script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Skandal NFC: 'Suami Shahrizat', Menghadapi Dua Tuduhan Pecah Amanah RM49 Juta Wang Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Mac - Suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (foto) hari ini dikenakan dua tuduhan pecah amanah berhubung isu NFCorporation, melibatkan wang sebanyak RM49 juta. Beliau juga berhadapan dengan dua tuduhan berkaitan dengan kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965. Tindakan perundangan ke atas Mohamad Salleh dibawa kira-kira 24 jam selepas Shahrizat mengumumkan akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh khidmat sebagai senator berakhir 8 April ini. Berdasarkan pertubuhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, petang tadi, Mohamad Salleh menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 132 Akta Syarikat 1965 dan minta beliau dibicarakan. Mahkamah menetapkan 13 April ini bagi sebutan semula kes. Mohamad Salleh didakwa kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana NFCorp untuk membeli dua unit kondominium di Kompleks One Menerung di Bangsar pada 2 dan 4 Disember 2009. Selain itu, beliau juga didakwa memindahkan RM40 juta dana NFCorp kepada National Meat and Livestock Corporation dari 5 Mei hingga November 16 2009. Mohamad Salleh didakwa menggunakan dana itu tanpa kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan NFCorp. Tindakan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat. Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah NFCorp. Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah. Skandal projek NFC terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan siri soal salah urus dan penyelewengan dalam penggunaan dana yang disalurkan untuk projek lembu daging. Projek itu disalurkan pinjaman mudah RM250 juta. NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

[Sebelum ini, bila dikatakan suami Sharizat Jalil pecah amanah ramai dikalangan prnyokong UMNO yang tidak mahu mengakuinya malah cuba pula untuk membela. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh beliau telah mengkhianati amanat rakyat dengan menggunakan wang peruntukan projek NFC bagi tujuan lain. Sekarang, bila ada bukti untuk pendakwaan maka barulah masing-masing kini terbeliak biji mata dan tidak dapat berkata apa-apa. Walaupun beliau nanti boleh menang dalam kes ini di mahkamah, namun rakyat melihat inilah gaya pemimpin UMNO yang sanggup meluluskan projek untuk proksi-proksi mereka tanpa rasa malu dan segan silu menghabiskan wang rakyat sesuka hati mereka. Inilah masanya untuk rakyat menghukum BN, jika tidak mahu ia berulang lagi].

Share:

13 ulasan:

  1. semoga pertuduhan pecah amanah d lakukan olih penyangak mendapat pembalasan setimpal nye.Harta yang d amanah tu.....bukan harta mutlak keluarga.syabas kapada PKR kerana berjaya mendedahkan perilaku pengkianatan atas harta awam....teruskan pembongkaran....banyak lagi yng perlu d bongkar.....biar selurah dunia tahu pengkianatan pemimpin negara yang tidak amanah

    BalasPadam
  2. Selama ni bagai nak rak puak puak umporno menafikan tidak berlaku sebarang penyelewengan dana rakyat.......sekarang apekehei.....arrrrgggghhhhh!!!ptuiiiiiihh!!!
    Sepatut rakyat sedar bahawa umporno ni tak boleh jaga duit rakyat.....RM250 juta weh.....bukan sikit.....tu baru sekor lembu yang berjaya dibongkar.....ntah ntah banyak lagi lembu kat dalam umporno yang mentekedarah duit haram tu.....sedar lah melayu...Tolong sedar......

    BalasPadam
  3. ... dulu Shah Alam technology park pun bawah dia ni & projek tu mampus tanpa kubur. Entah berapa dana yg di gunakan. Lepas tu baru le projek lembu ni. Kegagalan berganda, tapi masih di beri kepercayaan oleh (you know what & who)... Nasib Malaysia memang di rancang untuk jadi begini ke? Sokong lah lagi...

    BalasPadam
  4. ini semua dakyah pembangkang ni..niat murni kerajaan nak tambah lembu guna teknologi baru pun difitnahnya agak agaklah nak rembat duit rakyat..

    BalasPadam
  5. Betul tu, kalau tak kerana Audit Negara, semua orang masih tak sedar. Maknanya semua ahli parlimen termasuk pembangkang kena pergi Kursus Audit supaya lebih tahu selok belok menguruskan kewangan. Jangan dah tahu mengelat pulak. Tak aci la lawan tok guru audit..keh..keh.

    BalasPadam
  6. Yang salah tetap salah,sekarang Melyu tukang rembat,nanti bila PR memerentah Cina pulak yg rembat.Rembat tetap rembat tak kira siapa yg berkuasa.Walaubagaiman pun ramalan aku,bila PR perentah(kalau berjaya lah),rembatan pemimpin PR akan jauh lebih hebat,kerana guarentee tak ada orang bantah,ap saja yg akan di lakukan oleh pemimpin PR pengikut akan angguk.Tibai buntot berkali-kali pun semuanya fitnah,jumpa bini orang di hotel pun konspirasi,main cinadoll pun fitnah,hina nabi pun kalau pemimpin PR ok,hina tuhan pun tak apa.Boleh percaya ke puak macam ni.Belum apa-ap pun dah tunjuk perangia lain macam.

    BalasPadam
  7. Aku ingat kalu kena kes mcm ni kat anuar, mau hari2 ada reformasi huhuhu uwekkkk...

    BalasPadam
  8. Takdak pulak aku dengar anuar, family and the gang terbabit kes semacam ni. Betul2 maksum...

    BalasPadam
  9. mangkuk hayun punya manusia.lebih hina dari tapak kasot..harkkk tuiii

    BalasPadam
  10. memang dah agak,ada yang x kena,orang dpt hidayah laa katakan{shahrizat}

    BalasPadam
  11. syarikat kak ijat dapat pinjaman mudah dari gomen ni ada interest ke idak yer..250 juta tu.kalau takda interest memey tak aci la gomen.ptptn aku pun 4% kos pentadbiran.

    BalasPadam
  12. Nuar dapat banyak wang dari luar negara,tak perlu duit dlm negara.Duit dlm negara dia suruh Min je tolong simpan,dan sebahgian besar di simpan oleh aweknya....hanya org tertentu je yg tahu.

    BalasPadam
  13. Hahaha patutlah aku tgk rileks je.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.