script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

'Konsert Jom Ubah' Berjaya Buktikan Perjuangan PAS Juga Tidak Meminggirkan Program Hiburan !

KUANTAN, 26 Mac - "Konsert Jom Ubah" anjuran Dewan Pemuda PAS Paya Besar malam tadi berjaya mendapat sambutan terutamanya dikalangan anak-anak muda. Konsert yang menampilkan penyanyi sensasi Pak Long yang begitu popular menerusi lagu hitsnya "Selagi Ada Rindu" itu telah diadakan di padang bersebelahan Markas PAS Taman Tas dekat sini. Pak Long yang dalam rangka promosi album terbarunya mempersembahankan enam buah lagi termasuk lagu hits "Cinta Pantai Merdeka" dan "Selagi Ada Rindu". Program yang dikendalikan oleh DJ Shukri atau lebih dikenali dengan nama Blogger Cucumatkilau (CMK) itu telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong (foto). Beliau yang juga merupakan Timbalan Perusuhjaya I PAS Pahang telah memberi nasihat dan tazkirah ringkas berkenaan hiburan dari sudut pandangan Islam. PAS katanya tidak menolak hiburan, tetapi biarlah ia bersesuaian dengan fitrah hidup manusia. "Ramai yang akan tuduh PAS tak betul bila anjurkan program seperti ini. Tapi ini membuktikan bahawa PAS sebenarnya menerima hiburan itu dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan Islam. Sebab itu kita adakan program sebegini bagi memberi ruang kepada anak-anak muda. Dalam berhibur kita selitkan juga unsur-unsur dakwah. Sebab itu kita undang artis yang sudah mula berubah seperti Pak Long dan ramai lagi", kata beliau malam tadi. Sementara itu, Pak Long dalam persembahannya juga banyak menyelitkan unsur-unsur dakwah sebagai nasihat kepada anak-anak muda yang hadir. Beliau turut menyanyikan tiba buah lagu berunsur ketuhanan (Islamik) seperti Asma Ul-Husna, Al-Jannah dan Zikir. Apa yang menariknya, anak-anak muda termasuk kanak-kanak turut menyanyi bersama beliau.


Ustaz Yusof Embong lihat CMK umumkan nama pemenang cabutan bertuah

DJ bersama dengan semua para petugas di bahagian peralatan Sound System

Pak Long sempat lagi bergambar kenangan selepas program tersebut selesai

[Secara keseluruhannya, konsert "Jom Ubah" anjuran Dewan Pemuda PAS Paya Besar malam tadi telah berjaya memberi kesedaran kepada anak-anak muda, disamping berhibur mereka juga perlu titikberatkan tentang tanggungjawab terhadap agama itu sendiri. Apa yang menarik, ramai dikalangan mereka yang hadir bukanlah ahli atau penyokong PAS sebaliknya UMNO sendiri. Ini terbukti dengan cara berpakaian dan penampilan sebilangan besar mereka yang hadir itu. Apap pun syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berjaya megadakan program seperti ini. Semoga di masa yang akan datang, lebih banyak lagi acara hiburan sebegini disajikan kepada anak-anak muda. Ia bagi mendidik roh dan jiwa mereka agar kembali mencintai Islam walaupun mereka langsung tidak terdedah ke arah itu selama ini. Jom Lakukan perubahan !].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.