script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Business Friendly Akhirnya MB Bawa Masuk Pelaburan Berisiko Ke Bumi Pahang

KUANTAN, 7 Mac - Gara-Gara mengamalkan sikap "business-friendly", maka itulah Kerajaan Negeri Pahang akhirnya terpaksa menerima pelaburan berisiko ke negeri ini. Itulah yang boleh diperkatakan oleh rakyat melihat kepada kennyataan MB Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) di Konvensyen Ekonomi Pahang baru-baru ini. Adnan diminta mengulas mengenai konvensyen yang julung-julung kali diadakan ini berkata, adalah wajar bagi Kerajaan Negeri menganjurkan konvensyen ini sebagai usaha lanjutan untuk menjayakan ETP di peringkat negeri ini pula.“Kita telah mengamalkan sikap ‘business-friendly’ dan dengan demikian kita berharap akan lebih banyak lagi pelabur datang melabur di negeri Pahang sama ada pelabur dari luar negeri ataupun pelabur tempatan,” katanya. Oleh itulah katanya lagi, beliau mengalu-alukan apa juga pandangan termasuklah yang menunjukkan kekuatan mahupun kelemahan kerajaan dalam memacu kemajuan ekonomi di negeri ini demi kesejahteraan rakyat-jelata. “Kita tidak mahu kata-kata atau ucapan yang semata-mata mengampu ataupun mengeluarkan puji-pujian. Tapi kalau boleh, kalau ada pujian tu pujilah juga. Kalau dua hari kita berkonvensyen, dua hari kerajaan kena kritik , tak ada apa yang dibuat yang dikatakan betul maka kita akan berasa lemah semangat juga,” katanya Kritik atau tidak, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan disebalik Pahang, sebuah negeri di pantai timur yang dilihat agak terkebelakang daripada segi kemasukan pelaburan terus asing (FDI) dan pelaburan terus tempatan (DDI); memiliki rekod yang agak cemerlang juga dalam hal berkenaan. Ini disebalik Adnan sendiri sering mengakui yang beliaulah Menteri Besar yang paling sedikit ke luar negara bagi mengetuai siri-siri misi menarik pelaburan asing ke negeri ini.


Sebaliknya, Pahang katanya, lebih gemar menghantar pegawai-pegawainya menyertai secara ‘piggy-riding’ dalam misi pelaburan anjuran agensi Kerajaan Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) yang di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Diam tak diam katanya, kemasukan pelaburan-pelaburan tersebut ke Pahang ialah pada purata RM1,200 juta setahun dalam tempoh 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini. Pada tahun lepas (2011) sahaja sehinggalah Januari tahun ini, Pahang mencatatkan kemasukan pelaburan kira-kira RM6,020 juta! Antara penyumbang terbesar kepada angka ini ialah pelaburan baharu kira-kira RM1,300 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd iaitu pengeluar bahan keperluan pelbagai industri daripada logam tanah jarang.

[Nampaknya kenyataan MB Pahang ini menguatkan lagi hujjah kenapa beliau terpaksa membawa masuk pelaburan yang berisiko ke negeri ini, sedangkan dia tahu ia ditolak oleh mana-mana negara di seluruh dunia. Inilah yang berlaku kepada projek Lynas itu sebenarnya. Negara asal bahan rare earth iaitu Australia sendiri tidak membenarkan kilang itu beroperasi di negara mereka, malah tidak mahu juga menerima sisa buangan bahan tersebut sebenarnya. Namun, sungguh aneh bila mana Kerajaan Negeri Pahang begitu mudah bersetuju menerima projek berkenaan. Bukankah ini menunjukkan sikap "business friendly" yang diamalkan itu telah menyebabkan rakyat akhirnya menanggung derita. Kini berbagai helah dan alasan diberikan untuk mengatakan projek tersebut tidak memberi kesan dan risiko kepada rakyat, sedangkan umum mengetahui apa yang akan terjadi sebaliknya. Maka itulah rakyat bantah].
Share:

3 ulasan:

  1. Aku rasa amat sangsi dan curiga apabila melihat sikap Adnan Yakob yang beriya-iya mempertahankan kilang radioaktif agar terus beroperasi.

    Fakta sudah diberi, bukti pun sudah ditunjukkan bahawa kilang Lynas itu akan membahayakan kesihatan rakyat khasnya dalam negeri pahang. Tapi kenapa dia berdegil ?

    Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Adnan yakob membuatkan dia terpaksa pertahankan kilang racun itu...

    Persepsi yang paling releven adalah Adnan terlibat menerima rasuah yang tidak dapat dibuktikan kecuali BN ditumbangkan dari bumi Pahang.

    Oleh kerana itu pengundi Pahang mesti bersatu dalam pilihanraya akan datang, Asalkan bukan UMNO dan BN, Undi calon dari PAS, PKR dan DAP saja demi menjaga masa depan anak cucu yang akan menetap di negeri Pahang.

    BalasPadam
  2. Tapi fakta saitifik jgk diberi oleh pakar2 lain mengatakan Lynas tak sebahaya yg kita jangka kena dengar jgk..x kan nk dgr pakar belah sane jee..kn la dgr kedua2 blh pihak..itu ari aku menentang jgk Lynas nie tapi bila search dlm internet dan check dgn pihak2 yg ade ilmu dlm hal nie dh berubah dah sedikit tanggapan aku..klau la jadi banjir atau gempa bumi la kat kawasan Gebeng ni bkn Lynas je yg akan binasa tapi kilang2 lain disekitar juga akan membantu membinasakan lg Gebeng nie..Semua Kilang kt Gebeng nie ada time Bomb mereka sendiri...

    BalasPadam
  3. Korang ada baca tak laporan EIA, aporan EALB, Major Hazard Report, Scientific evidence dari pakar sehingga kata Lynas berbahaya? Kalau kata lynas membahayakan kesihatan penduduk sekitar Kuantan, cuba publish laporan saintifik tersebut..barulah betul..

    Kredit untuk dato Nan yang bermati matian (walaupun terjejas kredabiliti politik)mempertahankan Lynas semata-mata hendak menyelamatkan kumpulan PKNP yang terpaksa bayar balik hutang ratusan juta kepada pihak bank.

    Korang ada berani buat begitu?.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.