KUALA LUMPUR, 13 Mac - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah. Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (foto), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu. Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu. "Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu. "Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," kata Zuraida pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. “Apa yang dipertikaikan ialah cara projek tersebut diluluskan kerana banyak persoalan yang wujud dan amat meragukan,” kata Zuraida. Noh Omar selaku menteri bertanggungjawab sebelum ini mengaku bahawa pinjaman kepada NFC tidak dibincangkan di kabinet sebaliknya hanya dibincangkan di bawah Jawatankuasa Projek-Projek Berimpak Tinggi sahaja.
[Agak menghairankan bila mana Speaker menolak usul NFC, sedangkan ia berkaitan dengan penyelewengan wang rakyat. Patutlah suami Shahrizat Jalil didakwa ke mahkamah secara tergesa-gesa dan beliau sendiri umumkan akan letak jawatan menteri, rupanya sudah ada udang disebalik mee. Mereka lakukan itu sebelum Sidang Parlimen bermula, agar Speaker boleh buat alasan kes itu sedang dibicarakan di mahkamah dan sebagainya. Semua ini sudah boleh dibaca oleh rakyat sebenarnya. Nampak benar mereka cuba menutup isu berkenaan dengan menggunakan kuasa Speaker untuk menolak usul berkenaan. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti rahsia besar pihak yang meluluskan projek berkenaan tidak akan dapat dibongkarkan. Rakyat mahu tahu menteri mana yang gunakan kuasanya untuk membenarkan sebuah syarikat yang tidak berpengalaman dan berdaya maju milik keluarga Shahrizat berjaya dapat projek ini. Demi keadilan, rakyat perlu bangkit buat perubahan pada Pilihanraya umum ini].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan