IPOH, 30 Mac - Tatkala isu kilang pemprosesan nadir bumi Lynas hangat diperbincangkan, Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi. Tubuh Cheah didapati menggeletar kerana sakit sejak dua hari lalu, dan dihantar ke hospital untuk rawatan, lapor MerdekaReview. Cheah Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982. Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth, dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal. Pengerusi Jawatankuasa Anti-Radioaktif Perak (PARC) Hew Yoon Tat telah mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview ketika dihubungi. Lai Kwan kini berusia 70 tahun. Beliau mempunyai lapan orang anak. Kebetulan cucunya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya pada awal bulan ini, kini pula berdepan dengan kematian anaknya, Cheah Kok Leong. Lai Kwan yang merana kemiskinan hanya menerima bantuan dana RM150 setiap bulan dari PARC. Beliau menyara hidup keluarganya, dan berjaya membesarkan anaknya Cheah Kok Leong. Sebelum ini, pengarah filem independen, Tan Chui Mui telah menerbitkan sebuah filem berjudul Lai Kwan's Love, dan dimuatkan ke dalam Youtube. 【Baca: Pengarah filem enggan lagi menjadi rakan subahat kepada kerajaan]. Oleh sebab tidak mampu membuktikan secara saintifik bagaimana radioaktif memberi kesan langsung kepada anak kandungnya, Lai Kwan tidak dapat menuduh kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth yang menyebabkan anaknya terencat akal. Malah sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Asian Rare Earth juga menafikan pembebasan radiasi yang mengancam keselamatan penduduk tempatan, dengan hujah "tiada bukti saintifik". Pakar radiasi Kanada, Rosalie Bertell ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Ipoh memetik laporan Asian Rare Earth, bahawa produk sampingan kilangnya mengandungi Plumbun, Thorium dan Thorium Hydroxide yang beradiasi, bakal menjejaskan sel manusia, sehingga sel kehilangan fungsi pembiakan. Rosalie Bertell menambah, orang dewasa pada umumnya tidak merasai kesan radiasi, kerana ia memerlukan masa untuk memperlihatkan kesannya. Tetapi, seandainya ovum disenyawakan sperma, kesan radiasi akan diperlihatkan dalam masa yang singkat. Wanita hamil yang menerima kesan radiasi akan melahirkan anak yang cacat, jelas Rosalie. HRKH
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu






Kat kampung saya pun ramai juga yang cacat macam tu....mungkin radiasi kilang padi....sekam padi....atau mungkin juga enjin traktor....entah le....
BalasPadamKat kampong awak tu ramai cacat bukan kena radiasi tapi penagih daun ketum.
BalasPadamMarch 31,2012 9:18:00 AM
BalasPadamjgn ckp mcm 2, penagih2 nie diaorg yg rosakan diri sendiri, cacat sebegini terjadi kt mana2 negeri, yg lebih teruk pada tu pun byk,x kan dinegeri lain anak2 cacat sebegini terkena radiasi jgk, melihat pada bacaan kadar radiasi yg diambil oleh SMSL tempoh hari berlatar belakang kilang RARE dengan ditemani lembu2 yg asyik meragut rumput di situ membuktikan tahap radiasi disitu adalah terkawal, klau lembu disitu blh mkn rumput dn sudah semestinya lembu tersebut akan disembelih dn dimakan oleh manusia akhirnya jadi kesimpulannya tempat itu adalah selamat, org SMSL ada x tanya tuan lembu tersebut berapa lama dh dia jadikan kawasan keliling kilang RARE tersebut sebagai padang ragut lembu dia? ada x org pegi saman tuan lembu tersebut kerana lembu dia beracun, rasanya x de pn, melihat isu Lynas nie seolah2 kilang ni menjadi mangsa kepada pihak kerajaan dn pembangkang, dua2 menegakkan fakta2 saintifik masing2..
Tima kasih anon 31/03/12 12:03:00 pm yang saya agak bersekolah tinggi dan memberi jawapan yang bernas lagi konkrit.....bagi anon 31/03/12 9:18:00 pegi sapu hingus kat hidung tu dulu....pastu baru bagi komen kat pdo.....
BalasPadamSemua yang mati semua salah kerajaan hahahahaha.....petuihhh... Bolo punya olang...
BalasPadam