RAUB, 22 Mac - PAS Kawasan Raub menafikan khabar angin yang mengatakan Setiausahanya, Dr Mohamad Nilam (foto) meninggal dunia. Yang Dipertua PAS Kawasan, Badaruddin Amirudin berkata, keadaan Mohamad Nilam bertambah baik dan stabil. Beliau kini masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan beliau dan sentiasa mendapatkan maklumat daripada isterinya Dr Rozana Hanan setiap hari. “Khabar angin yang mengatakan Mohamad Nilam meninggal dunia hanya gosip bohong yang dibuat pihak tertentu. “Kalau nak gosip pun biarlah bertempat dan jangan permainkan soal kematian,” kata Badarudin kesal. Mohamad Nilam mengalami kecederaan ringan setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu. Beliau dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh sebelum dihantar ke HKL. Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin utama PAS Pahang turut meluangkan masa menziarahi beliau di HKL bagi mengetahui perkembanganya. Menurut Badaruddin, setiap hari Mohamad sentiasa menerima kunjungan daripada sahabat dan rakan di HKL. “Saya harap rakan-rakan dapatkan maklumat yang betul dari PAS kawasan dan jangan mudah percayai khabar angin,” katanya.
Tiga saudara maut disambar petir dibawa pulang ke Semporna
-
SERDANG – Jenazah tiga saudara yang maut selepas disambar petir ketika
membaiki kereta di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang petang semalam dijangka
dibawa...
Sejam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan