
SHAH ALAM, 12 Mac - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (foto) akhirnya mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai Senator tamat bulan April depan. Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan. Beliau bagaimanapun hanya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita UMNO. Keputusan itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kontroversi panjang isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail. Skandal NFC dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu turut mengaitkan dirinya. Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan Senator itu akan meletakkan jawatan. Sebelum ini, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan. Selain desakan banyak pihak termasuk pihak pembangkang, beberapa individu dalam UMNO seperti bekas Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua UMNO Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti. Malah, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar “jangan sayang kepada jawatan.” Sementara itu kelmarin, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memfailkan saman balas terhadap Shahrizat. Tujuan saman balas tersebut menurut Zuraidah dan Rafizi berikutan khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan. Pada 19 Januari lalu Ketua Wanita UMNO tersebut bertindak menyaman Zuraidah dan Rafizi kerana mengkaitkan beliau terlibat dengan skandal penyelewengan NFC.
[Keputusan Shahrizat ini sungguh mengejutkan, kerana beliau sebelum ini dengan sombong dan bongkak mengaku dihadapan Wanita UMNO bahawa dia tidak mungkin letak jawatan. Tapi, apa sudah jadi sekarang?. Selepas segalanya terbongkar dan terus dibongkarkan kini Sharizat mula menikus. Namun, harus diingat keputusan beliau ini tidak akan memberi apa-apa keuntungan kepada UMNO BN, kerana wang RM250 juta tersebut haruslah dipulangkan kepada kerajaan. Jika hanya letak jawatan menteri tetapi tidak Ketua Wanita UMNO, maka tiada apa yang boleh kiat banggakan sebenarnya. Mungkin ia sekadar mahu mengaburi mata rakyat kononnya UMNO sudah berlaku adil dalam menangani isu ini. Tambahan pula beliau bukan letak jawatan sebenarnya, tetapi kontraknya sebagai Senator berakhir dan mungkin tidak disambung semula. Jika dia jujur, maka beliau perlu berani letak jawatan dakam UMNO. Nampaknya rakyat cuba dipermainkan dengan isu ini. Walhal, mereka akan terus selesa merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi masing-masing. Justeru tolak UMNO, tolak BN pada Pilihanraya Umum akan datang jika mahu negara ini berubah!].






Jgn berenti saja jer... bayar lah balik duit rakyat RM250 juta. Takkan berenti lepas tu joli dgn duit rakyat, bankraplah negara kalau semua pemimpin Umno buat mcm tu!
BalasPadamNgapa tunggu habis tempoh lantikan senator, letak jawatan sekarang baru betul, kalau tunggu habis tempoh tersebut itu bukan letak jawatan, itu habis tempoh kan3.
BalasPadamHeboh satu malaya kononnya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan meletakkan jawatannya sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai Senator tamat bulan 8 April depan.
BalasPadamShahrizat telah dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 dan akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan. Tapi dia umum semua orang akan meletakkan jawatan pada 8 April.
Sharizat tidak pernah menghantar surat meletakkan jawatan menteri seperti dalam kenyataannya tapi kontrak senator yang disandangnya tidak disambong maka perkhdimatannya sebagai menteri terpaksa ditamatkan....
Dan Sharizat juga tidak akan melepaskan jawatannya dalam parti sebagai ketua wanita UMNO Baru.
Oleh kerana itu apa yang diwar-warkan sebagai meletakkan jawatan adalah propaganda kepada makcik felda yang bertujuan untuk menipu disamping menagih simpati dan sokongan agar dia diberi lagi ruang untuk jadi pemimpin.
Dan perdana menteri UMNO Baru dalam sokongannya telah mengingatkan semua wanita UMNO Baru agar memberi sokongan padu pada Sharizat yang bersubahat dalam penyelewengan projek lembu yang diuruskan oleh ahli keluarganya sendiri.
Apakah anda suka pada Perdana Menteri Malaysia ? Lu fikirlah sendiri.....
Hari ni aku tengok tv 31/4 ada tunjuk laki shahrizat ni kena tuduh di mahkamah......tahniah pada pembangkang yang telah membangkitkan isu ini.....bangkai gajah bukan boleh ditutup ngan nyiru...........
BalasPadambersara dari jadi manusia & tinggalkan dunia ini adalah tindakan yang terbaik buat dia ni!!!!
BalasPadamMacamlah ko baik sangat.
BalasPadamtak lama dulu tunjuk samseng, sampai senseng lengan baju. Sekarang ni nak senseng apa pulak?
BalasPadam