KUALA LUMPUR, 9 Mac - Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) berkata, pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menunjukkan keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi. "Dan, kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik," kata beliau. Jelas Azmi, apabila JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi sejuta orang. "Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan "Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan, maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius," kata beliau dalam satu kenyataan. Azmi menambah, teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang. "Sehingga JPA dan pejabat Perdana Menteri menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum," kata beliau. Sehubungan itu kata beliau, Teras mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi. "Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan? "Kini ramai penjawat awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan. Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti," katanya. Menurut Azmi, kini kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan pemerintah negara.
PM Najib kecewakan kakitangan awam kerana buat tindakan tidak teliti
dan tergesa-gesa dalam isu SBPA yang sedang hangat diperkatakan ini






ALL about half-past-six job and losing its focus. Typical of UMNO-BN.
BalasPadamBerapa banyak duit rakyat dah habis untuk menyediakan kertas-kertas(dokumen) yang perlu ditandatangan oleh semua pejawat awam untuk skim tersebut. Tetiba batal pula. Rugi3 lagi duit rakyat.
BalasPadamSenyumlah senyum.Yang di marah ialah bila Penyamun penyamun bersidang (lihat Nujum Pak Belalang )yang penting diri dan kawan kawan kenyang, yang lain lantak ko lah.Bila bantah kata x nak terima tawaran.Tolong jgn TIDO haha hahah.
BalasPadamKesilapan YANG AMAT BESAR.
Lepas ni apa pulak....kejutan yang kita akan dengar....dari Pemikir2 Dungu....!
BalasPadamNegeri-negeri yg di perentah oleh Pakatan boleh saja memnggubal skim gaji bagi kakitangan kerajaan dan agensi mereka sendiri.Tunjukan kewibawaan kalian tidak ada siapa yg boleh menghalang.Jangan hanya tahu megkritik,sentisa bersangka buruk dan syok sendirikononnya akulah yg terbaik.Buktikan !.
BalasPadamRasanya kalau Pakatan boleh melaksanakan ini semua,tidak ada siapa yg mampu menghalang,kecuali DAP yg memang tidak begitu gembira dengan prestasi kakitangan Melayu di jabatan kerajaan.
Anon 11.32
BalasPadamBukan nak komen cuma terkilan, sebelum skim tersebut dilancarkan tak ada kajian dulu ke?. Kalau dah buat kajian terperinci kanapa batal pula. Cuba fikir berapa banyak duit rakyat habis bayar kalau OT pada staff JPA untuk sediakan dokumen kepada setiap penjawat awam dan pula berapa banyak kertas digunakan untuk diagihkan kepada setiap penjawat awam tersebut. Itu semua duit rakyat kan.
buat salah
BalasPadamx buat lg salah
susah susah
Apapun pihak lain nak cakap aku tak peduli pokoknya gaji aku naikkkkkkkkk......berbaloi dari sistem sbpa.......hidup najib....hidup bn.......
BalasPadamPenjawat awam tuh pun same-same bingong gak. Mereka sangka WAJIB mengekalkan UMNO/BN itu sebagai kerajaan. Sedang setiap masa kena lebong.
BalasPadamPakatan Rakyat terus berusaha melepaskan mereka yang terbelenggu oleh UMNO/BN.
PRU-13 amat dinantikan, bukan janji gaji yang belum tentu memakmorkan negara keseluruhannya. Barang dan kos hidup mencanak naik itu yang berkemungkinan besar terjadi selagi UMNO/BN memerintah.