
GEORGETOWN, 9 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan kerana Pakatan Rakyat (PR). Menurutnya, sebelum ini beliau bersama dengan kesemua ahli Pakatan Rakyat mengadakan demonstrasi di seluruh negara bagi membantah skim baru berkenaan. “Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa akur dengan kita, yang membantah SBPA untuk rakyat adalah PR bukannya Umno ataupun Perkasa. “Dia (Najib) terpaksa tangguhkan skim ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, sebab mereka masih yakin belum menang sehingga PRU ini,” katanya. Anwar berkata, skim berkenaan tidak sepatutnya dilaksanakan kerana hanya menjaga kepentingan sesetengah pihak sahaja. “Gaji pegawai atasan yang sudah mencecah RM40,000 naik kepada RM40,000 lagi tetapi gaji kerani rendah naik juga, tapi hanya naik RM40 sahaja. “Kerana itulah kami kempen ke seluruh Malaysia kerana ia tidak adil untuk rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena menyertai Kunjungan Muafakat Rakyat Pulau Mutiara 2012 di Little India.
[Kenyataan Anwar ini memang ada kebenarannya, kerana pembangkanglah yang banyak mendedahkan ketidakadilan SBPA seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum ini. Mereka banyak mendedahkan isu itu dalam ceramah-ceramah umum yang diadakan di seluruh negara. Justeru, kerajaan akhirnya terpaksa akur dan tunduk kepada desakan tersebut setelah melihat ia akan menjadi millage politik menjelangnya Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Soalnya sekarang, kenapa kerajaan begitu drastik tanpa mengkaji untuk melaksanakan skim tersebut?. Bukankah ada ramai pakar-pakar yan boleh membuat kajian terperinci keberkesanan dan impak di sebalik perlaksanaannya. Kini, ia menjadi bukti bahawa SBPA memang tidak adil untuk sebahagian besar kakitangan awam di negara ini. Apakah mereka akan mengundi sebuah kerajaan yang bertindak tidak bijak seperti ini agaknya. Maka itu ubahlah!].






dan dan batal sbb desakan pkr...hahahahahahaha lawak lawak...
BalasPadamtau xper
BalasPadammcm bgs sgt
pasl dia lah
rosak bangsa dan negara
melayu sama melayu bergaduh
bangsa asing ambik alih
pirah!
Masa nuar jadi menteri kewangan dulu berapa sen dia naikkan gaji kakitangan awam?la ni bila najib naikkan gaji kakitangan awam dia kata kerana desakan dia......kah kah kah
BalasPadamMemang betullah kerana desakan PR. Itulah pentingnya adanya pembangkang yang kuat.
BalasPadamKepada cai-cai UMNO/BN,
BalasPadamJangan terbongok hingga tujuh keturunan.
Kerajaan UMNO/BN kerajaan flip-flop. Kah... kah... kah... akah...
Patut ke sesuatu dasar yang diperingkat sebuah kerajaan boleh kejap jadi kejap tak jadi. Macam iklan biskut je.
Pengundi PRU-12 di Pekan hari tuh tak rasa malu ke..?
Kah.. kah... kah....
Kesian para pecacai UMNGOK. Tak sedar-sedar lagi diperbodohkan berdekat-dekat lamanya.
Bersedialah untuk menikmati radioaktif LYNAS tuh jika masih mengundi UMGOK/BN.