TEMERLOH 14 Mac - Orang ramai khususnya rakyat negeri Pahang tidak harus terpedaya dengan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri sudah muflis serta tidak mampu lagi membantu rakyat dan melaksanakan projek pembangunan, kata Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto). Beliau berkata, tohmahan kononnya kerajaan negeri terpaksa meminjam dan menanggung bebanan hutang akibat boros berbelanja adalah tidak benar sama sekali. "Kita mempunyai pelbagai punca kewangan daripada pelbagai sumber termasuk cukai yang dibayar oleh pelabur, peniaga, cukai tanah dan lain-lain. "Daripada pelbagai hasil itulah membolehkan kerajaan berbelanja dan membantu rakyat serta melaksanakan projek pembangunan. “Ini membuktikan tuduhan pembangkang kononnya kerajaan bankrap merupakan fitnah dan pembohongan semata-mata," katanya ketika menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 4,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Semantan di sini. Adnan berkata, dakwaan oleh pembangkang itu hanya bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat sedangkan pembangkang sendiri tidak melakukan sebarang kebaikan kepada rakyat. "Kerajaan negeri memberi subsidi bagi mengurangkan bayaran bil air rakyat selain memperuntukkan RM192 juta bagi membiayai pembangunan pendidikan tahun ini. "Jika kerajaan bankrap tidak mungkin kita dapat melakukan semua ini," kata beliau lagi.
[MB Pahang punyai hak untuk mempertahankan dakwaan beliau bahawa negeri ini tidak bankrap atau muflis. Namun, hakikatnya hanya rakyat yang lebih mengetahui terutamanya bagi mereka yang bekerja di Pejabat SUK Pahang. Muflis bukanlah bermaksud kita tidak boleh melaksanakan lain-lain agenda atau membantu rakyat. Muflis tidak juga bermaksud yang kerajaan Pahang langsung tidak mempunyai wang seperti kata Adnan. Ramai orang yang muflis tetapi mereka masih kaya raya dan menjalankan perniagaan seperti biasa dengan menggunakan nama ahli keluarga atau proksi masing-masing. Ramai orang yang muflis tetapi masih boleh memberi makan anak bini tanpa sebarang halangan. Maknanya, muflis yang dimaksudkan itu lebih menjurus kepada kegagalan kerajaan membayar segala hutang piutang dengan kerajaan pusat, sedangkan Pahang sebuah negeri yang luas dan kaya dengan hasil buminya. Maka itulah rakyat melihat hasil-hasil itu lebih banyak berlegar-legar dikalangan kelompok pemimpin dan kroni-kroni mereka. Rakyat hanya makan debu dan tempias, isinya habis mereka sapu. Inilah yang memusykilkan rakyat sejak sekian lama. Apapun, rakyat berhak menilai siapakah yang lebih layak menggantikan pentadbiran Adnan Yaakob pada masa akan datang].






kalau anda memandu di jalan pintasan kuantan ke pelabuhan serta kawasan utara pelabuhan kuantan (jalan kuantan ke kemaman ) anda harus berhati hati kerana lampu jalan telah 2-3 bulan tak di pasang. siapa yang bertanggung jawab dalam hal ini.
BalasPadam