script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Chua Jui Meng: Raja Petra Bukanlah Taraf Anwar Untuk Di Ajak Berdebat Tapi PM Najib Tun Razak!

SENAI, 20 Mac – “Bukan takut rahsia bocor tapi bukan taraf Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). BN (Barisan Nasional) cuba ubah isu kerana orang yang sepatutnya berdebat dengan Anwar adalah Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak),” kata Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng (foto). Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan Anwar sebagai penakut kerana keengganannya berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin. "Saya yakin BN sengaja mengubah topik kerana mahu mengelak kerana khuatir banyak rahsia mereka bakal terbongkar sekiranya menerima pelawaan itu. “Sekarang kita cabar pula sama ada Najib berani menyahut cabaran untuk berdebat dengan Anwar. Kenapa pula mengubah isu Raja Petra dengan Anwar? ini bukan soal keberanian tetapi kita mahu individu yang layak,” katanya semalam. Dalam perkembangan lain, Jui Meng enggan mengulas sama ada beliau akan bertanding di Parlimen Gelang Patah kerana menganggap ia masih terlalu awal, selain menyerahkannya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk memilih. “Sama ada DAP atau PKR yang bertanding di kerusi itu bukan masalahnya. Hubungan kami masih mesra seperti dulu, malah terus bekerjasama erat untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang,” kata bekas pemimpin MCA itu lagi.

[Sementara itu Isu kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim takut untuk berdebat dengan pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam satu adalah tidak benar sama sekali, kata Pejabat Ketua Umum PKR hari ini. Sehubungan dengan itu, Ketua Staf Pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob berkata, pada asalnya ia hanya satu wawancara antara pengasas Wikileaks, Julian Assange dengan Anwar tetapi kemudian dimaklumkan bahawa Raja Petra mahu menumpang sekali. Menurutnya, oleh sebab itu, Anwar menegaskan beliau hanya bersetuju dengan permintaan asal iaitu tidak melibatkan Raja Petra sekali. Oleh itu, Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Anwar ke atas mereka. Soalnya, kenapa media arus perdana putar belit isu ini kononnya Anwar takut berdebat dengan Raja Petra?. Sedangkan nama beliau memang tidak ada dalam senarai asal].
Share:

4 ulasan:

  1. Anwar lebih layak dan pantas berdebat dengan pengemis di kaki lima.

    BalasPadam
  2. Najib...tulur sudah masuk dalam kah??

    BalasPadam
  3. arus media pro kerajaan ni suke benar pusing brita n membelakangkan fakta yg sebenarnya.kdg2 akal yg waras pn bley perasan.mcm mane la diorg depan Allah akhirat kelak

    BalasPadam
  4. muhyiddin henshimm...x sempat jd PM..kah kah kah...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.