script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lynas: Guang Eng, PM Najib Razak Harus Menarik Balik Kenyataan Beliau "Pada 17 Mac" Yang Lalu !!

KUALA LUMPUR, 23 Mac - Kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap DAP kerana memilih untuk tidak menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji nadir bumi Lynas dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang tidak partisan diperlukan demi kepentingan awam adalah dikesali kerana tidak berdasarkan fakta. “Keputusan DAP dan PR untuk tidak menyertai PSC adalah semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu BN untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (foto). Justeru, katanya Najib harus menarik balik kenyataannya pada 17 Mac yang dilaporkan oleh Bernama untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya dalam program radio bahasa Mandarin 988FM semalam bahawa Kerajaan BN tidak akan membenarkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, untuk beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar. Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17 Mac sebagai berkata: “Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya “kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai”. Guan Eng berkata, melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. “Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam,” tegas Lim Guan Eng.


Lim Guang Eng turut bersama rakyat P.Pinang dalam Himpunan Hijau 2.0

Beliau menambah, dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan. Menurutnya lagi, Najib untuk bertukar nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan "dasar kuat untuk membuat keputusan" mengenai Lynas adalah "flip-flop" dan bertentangan kenyataan beliau pada 17 Mac. “Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan PR untuk memboikot PSC itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Namun begitu, katanya "flip-flop" yang berlaku itu menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan. Guan Eng menambah, untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib harus menarik balik secara terbuka kenyataannya pada 17 Mac, memberi arahan henti kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji itu. Katanya, sebarang kegagalan untuk melakukan demikian hanya akan timbulkan keraguan mengenai integriti PSC dipimpin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalal yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar. sumber
Share:

6 ulasan:

  1. Dulu gua respect lu Lim Guan Eng.. tp sekarang ni sb lu pun nk tipu rakyat Kuantan, kalau gu jumpa lu, gua kencing muka lu..

    BalasPadam
  2. memang bangang punya guan eng...dalam parlimen pun bacaan radiation pun sama dengan bukit merah..apsal orang kat parlimen dah bertahun sihat je lg..menipu rakyat je kerjanya..

    BalasPadam
  3. tahniah Guan Eng.....cakap cakap najib tu dari dulu hingga hari ni memang cakap FLIP PLOP...ibarat lalang...ditup angin kanan kekanan le dan jika kiri..kekiri le dia....macam mana orang nak hurmat....orang Pahang dah pun meluat dan tak nak percaya cakap cakap nye...nak tau banyak hal najib tanya l3e kat mantan YB Pulau Manis/SU UMNO Pekan.

    BalasPadam
  4. hello bro.. org PR pun flip flop gak.. pandai aje tabur janji dan fitnah.. apa kes!

    BalasPadam
  5. orang PR taknak Lynas...tapi org Beend suka radioktif!!hahaha

    BalasPadam
  6. Jangan salahkan Guan Eng. Yang BODOH, BACUL, GOBLOK dan PANDIR adalah orang Melayu/Islam yang menyokong Guan Eng. Mereka yang sepatutnya dipersalahkan. Lu orang yang patut minum air kencing Lim Guan Eng. Bodoh punya Melayu.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.