script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: PAS Wilayah Persekutuan Sokong Mahfuz, Gesa Kerajaan Henti Beri Taraf Kewarganegaraan

KUALA LUMPUR, 13 Mac - PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Datuk Mahfuz Omar (foto) yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai diadakan. “PAS WP menganggap gesaan Naib Presiden PAS itu sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU13,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz (foto). Krajaan wajar ambil langkah itu bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU13 seperti mana yang sering dibualkan sebelum ini. Menurutnya, pilihan raya umum dalam sebuah negara demokrasi adalah hak buat rakyat Malaysia, justeru tidak wajar bagi sesebuah kerajaan menggunakan warga asing bagi memenangkan partinya. Tindakan itu, ujarnya adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap hak demokrasi di negara ini. Bagi PAS WP, tambahnya lebih elok kalah pilihan raya melalui undi rakyat negara yang sah, kerana ia adalah kekalahan bermoral dan terhormat daripada menang dengan cara penipuan. “Biarkan rakyat negara ini sendiri yang menilai pemerintahan negara kerana mereka kenal pemimpin mana yang betul dan salah untuk dipilih,” ujarnya. Rakyat asing pula, kata beliau tidak berhak campur tangan dalam politik negara ini serta menentukan masa depan dan pemerintahan negara. Justeru, katanya PAS WP meminta kerajaan ambil perhatian terhadap cadangan yang diutarakan itu jika kerajaan benar-benar bersikap telus dalam memastikan perjalanan PRU13 berlangsung dengan adil dan bersih. “Jika tidak, selamanya kerajaan negara ini tidak bersih dari persepsi masyarakat bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya umum di Malaysia amat kotor dan mungkin PRU13 adalah pilihan raya paling kotor dalam sejarah,” katanya.



[Tindakan kerajaan UMNO BN memberikan begitu banyak taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing amatlah memalukan rakyat sendiri sebenarnya. Ia jelas satu pencabulan yang tidak wajar berlaku terhadap bangsa sendiri pada zaman moden ini. Namun, dek kerana mahu terus kekalkan kuasa walau pun tahu mereka sudah ditolak majoriti rakyat maka pemimpin itu sanggup lakukan apa saja asalkan boleh menang dalam pilihanraya. Akhirnya tanah tergadai dan bangsa serta rakyat sendiri terpaksa merempat di bumi sendiri. Berapa ramai rakyat tempatan yang tidak mendapat tanah hatta sekangkang kera sekali pun. Malah ada yang telah memohon puluhan tahun. Tapi bagi warga asing ini, mereka begitu mudah mendapatnya asalkan sanggup mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Sebagai buktinya, pembaca boleh datang ke kawasan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sendiri].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.