
KUALA LUMPUR, 14 Mac - Pakatan Rakyat menggesa CEO Lynas Corporation, Nick Curtis (foto) mengadakan pertemuan dengan rakyat negara ini terlebih dahulu sebelum berhasrat bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng. Tindakan itu, bagi Pakatan Rakyat adalah sejajar dengan slogan kerajaan persekutuan "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan". Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila Lynas Corporation melahirkan kekecewaan dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan syarikat itu semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti. "Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju saya tidak berjumpa dengan CEO Lynas selagi pegawai berkenaan tidak berjumpa dengan rakyat negara ini telebih dahulu," demikian tegas Lim Guang Eng dalam sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini. Terdahulu, dalam satu kenyataan, Lynas mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif itu. Ekoran itu, CEO Lynas itu bersedia untuk bertemu dengan Lim Guan Eng bagi menjelaskan kedudukan kilang Lynas di Gebeng. Nick Curtis, bagaimana pun menegaskan bahawa tawaran untuk berjumpa itu masih lagi terbuka.

Sidang Media pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen semalam
Sidang Media pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen semalam
[Tindakan CEO Lynas untuk bertemu dengan Lim Guan Eng adalah satu strategi politik beliau sebenanrnya. Agak hairan, kenapa beliau tidak mahu menjemput rombongan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) yang telah ke Australia Oktober tahun lalu?. Jika beliau jujur dan ikhlas, beliau sepatutnya bertemu dengan pihak terbabit untuk berbincang apa yang tidak kena dalam projek ini. Bukannya membiarkan rakyat menanggung risiko untuk terus hidup. Kini, Lynas semakin tersepit sama ada meneruskan projerk tersebut atau membawa ia keluar dari negara ini. Apa yang pasti, amat sukar untuk ia dipindahkan ke tempat lain kerana lesen TOL untuk mereka beroperasi sudah pun diluluskan oleh kerajaan walau pun lokasi untuk membuang sisa-sisa bahan buangan terbabit masih lagi menjadi kontroversi. Mereka boleh melakukan apa saja untuk mempertahankan projek ini, namun rakyat juga ada hak untuk menghalangnya kerana mereka yang akan hidup dan tanggung segalanya].






Cis...siapa CEO Lynas yg ada hati nak jumpa dgn LGE.....poorahh....
BalasPadamkamu tu layak jumpa dgn menteri besar pahang je....
kalau betul nak jumpa buat temu janji dgn pemimpin Anti lynas dan tempat pertemuan nanti di sg papan Bukit Merah, Perak....
ada berani?
sama lah mcm FUziah.. bila org ajak jumpa x nak.. suruh jumpa rakyat.. dah tu.. dok sebar fakta salah.. apa kes...
BalasPadamhttp://www.pulokdoh.com/duta/lge-takut-jumpa-lynas
BalasPadamPDO equal to Penyebar Dusta+fitnah Online..
BalasPadamsame cm seme yg anti lynas..org ajak bedebat guna fakta n akal yg rasional & profesional xmau..bleh la dikatakan sbg bodoh sombong..org nk bgtau bnde benar xmau..dok jugak bwk cerita tanpa fakta & kbenaran tu..ble bwk dusta..namanye MEMFITNAH..PDO admin, baik ko siat daging2 sedara mara terdekat ko dlu n mkn..
wassalam