
KUANTAN, 22 Mac - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini menetapkan 2 April depan bagi membuat keputusan berhubung permohonan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Mariana Yahya setelah mendengar penghujahan peguam plaintif iaitu lapan pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan defendan iaitu KPF sendiri yang berlangsung selama satu jam setengah. Plaintif diwakili peguam Mohd Haris Abdullah (foto) manakala peguam J.Doshi mewakili defendan. Februari lalu, plaintif memohon injunksi bagi menghalang KPF membincangkan apa-apa perkara yang membabitkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings di Bursa Malaysia. Turut hadir di mahkamah pada hari ini ialah Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Tn.Hj Zahari Mamat (Ketua PKR Cabang Paya Besar), Cikgu Sulaiman Md Derus (Timbalan Yang DiPertua PAS Kuantan) serta lain-lain pemimpin.






Semuga keputusan itu nanti berpihak kepada peneroka
BalasPadamSerah kat Bursa....Duit serah kat DIA/DEPA
BalasPadamtan sri isa samad punye keje...wei..minyak masak pun x cukup2..ckp banyak pulak si pendek pundek tu!!!belagak pandai..skali tampar berterabor gigi..aku sapa??aku org muda 27 thn
BalasPadam