SHAH ALAM, 17 Mac - Tindakan pimpinan UMNO BN menaburkan propaganda bahawa wujudnya ancaman asing dalam bentuk pemberian bantuan dana kepada Pakatan Rakyat menggambarkan pimpinan kian UMNO BN ketandusan idea dan semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (foto) berkata tindakan pimpinan UMNO BN itu sebenarnya adalah untuk menutup segala kepincangan dan salah laku parti itu berhadapan serangan bertali arus Pakatan Rakyat yang mempersoalkan urus tadbir negara dan salah laku pimpinan UMNO BN yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan mereka sendiri. “Pimpinan UMNO BN sudah tiada daya upaya untuk menyakinkan rakyat dengan dasar-dasar dan polisi yang dilaksanakan selama ini kerana rakyat telah hilang kepercayaan kepada mereka dan melihat kegagalan yang teramat sangat dalam urus tadbir negara,” tegas Mahfuz. Menurut Mahfuz tindakan kerajaan pimpinan UMNO BN yang menggunakan khidmat perunding luar, APCO membuktikan sikap hipokrit mereka terhadap dasar luar negara khususnya berkaitan dengan kepentingan Israel. “Sebelum itu pada zaman Tun Dr Mahathir telah menggunakan syarikat Satchi And Satchi iaitu sebuah konsultan Yahudi yang dilantik untuk membantu kempen dalam pilihanraya UMNO BN pada zaman Tun Mahathir. ” UUMNO BN memberi duit termasuklah melalui hubungan dagang dengan Israel termasuk membantu dalam minyak masak dan sebagainya bermakna ia memberikan kesihatan dan makan kepada Israel termasuk tentera mereka dan kemudiannya melanyak Palestin. “Dan pada hari ini melalui Apco dan beberapa kabel-kabel gerakan zionist antarabangsa digunakan untuk kepentingan politik mereka sampai mereka menggunakan wang negara yang merupakan wang rakyat untuk dibayar kepada konsultan daripada Zionist,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebelum ini, media melaporkan bahawa Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendakwa bahawa Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggunakan khidmat agensi Yahudi bagi mengerakkan parti itu merancang kempen pilihan rayanya.

Bukti, inilah surat perjanjian APCO dengan kerajaan Malaysia seperti
yang telah didedah oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Lagi info KLIK

Bukti, inilah surat perjanjian APCO dengan kerajaan Malaysia seperti
yang telah didedah oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Lagi info KLIK
Justeru itu menurut Mahfuz, beliau yakin rakyat tidak akan termakan dengan hasutan dan dakyah pimpinan UMNO BN yang mendakwa Pakatan Rakyat menerima dana asing seraya menegaskan supaya pimpinan UMNO BN menumpukan kepada usaha memperbaiki institusi negara yang rosak dan porak peranda. ”Apa yang penting bagi parti politik ialah menawarkan kepada rakyat dengan bersaing secara sihat daripada sudut mengemukakan dasar polisi tawaran yang baik kepada masa hadapan negara kita. ” Negara kita kini menghadapi kerosakan kepada institusi negara kita yang diakui oleh bekas ketua hakim negara,institusi kehakiman rosak apabila Tun Mahathir membuat pindaan terhadap artikel perlembagaan sehingga menyebabkan hakim-hakim takut. ” Hari ini terdedah bagaimana institusi Peguam Negara dan institusi Kepolisian yang diketuai oleh ketua polis negara terlibat dalam gerakan kongsi gelap,ini yang mesti diperbetulkan,” kata Mahfuz Omar lagi.
[Nampaknya, tuduhan yang dibuat oleh UMNO BN terhadap PKR ini seolah-olah untuk menutup isu sebenar bahawa kerajaan yang ada hari inilah yang berbuat demikian sebenarnya. Malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sendiri telah meminta Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan. Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi iaa perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu. Rupa-rupanya, yang membuka cerita ini ialah bekas wakil rakyat lompat PKR sendiri, maka wajarlah ia dilihat sebagai satu ruang untuk "membodek". Zahrain mungkin bercita-cita besar untuk bertanding atas tiket BN pada PRU-13 ini. Lantaran itulah beliau perlu membuat pendedahan panas agar namanya diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi BN terutamanya Perdana Menteri Najib Razak sendiri].

hj hadi kata bleh berurusan dgn yahudi...oklah tu...apa yg nak kecoh lagi? kena cari fakta apco ni zionis le plak bro...kahkahkah
BalasPadam