepanduk yang bertulis "kami tolak FGHV", "Selamatkan Felda" kain panjang yang ditandatangan orang ramai bagi menolak penyenaraian. Mereka juga melaungkan melaungkan "Reformasi" dan slogan anti-Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbunyi "Turun Isa Samad" dan "Isa Samad tipu peneroka". Bagaimanapun, ketika hendak menyerahkan memorandum, hanya lima wakil sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam pejabat perdana menteri, termasuk A Samad, Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan Pengerusi Jingga 13 Fariz Musa. "Kita dah beri penerangan pada (wakil pejabat Najib) S Azhar. Kita juga minta perdana menteri meluangkan masa untuk bertemu dan bersemuka dengan kita untuk nyatakan tuntutan daripada peneroka," katanya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum di Putrajaya hari ini. Selain itu, Mazlan sekali lagi mengulangi desakannya supaya perdana menteri agar membatalkan penyenaraian Felda kerana ia merupakan kepentingan orang Melayu.










[Himpunan berjalan secara aman tanpa ada sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Tambah menarik, apabila pihak polis turut memberi kerjasama yang baik untuk sama-sama menjayakan program ini. Pada awalnya peserta dilihat berarak ke pintu utama Jabatan Perdana Menteri, namun kemudiannya diarahkan ke pintu 5 (belakang) dimana hanya wakil saja dibenarkan masuk. Walau pun tidak seramai mana seperti yang dijangka untuk hadir, namun ia jelas selali membuktikan rakyat kini semakin sedar dan mula bangkit untuk memberi penentangan terhadap mana-mana cadangan kerajaan yang boleh memberikan kesan negatif terhadap masa depan mereka. Apapun, syabas dan tahniah kepada semua].






saya anak peneroka, saya mahu kasi ingat kpd pewaris dan generasi peneroka seterusnya jangan ingat apa yang tuan2 dapat sudah berbaloi,mereka pemimpin dan yang diamanahkan untuk memberikan peneroka keluar dari kemiskinan material dan moral,tidak berjaya cuma hanya mengungkit apa yang disajikan tetapi para peneroka lah yang menjadi hamba moden, pemeras keringat terdiri dari manusia yang bertopengkan wang ringgit dan mahu kuasa. nyahkan umporno di felda felda/felkera, jkkk pembodek.mengugut anak isteri peneroka minta nyawa untuk terus berkuasa dan merembat hasil mahsul jerihperih peneroka. jangan lah memberi ruang kepada altanporno dan umporno kuasa.bersama menyelamatkan jenerasi felda yang telah bersusahpayah membangunkantanah rimba sehingga berjaya menjadi sebuah komuniti berjaya. tetapi ramailagi peneroka di belenggu pemikiran jangan jadi zaman jepun makan ubi kayu.. semoga jenerasi pengganti akan mengubah senario kuno, selamatkan jenerasi baru felda dari pemikiran umporno....ubah sekali..baru jadi... .
BalasPadamSaya juga ingin mengungatkan jenerasi muda felda,andalah yg akan mewarisi felda untuk tahun mendatang.Kalau dah di senaraikan di bursa maka segala keuntungan nya tidak lagi masuk 100% ke kantung felda maka peneroka dan jenerasinya tak lah menikmati nya sebagaimana sekarang.99tahun beb dipajakkan.Bila dah di senaraikan maka sahamnya bolih di beli olih semua bangsa malah syarikat negara luar.Akhirnya Melayu dah tak punya tanah lagi.Ambil iktibar dari penjualan tanah peneroka felda Sg.Buaya dan felda Chahaya Baru.Pampasan di janji tak di bayar habis.Akhirnya menjadi pengemis simpati.
BalasPadamBila pulak Samad Said jadi peneroka FELDA. aku jugak anak peneroka ,yg tak berjaya di rancangan FELDA adalah yg malas,kuat berjudi. Dua dua anon kat atas tu bengong,bila masa pulak tanah peneroka akan di pajak. Tanah yg terlibat adalah tanah di bawah pengurusan Felda Plsantation. LOL!
BalasPadam'Tragedi luar biasa’ jika sokong, undi Ketua Pembangkang
BalasPadamPASIR MAS 30 Mac – Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan ‘tragedi luar biasa’ sekiranya mereka menyokong dan mengundi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia berikutan isu moral yang semakin banyak dihadapi pemimpin pembangkang tersebut dan didedahkan sendiri oleh bekas pengikut setianya termasuk Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan.
Menurutnya, tuduhan itu pula bukan dibuat secara membuta-tuli, sebaliknya ia berdasarkan bukti yang ada dan pengalaman mereka sendiri ketika bekerja dengan Anwar dalam tempoh yang lama.
“Maknanya, sebagai rakyat kita kena hitung isu moral yang dihadapi pemimpin ini kerana ia didedahkan bekas rakannya sendiri yang menyokong perjuangan beliau selama ini.
“Bukan seorang tetapi ramai rakan karib beliau sudah meninggalkannya dan mereka semua tahu apa perangai Anwar sebenar dengan bukti-bukti kukuh,” katanya.
Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas ditemui ketika menyampaikan sumbangan zink bernilai RM80,000 kepada 250 keluarga dalam Parlimen Pasir Mas yang mengalami kerosakan rumah ketika musim tengkujuh lalu di Kampung Kuala Kelar, di sini hari ini.
Ibrahim berkata, pelbagai isu dan penjelasan yang diberikan Anwar sebenarnya hanyalah semata-mata untuk memancing undi selepas menyedari beliau kini sudah tidak mendapat sokongan orang Islam dan Melayu.
Atas sebab itu, katanya, Anwar menimbulkan pelbagai isu baru termasuk menyokong Israel dan pluralisme kerana cuba beralih kepada sokongan kaum bukan Melayu dan bukan beragama Islam.
“Bayangkan orang yang sudah hilang sokongan ini dan berhadapan dengan isu moral menjadi pemimpin, maka tragedi luar biasa akan melanda negara ini,” katanya.
bila ada isu mcm nie semua ngaku jd peneroka..tahi la
BalasPadamPembangkang ni ke hulu ke hilir.....muka sama je....tak ada muka lain.......sakat 200 orang ta payah pukul canang le....najib sekali buat perhimpunan puluhan ribu orang felda datang...beri sokongan.....betul..la makan free....bas free...tapi kalu orang tak suka ada makan free@bas free dia orang tetap tak datang....ini menujukan yang najib masih mendapat sokongan golongan felda.....pembangkang boleh cakap apa saja.....tapi pru13 milik najib......ikhlas dari anak peneroka Bera Pahang.
BalasPadamSama ada anda peneroka atau pewaris nak sokong Isa Samad / Ahmad Mazlan / Mohd. Najib pasal penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia tiada siapa menghalangnya. Hak anda ditangan anda dan andalah penentunya sama ada sedang ditipu atau anda akan dapat duit beberapa ribu....
BalasPadamTapi anda perlu ingat, bursa Malaysia adalah tempat ahli perniagaan bermain judi. Ada menang ada kalah. Ada untung ada rugi. Ada orang boleh jadi kaya dalam sekelip mata dan ada orang jadi papa kedana dalam sekelip mata juga.
Pertanyaan saya, apakah penghuni felda sudah cukup bersedia menghadapi sebarang kemungknan jika berlakunya bencana dari hasil usaha pemimpin UMNO Baru yang beriya-iya untuk memasukkan felda dalam bursa Malaysia ?
Jika apa yang dijanjikan oleh Mohd. Najib serta kuncu-kuncu nya itu benar-benar memberi sumber pendapatan yang lumayan.... alhamdulilah... anda telah membuat keputusan yang betul. Tapi kalau dipertengahan jalan ada masaalah dan terpaksa menanggung kerugian maka tiada siapa yang mampu memberi pertolongan kepada anda kecuali Mohd. Najib. Itu pun jika dia masih lagi jadi perdana menteri.
moh turun ke mahkamah tinggi kuantan pada 02 apr 2012 jam 9pagi utk dengar keputusan injuksi KPF.
BalasPadamYahoo.........! FGV akan di senaraikan di BSKL, beruntunglah mak bapa orang Felda yang akan jadi jutawan buat seketika. Anak anak hidup kemudian hari mereka punya pasal, nak jadi pengemis kah, nak jadi perompak ke, terserahlah kepada mereka.
BalasPadamMelayu felda adalah melayu yang TOLOL
Melayu ni penuh dengan hasad dengki.Rezeki para peneroka pun mereka nak kacau.Dah bermacam cara kerajaan beri penerangan tapi puak hasad dengki ni masih terus dengan peangai buruk merka.Yang hadhir tu bukan peneroka pun yg ramainya,tapi geng PKR yg tak ada kerja,malas ,dan tak tahu buat kerja cari rezeki secara baik.Wak dari Rompin tu ,bila PKR memerenatah Selangor dia terus terbang dari Rompin ke Selangor jumpa TS Khalid minta hasil bumi Selangor.Aku kenal benar puak-puak tu,termasuk lah yg tenga pegang pembesar suara tu.
BalasPadamNi nak bagi maklumat sikit,sesiapa yg ada duit belilah saham FELDA tu nanti,harganya akan melompat sekali ganda ,kalau listing RM5 sesaham akan jadi RM 10 dlm tempunh terdekat .Baik melabur dari jadi PENDENGKI.Para peneroka pula bersedialah utk menambah kekayaan,jangan pula dapat duit hantar ke kedai Cina atau derma ke tabung 'jihad' Pas atau tabung upah tukang gantung poster PKR. Inilah yg menyebabkan puak-puak PR ni tak mahu penyenarai saham Felda ,mereka takut mereka tak boleh masuk Felda lagi.
makhluk Allah yang di atas ini masih bermimpi , PR bukan menharap laba, macam umporno. projek sana projek sini..tak dapat projek sibuk nak masuk PR, Cermin lah muka kita, buat kerja mesti ikhlas sebab PAS, PKR, ada iman lagi pun bukan menjadi manusia yang ada PHD macam umporno.kesiaannn.. kerja kerana Allah bukan kerana pitis.nanti saham terbuka untuk semua yang ada pitis.. maka nganga lah umporno,menang sorak kampong tegadai..
BalasPadamKalau tak suka FGVB disenaraikan senang aje, setiap orang yang tak setuju tu sila laburkan maksimum 250,000 unit saham setiap orang. Kalau ada 1,000 pemegang saham maksimum membantah, KPF mesti dengar cakap korang. Bayangkan setiap peneroka yang ada maksimum 250,000 unit saham diapungkan menjadi RM1juta! Korang yang ada 500 unit percuma pemberian Felda cuma dapat RM2500 sahaja. Kenapa tak nak ambil kesempatan tambah pelaburan dalam KPf? Siapa yang tak setuju sila tambah pelaburan KPF ke tahap maksimum! Ada Brani?
BalasPadamMelabur KPF sikit, komplen mengalahkan pelabur utama!
BalasPadamPendapatan purata peneroka Felda (yang rajin sahaja) adalah sekitar RM4000 sebulan! Kalau setiap peneroka labur RM1000 sebulan beli saham KPF, setahun peneroka ada simpanan RM12,000 dengan pulangan RM1,800 setahun. RM18,000 setahun kalau labur RM120,000!
Kebanyakan peneroka kuat komplen cuma ada 500 unit saham KPF (itupun yang disumbangkan oleh Felda)... Dia orang akan cakap perlahan apabila ditanya berapakah jumlah pelaburan saham anda dalam KPF?...
Malunya kita ada saham 500 unit, tunjuk perasaan macam kita ada 250,000 unit saham KPF.. Kah kah kah...
Kesian orang FELDA yg di kelentong oleh bebudak pakatan.Akhirnya mereka yg rugi kalau KPF terkeluar dari peroses penyenarain ini,bebudak Pakatan tu memang habuk pun tarak,kerja malas,nak cari duit mudah je itu yg menyibuk dalam politik,kut boleh dapat projek bila PR menang.Tapi dulu lain sekarang lain.Masa Pak Lah yg lembik bolehlah ada harapan nak menang sekarang,tak merasa dah.Gerak kerja Najib memadamkan harapan Anwar al Jubori nak jadi PM.
BalasPadamPeneroka akan menjadi hamba zaman moden
BalasPadamanak ketam,
BalasPadamMakhluk yg tak berjalan betul macam kau memang tak namapak apa yg di hadapan,itu sebabnya kau tak nampak ramai peneroka yg dah senang lenang dan kaya raya.Jauh lebih kaya dari engka yg bukan 'hamba' tu.Kalau mereka ni duduk di kampung asal mereka menjadi raja,aku rasa mereka pun tak sesenang sekarang walau pun menjadi 'hamba'.Jadi hamba tapi boleh senang,adalah lebih baik dari jadi hamba tukang derma tabung jihad dan jadi hamba tkang gantung gamabar kaki seks dan 'ularmak' songsang.Kalau kau suka ku teruslah jadi hamba kaki peliwat tu.
Koperasi Permodalan Felda ni bukan macam koperasi lain.sape2 pon bole melabur.nak beli saham KPF ni ko kene betol2 peneroka felda. ade geran tanah dalam kawasan felda.kalo x pon ade name dalam Register Of Holding (ROH) bagi peneroka yang belum dapat geran lg.tu yang org lua dengki tu.peneroka yang bantah ni mesti da kuar dari Felda pastu jual saham KPF.bile dgr KFP nak msuk bursa,nak untung mula la trhegeh2.jgn la dengki ngan peneroka KPF(koperasi ni x pegang hak milik tanah peneroka).dalam geran tu da de name peneroka.igt senang2 ke nak buang name peneroka dalam geran tu.sudah2la dengki ngan peneroka.
BalasPadamLantak pilah. Aku ngan keluarga aku bukanya asal dari felda. Lantaklah apa nak jadi aku peduli apa hahahaha....
BalasPadamLantak pilah. Aku ngan keluarga aku bukanya asal dari felda. Lantaklah apa nak jadi aku peduli apa hahahaha....
BalasPadamLantak pilah apa nak jadi ngan felda. Aku peduli apa hahahaha
BalasPadam