script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Utusan Lapor "PAS Gadai Tanah Rizab Melayu" Di Kelantan, Tapi Lupa Itulah 'Kerja BN' Selama Ini !

Terkadang, lucu benar bila membaca tajuk utama Utusan Malaysia hari ini yang terpapar "Tanah Rizab Melayu Tergadai: PAS Kelantan Pajak Kepada Syarikat Bukan Melayu Atas Nama Pembangunan". Sekali tengok, macam seolah-olah Utusan memang profesional dalam memaparkan berita sebegini. Namun, bila dilihat balik maka ternyata tajuk ini sebenarnya amat sesuai untuk parti UMNO Barisan Nasional "dulu, kini dan selamanya". Jika pun di Kelantan, tajuknya tanah itu "dipajak" kepada bukan Melayu. Itu pun kita perlu siasat kesahihan berita berkenaan. Terkadang bukan boleh kita mahu percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh "media pengampu" seperti "Utusan Meloya" ini. Soalnya sekarang, kenapa Utusan tidak melaporkan banyak kejadian mengadaikan Tanah Rizab Melayu yang dilakukan oleh UMNO BN atas nama pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai mereka selama ini?. Bukankah, ini adalah kerja-kerja terkutuk mereka sejak sekian lama. Namun, kenapa Utusan tiba-tiba memperbesarkan isu di Kelantan. Nampak sangat UMNO begitu kemaruk untuk menyalahkan Kerajaan PAS Kelantan, kononnya sanggup mengadaikan Tanah Rizab Melayu di sana. Mungkin juga laporan itu sengaja diperbesarkan supaya rakyat Kelantan menolak PAS pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Inilah agenda yang dilakukan oleh Utusan sebenarnya. Mereka tergamak menyiarkan satu berita yang belum tentu kesahihannya gara-gara mahu mengampu Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Kononnya, mereka sudah lakukan yang terbaik untuk memesongkan minda rakyat agar menyokong UMNO BN pada PRU nanti.


Bukti, inilah laporan muka depan Utusan Malaysia tentang isu ini

[Utusan sebenarnya telah memperbodohkan diri mereka gara-gara mahu menyokong UMNO BN. Walhal, umum mengetahui bahawa selama ini kerja-kerja terkutuk itu memang dilakukan oleh pemimpin UMNO BN atas nama pembangunan. Inilah yang berlaku di Kuantan Pahang sekarang ini (Rujuk artikel di bawah). Malah, Tanah Rizab Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Kuantan kini sudah tergadai ke tangan Bukan Melayu gara-gara kealpaan pemimpin UMNO untuk mempertahankannya. Malah, lebih teruk lagi ia juga kini sudah jatuh ke tangan asing dari Singapura (bukan Melayu). Maka itu, sedarlah wahai rakyat Malaysia bahawa apa yang dicanangkan oleh Utusan ini sekadar mahu meraih undi pilihanraya semata-mata. Jika Utusan benar-benar jujur dan profesional, maka sila laporakan apa yang telah kami dedahkan di bawah ini. Ia jelas bukti kukuh tentang kebobrokan pemimpin UMNO mengkhianti rakyat dengan menjual Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu. Apakah Utusan berani menyiarkan artikel ini agaknya?. Bukti dan segala dokumen yang sah telah berada ditangan pihak yang berkenaan. Maka, jadikanlah berita ini sebagai tajuk utama akhbar terbabit esok iaitu "UMNO Pahang Gadai Tanah Rizab Melayu". Apakah Utusan Malaysia berani menyiarkan artikel ini?].
Share:

4 ulasan:

  1. Mau nya nak berani budak-budak Utusan nak siarkan Tanah reserve melayu dibawah Amno dah tergadai orang kat orang asing...tanah keretapi yg sekangkang kera kat Singapore tu pun dah lesap dilesapkan Puak puak Amnoporno SeMalaysia...sikit pun tak berbunyi, budak2 kat tusan buat pekak Badak jer,senyap - sunyi sepi macam tak ada pun dah berlaku, Pulau Batu Putih yg dah dirampas Singapore - Amno hanya mampu pegang Telor jer, Nih tengah ngintai peluang nak lego tanah felda plak, kalau PRU 13 Amno berjaya bodohkan ramai melayu, kerja2 Amno nak perabihkan saki baki tanah melayu tercapai lah nanti.

    BalasPadam
  2. Sorry Tuan.. off topic..

    Fuziah Salleh
    Naib Presiden KEADILAN
    MP Kuantan.
    19hb Mac 2012.

    Kepada Rakan-Rakan Media.

    Ingin di maklumkan bahawa kes Lynas akan di dengar di mahkamah seperti berikut.

    Hari: Selasa 20hb March 2012
    Mahkamah Tinggi Jalan Duta: Court RKK2, level 3
    Masa: 9 pagi.

    Kehadiran sdr|sdri untuk membuat liputan amat-amat di hargai dan dialu-alukan.


    Terima Kasih.
    ______________________________
    Fuziah Salleh
    Member of Parliament Kuantan, Malaysia.

    A137 Jalan Beserah
    Kuantan, Pahang.
    09-5138300

    BalasPadam
  3. keh keh sangap punya utusan meloya.meh sini aku tunjuk tanah pahang yang tergadai ke tangan lain..kalau nak aku tunjuk tanah pahang yang tergadai ke tangan singapore pun aku boleh tunjuk..ni semua malaun punya kerja.yang dapat bijih besi jual kat malaun lain pun ada kat pahang ni.

    BalasPadam
  4. BN gadai tanah kira dah memang biasa sangat kita tahu. Tapi PAS yang sendiri buat kerja-kerja ni. apa crite? Tu tak kira benda-benda lain lg. Kalu PAS buat kerja tu kira takde bezanyalah dengan BN nya hahahaha.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.