
Ramai yang terkejut bila Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tiba-tiba mengumumkan bahawa Sharizat Jalil dikekalkan jawatannya. Najib yang juga Presiden UMNO berkata, Shahrizat dikekalkan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua. Pada 11 Mac lepas, Shahrizat mengumumkan untuk melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini, namun beliau kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan BN. Isu peletakan jawatan Shahrizat berbangkit apabila suaminya Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) didakwa menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging. Susulan kenyataan Najib ini maka ia telah menimbulkan polimik baru dalam UMNO sekarang. Ramai yang tidak bersetuju Sharizat dikekalkan, dan mereka menganggap beliau akan menjadi liabiliti kepada UMNO BN untuk memenangi hati rakyat pada Pilihanraya Umum ke-13 ini nanti. Soalnya, kenapa Najib kekalkan Shahrizat sedangkan beliau tahu bahawa kes tersebut melibatkan suaminya dan sudah tentulah Shahrizat sebagai isteri yang bergelar Menteri dan Ketua Wanita UMNO wajar disabitkan dengan isu itu. Tidak mungkin dia langsung tidak tahu menahu urusan suami dan anak-anaknya seperti yang didakwa. Paling menarik, bila Naib Presiden UMNO Shafie Apdal pula mengatakan keputusan mengekalkan Shahrizat sebagai Ketua Wanita tidak akan memberi ruang kepada pembangkang untuk mengeksploitasikan perpaduan anggota dalam UMNO. Soalnya, benarkah kes Sharizat Jalil ini menunjukkan UMNO itu masih berpadu?.
Naib Ketuanya Sendiri Mahu Sharizat Undur Diri
Bukankah sebelum ini Naib Ketua Wanita UMNO, Kamalia Ibrahim (foto) sendiri mengeluarkan kenyataan yang mahu Sharizat lepaskan jawatannya. Paling melucukan bila PM Najib Razak dalam satu kenyataannya mendakwa Shahrizat telah mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang tetapi apabila isu membabitkan keluarga beliau maka dia mengambil tanggungjawab cara yang terhormat melepaskan jawatan sebagai menteri. Malah, Najib juga menegaskan keputusan yang dibuat itu adalah antara beliau dengan TPM Muyiddin Yassin. Soalnya sekarang, benarkah Shahrizat letak jawatan?. Sedangkan dia memang sudah tamat kontrak sebagai Senator pada 8 April 2012 ini nanti. Maknanya, kerajaan hanya tidak sambung kontrak beliau, bukannya dia dengan rela hati letak jawatan. Masalahnya, kenapa Najib dan Muhyiddin masih mahu mempertahankan Shahrizat. Tidak kira dia dipilih oleh ahli Wanita sekali pun dan tidak kira dia masih belum didapati bersalah sekali pun, sepatutnya mereka perlu berani mengarahkan Shahrizat lepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO. Tapi kenapa mereka takut membuat keputusan itu?. Masih kita ingat pada 2 September 1998 dulu apabila mantan PM Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO?. Bukankah Anwar ketika itu masih belum dijatuhkan hukuman dan didakwa di mahkamah sekalipun. Bahkan Anwar juga dipilih oleh perwakilan UMNO secara sah dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Kenapa Anwar boleh diarahkan undur diri dan dipecat?. Kenapa tidak kepada Shahrizat?. Ini menimbulkan kontroversi sebenarnya. Tambahan pula terdapat dakwaan, Shahrizat akan membongkarkan rahsia penglibatan Najib dan Muhyiddin (ketika itu Menteri Pertanian) dalam kelulusan projek tersebut. Maknanya, wang RM250 juta tidak mungkin diluluskan tanpa izin menteri berkenaan dan Perdana Menteri sendiri. Maka itulah, Shahrizat mencabar Najib dan Muhyiddin pecat beliau jika tidak mahu semua ini didedahkan. Lantaran itu jugalah, akhirnya Najib terpaksa umumkan Sharizat tetap akan dikekalkan sebagai Ketua Wanita UMNO walau apa jua situasi yang melanda. Najib persetankan, kenyataan mantan PM Mahathir Mohamad serta lain-lain pemimpin yang mahu Sharizat Jalil direhatkan.
[Apa yang jelas kes NFC ini akhirnya akan memenangkan Sharizat dan suaminya. Tindakan membawa kes itu beberapa hari menjelang persidangan Dewan Rakyat juga adalah satu strategi agar ia tidak dibincangkan di parlimen. Jawapan mudah, jika ia dibincangkan maka takut akan menganggu mahkamah kerana kes itu sudah dibawa ke sana. Akhirnya banyak rahsia besar tidak boleh dibongkarkan gara-gara tindakan licik pihak-pihak terbabit. Mengekalkan Sharizat bermakna UMNO sebuah parti yang tidak bermaruah. Kes yang sudah terang lagi bersuluh, andai tidak dibawa ke mahkamah sekali pun rakyat boileh menghakiminya. Apapun, moga dengan mengekalkan Shahrizat ini ia akan memudahkan Pakatan Rakyat merobek keegoaan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang hendaknya. Ubah sekarang!].
Naib Ketuanya Sendiri Mahu Sharizat Undur Diri
Bukankah sebelum ini Naib Ketua Wanita UMNO, Kamalia Ibrahim (foto) sendiri mengeluarkan kenyataan yang mahu Sharizat lepaskan jawatannya. Paling melucukan bila PM Najib Razak dalam satu kenyataannya mendakwa Shahrizat telah mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang tetapi apabila isu membabitkan keluarga beliau maka dia mengambil tanggungjawab cara yang terhormat melepaskan jawatan sebagai menteri. Malah, Najib juga menegaskan keputusan yang dibuat itu adalah antara beliau dengan TPM Muyiddin Yassin. Soalnya sekarang, benarkah Shahrizat letak jawatan?. Sedangkan dia memang sudah tamat kontrak sebagai Senator pada 8 April 2012 ini nanti. Maknanya, kerajaan hanya tidak sambung kontrak beliau, bukannya dia dengan rela hati letak jawatan. Masalahnya, kenapa Najib dan Muhyiddin masih mahu mempertahankan Shahrizat. Tidak kira dia dipilih oleh ahli Wanita sekali pun dan tidak kira dia masih belum didapati bersalah sekali pun, sepatutnya mereka perlu berani mengarahkan Shahrizat lepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO. Tapi kenapa mereka takut membuat keputusan itu?. Masih kita ingat pada 2 September 1998 dulu apabila mantan PM Mahathir memecat Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO?. Bukankah Anwar ketika itu masih belum dijatuhkan hukuman dan didakwa di mahkamah sekalipun. Bahkan Anwar juga dipilih oleh perwakilan UMNO secara sah dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu. Kenapa Anwar boleh diarahkan undur diri dan dipecat?. Kenapa tidak kepada Shahrizat?. Ini menimbulkan kontroversi sebenarnya. Tambahan pula terdapat dakwaan, Shahrizat akan membongkarkan rahsia penglibatan Najib dan Muhyiddin (ketika itu Menteri Pertanian) dalam kelulusan projek tersebut. Maknanya, wang RM250 juta tidak mungkin diluluskan tanpa izin menteri berkenaan dan Perdana Menteri sendiri. Maka itulah, Shahrizat mencabar Najib dan Muhyiddin pecat beliau jika tidak mahu semua ini didedahkan. Lantaran itu jugalah, akhirnya Najib terpaksa umumkan Sharizat tetap akan dikekalkan sebagai Ketua Wanita UMNO walau apa jua situasi yang melanda. Najib persetankan, kenyataan mantan PM Mahathir Mohamad serta lain-lain pemimpin yang mahu Sharizat Jalil direhatkan.[Apa yang jelas kes NFC ini akhirnya akan memenangkan Sharizat dan suaminya. Tindakan membawa kes itu beberapa hari menjelang persidangan Dewan Rakyat juga adalah satu strategi agar ia tidak dibincangkan di parlimen. Jawapan mudah, jika ia dibincangkan maka takut akan menganggu mahkamah kerana kes itu sudah dibawa ke sana. Akhirnya banyak rahsia besar tidak boleh dibongkarkan gara-gara tindakan licik pihak-pihak terbabit. Mengekalkan Sharizat bermakna UMNO sebuah parti yang tidak bermaruah. Kes yang sudah terang lagi bersuluh, andai tidak dibawa ke mahkamah sekali pun rakyat boileh menghakiminya. Apapun, moga dengan mengekalkan Shahrizat ini ia akan memudahkan Pakatan Rakyat merobek keegoaan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang hendaknya. Ubah sekarang!].






najib mana berani singkir izat tu.....orang cina kata potong langchau le......lu tolong aku ...aku tolong sama gua.....sama sama cari makan.....seluroh dunia dari timur terus ke barat tahu hal ni..kautim le
BalasPadamSedih.Bangsa Melayu terutama ahlix UMNO masih lagi sanggup diperLEMBUkan
BalasPadamoleh pemimpinx mereka.Tak wujudkah
seorang pun yang bernama MANUSIA
dalam kepimpinan UMNO ini????????
A.B.U! A.B.U!!!!! A.B.U!!!!
'Misi perang nuklear bermula'
BalasPadamKUALA LUMPUR 24 Mac - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali hari ini mengisytihar 'perang nuklear' terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa akan mendedahkan lebih banyak aktiviti tidak bermoral membabitkan Ketua Pembangkang itu.
"Bagi saya misi perang nuklear sudah bermula, lebih banyak pendedahan akan saya letuskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Pendedahan ini akan membuatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Anwar lari tak cukup tanah," katanya pada sidang akhbar bersama Datuk S. Nallakaruppan di sini hari ini.
Ummi Hafilda berkata, beliau kini hanya menunggu masa dan saat yang sesuai untuk mendedahkan bukti-bukti yang boleh mengaitkan Anwar dengan kegiatan biseksual.
"Saya tidak mahu dedahkan sekarang kerana mahu tunggu bila pilihan raya diumumkan, dalam tempoh itu saya akan tembak habis-habisan.
"Saya, Ezam dan Anuar akan bersama-sama mendedahkan salah laku Anwar. Sebab itu hari ini kami bersama bagi menyatakan sokongan kepada Nallakaruppan," katanya.
Sebagai 'permulaan' perang, Ummi Hafilda hari ini mendakwa beliau mempunyai bukti bergambar yang dapat membuktikan Anwar menjalinkan hubungan sulit dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin.
Beliau mendakwa, gambar yang dirakam pada 30 Jun 1997 itu menunjukkan Anwar masuk ke Tivoli Villa bersama Shamsidar selepas menaiki kereta yang dipandu oleh Nallakaruppan.
"Kita harap Anwar saman saya, Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor dan Anuar Shaari supaya lebih banyak pendedahan dapat dilakukan," katanya.
lahir kat India masih boleh jadi senator di bumi bertuah ini!! sungguh bertuah Nallakarupan ini!!
BalasPadamBongok mangkuk punya Anon Sunday, March 25, 2012 8:13:00 PM. Kalau lu tak suka jadi warganegata bumi Malaysia bertuah ini, lu boleh pergi minta jadi warganegara ISRAEL la! Malaysia tak perlu berok terancat akal macam lu tau tak?
BalasPadamHanya segelintir mahasiswa tak genap bulu ketiak yang sanggup memperbodohkan diri tak sedar diperalat dan menjadi alat kepada penentang kerajaan.
BalasPadamOrang JAHAT mana bolih buang...!
BalasPadam