
Lucu benar bila mendengar kenyataan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) semasa beliau melancarkan majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites milik anak syarikat UMNO Pahang, Rangkaian Delima di Kuantan kelmarin. Adnan antara lain mengatakan nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan kawasan itu seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas. Beliau juga katanya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di kawasan itu terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini. Malah, katanya sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat. Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang kata MB Pahang itu lagi. Namun itu adalah kenyataan Menteri Besar Pahang bagi menyokong dakwaan kononnya projek Lynas tidak memberi kesan negatif dan impak besar terhadap pasaran hartanah di kawasan berkenaan. Pernahkah beliau membaca pendedahan yang telah dibuat sebelum ini bahawa sebuah resort yang bernilai RM30 juta dibatalkan gara-gara pemaju kecewa sikap KerajaanNegeri Pahang terhadap projek Lynas. Bukankah projek resort Kuantan Gold Coast itu letaknya di Balok?. Baca artikelnya SINI.

Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group
tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas Soalnya sekarang, sumber rujukan mana yang Adnan pakai untuk mengukuhkan hujah beliau itu?. Pernahkah dia mendapat maklumat dan fakta yang tepat daripada agensi kewangan yang berkenaan seperti bank dan finance?. Pernahkan Adnan tahu kini pihak kewangan hanya meluluskan pinjaman perumahan sekitar 40% hingga 60% sahaja dari harga yang ditawarkan. Ini bermakna, mereka tidak berani berhadapan dengan risiko jika berlaku sebarang musibah di kemudian hari. Malah, ramai dikalangan penduduk sekitar kawasan terbabit kini menghadapi kesulitan untuk menjual hartanah mereka akibat tiada pembeli dan harga pasaran yang jauh lebih rendah daripada harga semasa. Banyak bukti telah didedahkan, cuma mungkin MB Pahang tidak sempat untuk dimaklumkan perkara ini oleh orang disekelilingnya. Bercakap ikut mulut memang sedap, tetapi sedarkan Adnan hanya mereka yang berhadapan dengan isu ini yang menghadapinya. Anehnya, bagi menyokong kenyataan Adnan itu ada pula blogger UMNO Pahang yang dikenali sebagai YB Raz menyiarkan artikel bertajuk "DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat" (foto bawah). Nampaknya, mereka tidak habis-habis mengaitkan Cina dengan isu Lynas ini. Walhal majoriti ahli MCA dan penyokong BN (Cina) juga menolak projek itu. Kenapa perlu dikaitkan dengan DAP? Sedangkan sebelum ini mereka asyik menggasak Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh. Nampak benar mereka masih terus bermain dengan isu perkauman apabila bercakap soal projek Lynas.


Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group
tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas

[Sebenarnya sebagai MB Pahang, Adnan Yaakob tidak wajar bercakap merapu tanpa merujuk kepada fakta sebenar apa yang berlaku di kawasan terbabit. Jika benar Kerajaan Negeri Pahang mahu membeli hartanah yang tidak laku berkenaan maka selepas ini kita akan kumpulkan hartanah terbabit untuk dihantar ke Pejabat MB Pahang. Adnan lupa, sekarang ini banyak pemaju sudah berbulan-bulan gagal mendapatkan pembeli hartanah terhadap projek-projek mereka. Ini semua bukan omongan kosong tetapi berlandaskan fakta daripada Persatuan Pemaju Perumahan (HDA) di Pahang ini. Malah semasa Konvensyen Ekonomi Pahang di Zenith Hotel baru-baru ini dalam sektor Perumahan ada menyatakan pasaran rumah kediaman jatuh dari 2330 unit ke 1300 unit. Ini fakta yang dibentangkan oleh pihak yang boleh dipercayai. Apa maknanya?. Justeru, sebelum mengeluarkan kenyataan MB sepatutnya menyiasat terlebih dahulu. Jangan hanya bercakap sesedap rasa yang menyerlahkan "kedangkalan" beliau sebagai pemimpin sebuah kerajaan. Inilah yang berlaku sebenarnya. Malah, cubaan sekali lagi untuk mengaitkan Cina DAP dengan isu Lynas ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dan jelas berbaur perkauman. Mereka lupa bahawa MCA juga terdiri daripada orang-orang Cina yang secara diam-diam menolak projek tersebut. Mereka akan buktikannya pada Pilihanraya Umum akan datang].






tak habis habis tok nan ni merapu........harga penilaian memang le tinggi...tujuan nye untok duty stamp....tapi cuba gi lihat bangunan dan rumah kediaman di balok ,sungai karang dn beserah banyak tanpa pembeli....tok nan aje beli rumah tu...buat sekolah tahfiz macam kat bentong tu .....kan glamour...terpampang nama...nak muntah aku ....tak tau le apa penyakit makhluk ni......
BalasPadamIGP: Malaysian police only 1% corrupt. Do you agree with this statement?
BalasPadamYes
5 % Yes
349 votesNo
95 % No
6,223 votes
Keputusan POLL MSN jam 6.21 pm hari ini
"DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat". Apa punya bahlol punya kenyataan. Bukan saja rasis tapi sebaliknya nak memperbodohkan orang2 yang sudah nyata bodoh. Tapi untuk maklumaan, kenyataan ini oleh UMNUu mendedahkan betapa BODOHNYA MEREKA. Kalau hartanah betul2 naik Cina DAP ker MCA ker CINA YANG TIDAK BERPARTI ker sudah tentu seronok hartanah mereka naik. UMNO tidak habis2 nak pecah belahkan rakyat mengikut kaum untuk kepentingan mereka.
BalasPadamUMNU mesti dihumbankan kalau rakyat nak keluar daripada hutang2 yang semakin bertambah HASIL DARIPADA RASUAH, PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNU.
aku ni memang tak bekenan dgn lynas ni, tapi aku lagi lah tak bekenan kalau blog2 mcm ni buat statement yg lemah, takbuat research, tulis cerita lebih dari perspective 'sensasi'...same je lah kau mcm metro, mastika dll. kalau nak kredibiliti, buat lah research sikit
BalasPadamgold coast tu mmg dah lama tak laku, tak de kene mengena dgn lynas. dia launching gila2 2 or 3 gold coast sekali, kalau tak silap aku lah, kuantan, kenyir, sepang...lebih kurang gitu lah...masa tu investment market mmg down, tak ada minat kuat org nak invest duit mahal2 dlm projek yg mega2 mcm tu...tu yg terbengkalai tu...info dlm website pun tak professional lansung, macam some ploy to generate quick investment aje
yang kau claim depa tak mau msk kuantan sebab lynas tu apasai?
bikin gelak dgn org2 yg biasa dgn industry tu aje...cuba lah senonoh sikit menulis tu, baru lah jadik credible blog, baru lah org blh percaya analisa kau
hentikanlah nak sensasi2 nih...kalau tak, kau jadi org bloger picisan aje lah..melalak kes saman mpk, yg majority org tak pelek tu...ke guane?
Nilai hartanah merudum jatuh, senanglah tokey2 cina nak beli. Pastu jual ngan harga mahal kat melayu hahahaha. Melayu jugak kena tipu.
BalasPadamMacam ni ajelah. Apa kata sisa projek Lynas tu kita buang kat kawasan DUN Pelangai dan Parlimen Pekan. Khususnya kawasan rumah abang long ( Dato' Nan ) dan pak long ( Dato' Najib ). Kot ya pun para pengundi di situ yang sokong 2 orang ini. Bukannya orang Kuantan.
BalasPadam