script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Tanah Milik UMNO Pahang Di Jual Kepada Orang Cina, Terbukti MB Cakap Tak Serupa Bikin !

KUANTAN, 26 Mac - Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, yang dipimpin oleh Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa bertanggungjawab terhadap banyak tanah-tanah milik UMNO dan Kerajaan Negeri Pahang yang kini sudah terlepas ke tangan asing. Terdapat banyak laporan yang diterima berkenaan dengan isu ini. Malah, difahamkan begitu banyak tanah-tanah dan ladang sawit milik anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang kini sudah terlepas ke tangan asing terutamanya tokey-tokey besar dari Singapura. PDO akan mendedahkan maklumat ini setelah segala dokumen yang berkaitan diterima dalam masa terdekat. Ianya bagi membuktikan kepada rakyat Pahang bahawa UMNO adalah parti yang telah mengadaikan segala hasil mahsul dan khazanah negeri ini. Namun, dalam masa yang sama mereka mengaku berjuang untuk membela rakyat terutamanya orang-orang Melayu. Walhal, dalam masa yang sama merekalah yang telah menjual segalanya kepada orang asing dan bukan Melayu. Terdapat banyak bukti dan dakwaan kes ini berlaku terutamanya yang melibatkan tanah, ladang sawit, lombong bijih besi, pasir dan balak. Dalam masa mereka menyerang kaum Tionghua (Cina) dalam isu Lynas, mereka juga banyak berpakat dan berurusan dengan tokey-tokey besar berbangsa Cina sebenarnya. Inilah yang berlaku dan tidak disedari oleh ahli-ahli UMNO akar umbi. Namun, bagi mereka yang sudah biasa dengan permainan politik UMNO ini memang mereka tahu apa yang berlaku sebenarnya. Malah lebih mengejutkan, banyak anak-anak syarikat kerajaan yang kini sudah dimiliki oleh bukan Melayu (terjual). Semuanya gara-gara tindakan pemimpin UMNO yang jelas "bercakap tidak serupa bikin". Terbaru kami berjaya mendapat maklumat panas berkenaan tindakan UMNO Pahang menjual tanah milik mereka kepada bukan Melayu. Tanah Lot PT 91837, HS(M) Kekal, seluas 833 meter persegi di Jalan Tengku Muhammad itu dipercayai telah dipindahmilik kepada An Bong Dee (bukan Melayu) dengan harga RM950,000. Urusan pindahmilik dipercayai telah pun dibuat pada 20 Jun 2011 yang lalu.


Bukti, tanah milik UMNO yang dipindah milik kepada bukan Melayu

[Isu UMNO jual tanah kepada bukan Melayu ini bukanlah perkara asing bagi rakyat Pahang. Mereka sebenarnya sudah muak dan jemu dengan perangai pemimpin atasan yang cakap tak serupa bikin. Malah, lebih mengecewakan ialah bila rakyat mahu jual tanah atau rumah kepada bukan Melayu MB sanggup bagi tazkirah dan nasihat supaya tidak berbuat demikian. Malah, banyak fail-fail yang sudah bertahun-tahun tidak dapat diproses akibat gagal mendapat tandatangan MB Pahang sendiri. Inilah yang berlaku sebenarnya, akibatnya ramai yang meninggal dunia gara-gara begitu lama menunggu kebenaran tersebut. Anehnya, MB sewenang-wenangnya membenarkan pula UMNO (parti Melayu) jual tanah milik mereka kepada bukan Melayu?. Inilah yang memusykilkan rakyat Pahang sebenarnya. Sudahlah untuk memohon tanah puluhan tahun masih tidak mendapat jawapannya. Kini tanah-tanah sesuka hati mereka jual kepada bukan Melayu, tapi didepan rakyat bercakap kena pertahankan tanah Melayu dan jangan jual kepada orang asing. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO sejak dulu, kini dan selamanya. Ubah sekarang demi masa depan generasi akan datang. Jika tidak lingkup negeri ini dibuatnya].
Share:

2 ulasan:

  1. alahai...biar jer laa..org melayu diorang kate x mamopu nk beli..sume nk tunggu permohonan lulus...MEMOHON VS MEMBELI mane lebih power..sepatutnye..hal ni jadi motivasi utk lebih bekerja keras...sape yg mohon tu tunggu jer la lulus dek janji2 manis..klo sempat dpt..klo x dpt tanah kubur...
    zack9897

    BalasPadam
  2. betol2 asyik nak pree aje..tak dapat bising.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.