script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas: Tubuh PSC, Ahli Parlimen Pakatan Keluar Dewan Selepas 'Jawatan Kuasa' Itu Di Luluskan !

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bertindak keluar dewan sejurus Dewan Rakyat meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Perbahasan yang di berlangsung hangat sejak dari mula dibuka itu akhirnya mendapat undian majoriti dewan. Bagaimanapun, wakil rakyat PR yang sejak dari awal menolak usul penubuhan jawatankuasa tersebut tetap tidak berpuas hati walaupun telah mendapat penerangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan bertindak keluar dewan. Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh (foto) mendakwa, penubuhan jawatankuasa khas itu sebagai cubaan kerajaan untuk menutup keburukan pembinaan pusat nadir bumi itu. "Kami mahu mengambil bahagian dalam jawatankuasa itu jika ia boleh memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi melihat kepada sebab penubuhan ini... kami fikir tiada makna... untuk kami terlibat. "Kalaupun PSC isytihar ia berbahaya, pentadbiran BN akan menipulasi situasi itu, kerana projek itu sudah pun wujud di Gebeng," katanya di lobi Parlimen, hari ini.



[Penubuhan PSC ini dilihat sebagai satu strategi licik kerajaan untuk mengesahkan agar hajat mereka itu diteruskan. Tidak mungkin kerajaan akan mengikuti pandangan PSC ini jika mereka membuat satu keputusan yang tidak memihak kepada mereka. Apa yang pasti PSC akan mencari jalan bagaimana untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap isu Lynas ini menjelang Pilihanraya Umum akan datang. Lantaran itulah mereka beriya-iya benar menubuhkan PSC sekarang. Mana mungkin, projek Lynas yang sudah 95% siap di kawasan perindustrian Gebeng itu mahu dibatalkan. PSC hanya akan jadi pak turut dan senjata BN untuk menipu rakyat sebenarnya. Justeru, keputusan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan adalah langkah terbaik demi pertahan suara rakyat yang mahu Lynas dibatalkan. Rakyat perlu bangkit buat perubahan sekarang].

Share:

3 ulasan:

  1. KALAU DI TUBUHKAN 'PSC' MAKNE NYA 'LYNAS' TETAP BEROPERASI...
    CUMA, ADA PEMANTAUAN SAHAJA..WALAU PUN BAHAYA...( WOW, PERANGKAP NIE)...!!!
    BAGUS "KELUAR DEWAN".. KITA MAU TUTUP TERUS "LYNAS" NIE.. BANYAK LG KILANG LAIN BOLEH BEROPERASI..!!
    KALU SETAKAT 350 ORG. JE DAPAT KERJA, BAIK BUKAK KILANG ELEKTRONIK, PERABUT... BERIBU2 DAPAT KERJA..
    DAH TU 12 TAHUN "TAX" FREE...
    UNTUNG2 (HIDEN) LAIN2NYA "HAPRAK" DAPAT(DEAL)... BUKAN TAK TAU..!!!
    .....KAWAN2... STOP TERUS "LYNAS" NIE...!!

    BalasPadam
  2. Sejak kepimpinan PAS Selangor bertukar tangan dari Datuk Dr. Hasan Ali kepada Dr. Rani, kehadiran PAS di Selangor makin tak dirasai.

    Jika di bawah pimpinan Hasan Ali, PAS Selangor garang menegur kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang. Oleh kerana terlalu garang dan menimbulkan rasa tak disenang DAP yang memang anti Islam, Hasan Ali telah disejukbekukan. Oleh itu si bacul Dr Rani dilantik untuk mengurangkan keagresifan PAS Selangor.

    Timbul persoalan adakah PAS ini parti Islam atau parti Kristian? Mengapa semasa perhimpunan BERSIH yang memperjuangkan demokrasi, PAS sanggup turun berhimpun tetapi dalam perhimpunan yang mempertahankan akidah, PAS pula yang persoalkan perhimpunan tersebut.

    Sudah tiba masanya PAS gugurkan perkataan Islam dalam nama parti mereka kalau akidah umat Islam pun mereka tak mampu nak pertahankan.

    *Banyak sangat makan 'nasi kangkang' Teresa Kok, macam nilah jadinya. Sampai nak pertahankan akidah pun dah tak mampu nak buat. Apa lagi berjihad di jalan Allah. Mungkin sudah tiba masanya PAS harus akur dan menerma mengiktirat nama baru PARTI AJARAN SONGSANG.

    BalasPadam
  3. Ada lynas bru tau poziah mp kuantan. Selama ni aku tak tau sape mp kuantan

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.