script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PKR Mendakwa Najib Guna Wang Rakyat Untuk Membiayai Majlis Pertunangan Anaknya !!

PETALING JAYA 9 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mendakwa majlis pertunangan anak perempuan Datuk Seri Najib Abdul Razak di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur yang bernilai hampir setengah juta ringgit dibiayai duit rakyat. Bagi membuktikan dakwaannya itu, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (foto) mendedahkan dokumen tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang bernilai RM409,767 yang bertarikh 17 Jun tahun lepas. Menurut butiran pada dokumen tempahan majlis itu, akaun pembayar bil dan nama majlis dicatit sebagai “Pejabat Perdana Menteri”. “Hari ini kita mengemukakan bukti kukuh bahawa majlis tersebut sebenarnya dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayarannya dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri. “Booking Contact adalah Setiausaha Sulit Peribadi PM, Datuk Mohd Po’ad Jelani,” jelas Rafizi yang turut menjelaskan PKR terlebih dahulu melakukan semakan terhadap butiran dan individu yang terlibat dalam dokumen berkenaan untuk memastikan ianya boleh dipercayai. Rafizi turut mengkritik tindakan Najib yang akhir-akhir cuba menonjolkan sikap kesederhanaan untuk memenangi hati rakyat menerusi program Menu 1 Malaysia tetapi pada masa yang sama, membelanjakan sejumlah wang yang begitu besar untuk satu majlis pertunangan. “Bagaimanapun itu adalah hak peribadi mereka untuk mempunyai citarasa yang tinggi tetapi adalah memualkan apabila wang rakyat digunakan untuk memenuhi nafsu dan citarasa mereka,” ujar Rafizi sambil mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang didedahkan. Sehubungan itu, Rafizi mohon Najib tampil memberi penjelasan dan sertakan bukti untuk menafikan segala dakwaan yang dikemukakan PKR hari ini. Mengikut salinan dokumen berkenaan, tempahan itu menunjukkan secara terperinci setiap tempahan jamuan dengan kos jamuan VIP mencecah RM18,792 untuk 36 orang. Sejumlah RM309,975 pula diperuntukkan untuk kos jamuan seramai 862 tetamu selain kos pengendalian sebanyak RM81,000.


Sila klik sini untuk lihat dokumen asal sepenuhnya tentang kontroversi ini

[Pendedahan yang dibuat oleh Rafizi ini sungguh menggemparkan. Sebelum ini Najib dan Rosmah dikatakan telah menggunakan wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke negara Kazakhstan itu untuk ke majlis yang berasingan. Namun, kini sesuatu yang lebih mengejutkan apabila wang rakyat pula dikatakan telah digunakan untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Dokumen yang dikeluarkan ini mungkin diperolehi daripada orang dalam yang sudah tidak tahan melihat keborosan Najib dan Rosmah menghabiskan wang rakyat. Beliau boleh menafikannya, namun rakyat juga boleh menilai sendiri apakah maklumat ini benar atau tidak. Justeru sama-sama kita ambil iktibar atas apa yang berlaku. Kepada pemimpin UMNO di Pahang, banyak fail-fail sulit tentang penggunaan wang rakyat akan didedahkan menjelang PRU-13 nanti. Maka ingatlah, bukan semua orang disekeliling anda yang setuju dan suka dengan apa yang anda lakukan. Semua dokumen yang berkaitan sedang disiasat PDO sekarang ini].
Share:

2 ulasan:

  1. Terima Kasih Pakatan Rakyat.
    Rakyat walau berdiam namun sentiasa mengambil maklum. PRU-13 jawapan kami.
    Teruskan usaha pemurnian tadbir urus negara.

    BalasPadam
  2. Pru 13......kemenagan tetap pada BN.....pembangkang boleh bermimpi disiang hari..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.