script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Orang Ramai Gesa JAS Pantau Perlepasan Asap Hitam Berlebihan Dari Kilang MTBE Gebeng


KUANTAN, 10 Mac - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang digesa memantau tindakan kilang petrokimia MTBE Malaysia Sdn Bhd (foto) yang dipercayai melepaskan asap yang mengandungi bahan kimia secara berlebihan ke udara mutakhir ini. Kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng itu dikatakan berbuat demikian tiga hari seminggu dan waktunya ialah sekitar jam 9.00 malam ke atas. Menurut sumber, MTBE melepaskan asap hitam secara besar-besaran dan ia boleh dilihat dengan jelas dari jarak beberapa kilometer dari kilang terbabit. Asap-asap yang dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya itu sengaja dilepaskan pada waktu malam untuk memudahkan pihak terbabit. Malah, mungkin juga untuk mengelakkan daripada dihidu oleh pihak berkuasa terutamanya JAS Pahang. Soalnya sekarang, apakah ada pihak yang memantau senario ini atau mereka terpaksa mendiamkan diri selepas mendapat habuan masing-masing. MTBE terletak di lokasi yang sama dengan kilang kontroversi yang dibantah rakyat iaitu Lynas Corporation dari Australia itu. Mungkin juga MTBE bertindak demikian selepas melihat orang ramai kini tertumpu kepada isu Lynas dan tidak cakna kepada kilang-kilang petrokimia lain yang terletak di kawasan terbabit. Justeru, pihak JAS digesa menyiasat dan mengenakan tindakan tegas terhadap kilang terbabit andainya mereka telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Keselamatan dan kesihatan rakyat perlulah diutamakan demi masa depan kehidupan lebih selesa dimasa akan datang.


Salah satu foto jurugambar amatur yang sempat merakamkan
kejadian tersebut dari jarak lebih kuran 500 meter semalam

[Nampaknya, kilang-kilang petrokimia yang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng kini mula ubah strategi untuk melepaskan asap hitam yang dipercayai mengandungi bahan kimia ke udara iaitu hanya di sebelah malam sahaja. Ia bagi mengelak dari pihak berkuasa terutamanya Jabatan Alam Sekitar (JAS). Tindakan ini amatlah tidak wajar sama sekali. Mereka mengambil kesempatanan dikala rakyat dan tumpuan dunia difokuskan kepada kilan Lynas yang terletak dalam kawasan yang sama. Gara-gara Lynas, kesempatan diambil oleh mereka. Kepulan asap hitam yang cukup tebal dapat dilihat dari jarak jauh, dan ia memang mengejutkan ramai penduduk tempatan yang mendiami sekitar kawasan terbabit sebenarnya].
Share:

14 ulasan:

  1. Strategi kilang-kilang melepaskan asap ke atmosfera dan efluen atau air sisa ke dalam sungai dilakukan pada waktu malam. Hal ini sudah lama berlaku

    BalasPadam
  2. tak tau le apa masaalah pengurusan Jabatan Alam sekitar Pahang....kot ..kot makan gaji buta ..bukan kat gebeng aja ...kilang kilang kat Felda sama aje...bagai nak rok...kepolan asap dan bau wangian di udara.kalau Jbatan alam sekitar tak dapat buat pemantauan dan tindakan kepada kilang syur yg mudah .....tutup aje jabatan ni......buat malu kat anak bini dirumah

    BalasPadam
  3. Tahniah PDO kerana melaporkan hal ini!

    BalasPadam
  4. TNB punya hal la kilang trip nih...(staf MTBE yg hensem)

    BalasPadam
  5. Cucu tok ayah, bukan JAS Pahang sahaja, tetapi JAS negeri-negeri lain juga. Cuba lihat kilang yang ada WWTP (Waste Water Treatment Plant). Cara mudah apabila tidak mahu memproses WW menjadi sludge ialah dengan melepaskan WW ke dalam sungai. Mereka tidak akan melepaskan WW ke dalam sungai siang hari tetapi memilih waktu malam terutama pada hujung minggu. Jika kilang Lynas mula beroperasi, inilah juga yang akan dilakukan oleh kilang itu agaknya.

    BalasPadam
  6. penyedut udara kotorAhad, Mac 11, 2012 10:13:00 PG

    Pahang Darul Kimia

    BalasPadam
  7. Cuba ambik gambar asap berkepul/berkelon kilang MNI mentakab waktu malam....lagi cantik bolih buat lukisan.....sihat badan dibuatnya....he..he...

    BalasPadam
  8. semlm lalu kt jln gebeng..berdebu giler..kt bukit depan Tiong Nam 2 mcm kilang hantu jee tengok..penuh dgn tanah merah dn sgt2 la kotor..pemandu2 yg lalu baik dari kuantan atau org akan perasan kilang tersebut..PDO g la tgk..Panass..

    BalasPadam
  9. tu tempat proses bijih besi Zhong Cheng..mana pergi Jabatan Mineral dan Geosains ni.. lepas bagi lesen duduk diam je ke?..MPK tolong la gi check jalan kotor berdebu tu.. kalau ada peraturan tapi tak kuatkuasa tak guna juge..

    BalasPadam
  10. bijih besi? tah2 ade radiasi? kan Bukit Merah 2 proses bijih besi jgk kan?...bongkar la PDO takut2 kita dok perjuangkan untuk stop Lynas tapi Kilang2 tanah bijih besi nie dh lama beroperasi senyap2 jer...

    BalasPadam
  11. Di harap lepas ni PDO buatlah pendedehan kat semua kilang yang ada kat Pahang ni termasuk kilang keropok, kilang budu atau kilang kerepek. Biar semua kilang kat pahang ni tutup. Kita tak payah kerja. Duk umah tunggu bantuan kerajaan je. Pastu pulak buat pendedahan semua kilang kat malaysia ni termasuk kilang yang berlambak kat selangor, penang dan kedah. Termasuk sekali kat kelantan. Baru fair....

    BalasPadam
  12. Anon 5.47PM aku setuju.
    Kadang-kadang pelik lah mentaliti sesetengah orang ni. Asal nampak asap keluar dari kilang je kata asap toksik..asal nampak air keluar dari kilang je kata air toksik tanpa mengetahui kandungan yang dilepaskan..kdg2 asap yang dilepaskan hanya stim saja seperti kita rebus air kat rumah pun dikatakan asap toksik..Kilang2 membuat pelaburaan jutaan ringgit dalam merawat dan mengawal pencemaran di kilang masing2...baik tutup je semua kilang kalau ada anggapan negatif macam ni..rakyat kita duduk rumah goyang kaki dan mengharap ada duit turun dari langit

    BalasPadam
  13. saya dengar dari member yg kerja kat situ, katanya, asap hitam tu, bkn saje dilepaskan, tp kilang tu ada masalah trip ke apatah, so bila nk restart balik, asap tu kluar la. lgpun, petronas ni ambik berat pasal alam sekitar, yg tmpt kluar2 api tu, sbnrnya gas yg x digunakan, jd kena dibakar. klu lepas gitu je, jadi isu plak. wasalam.

    BalasPadam
  14. kalau nak buat aduan kpada JAS sila dtg ke PEJABAT JAS terdekat, jgn dok menyalak kat blog ni . Tambahkan ilmu alam sekitar dahulu sebelum nak bercakap pasal alam sekitar . Jangan tengok wap air putih dari cerobong kilang pun semua nak kata gas toksik semua.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.