KUANTAN, 8 Mac - Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) digesa menamatkan perkhidmatan kesemua Ahli Lembaga Pengarah di semua Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) yang didakwa begitu lama memegang jawatan tersebut sedangkan ramai lagi rakyat negeri Pahang yang layak dilantik. Demikian ditegaskan oleh seorang Aktivis Masyarakat yang ditemui hari ini. Menurut beliau, banyak Anak Syarikat Kerajaan (GLC) Negeri Pahang yang dipercayai "tidak berpotensi dan berdaya maju" tetapi masih dipertahankan. "Kenapa kerajaan nak tanggung biawak hidup. Syarikat dah tak untung dan rugi .. tutup jer. Kenapa masih nak bayar gaji Ahli Lembaga Pengarah yang makan gaji buta. Bukankah ia merugikan duit kerajaan. Saya harap semua Ahli Lembaga Pengarah yang lama-lama ditukar baru selepas PRU-13 ini nanti. Ramai muka-muka baru yang terdiri dari kalangan orang muda yang boleh diketengahkan. Mereka punyai idea dan wawasan baru untuk memajukan GLC di Pahang. Tapi kenapa MB masih kekalkan orang yang sama. Malah melantik pula orang yang sudah pencen ke jawatan itu. Apakah tidak ada anak-anak Pahang yang lebih layak mentadbir dipilih. Inilah yang menyebabkan banyak GLC di Pahang terus merudum dan tidak berdaya maju. Transformasi yang dijanjikan perlu dilaksanakan segera. Jika tidak, sampai bila-bila GLC ini akan terus menyusahkan Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri", katanya. Pada masa ini, banyak GLC yang gagal menunjukkan prestasi yang membanggakan bagi menjana ekonomi di negeri Pahang. Anehnya, terdapat juga antara GLC terbabit yang masih terus dipertahankan biarpun sudah mengalami kerugian dan berada dalam keadaan nazak. MB harus berani melakukan perubahan jika mahu melihat negeri ini maju. Jika tidak, beliau wajar mengundur diri dan berikannya kepada yang lebih layak untuk mentadbir negeri ini dengan cara lebih baik.
[Adnan dalam satu kenyataan ketika merasmikan Konvensyen Ekonomi Pahang di Kuantan baru-baru ini berkata Kerajaan Negeri memiliki aliran pelaburan yang stabil sama ada dalam sektor tempatan mahupun luar Negara. Dengan kadar 1.5 hingga 2 billion setiap tahun, perkembangan ekonomi Negari dijangka bakal membangun dimasa akan datang. Itu kata-kata MB Pahang, namun hakikatnya tanah-tanah milik GLC Pahang dan UMNO kini sudahbanyak yang terjual ke tangan asing terutamanya tokey-tokey dari Singapura. Isu ini akan kami bongkarkan dalam masa terdekat. Paling mengejutkan, GLC paling berdaya saing kononnya di Pahang iaitu PKNP juga dikhabarkan telah melakukan tindakan yang sama untuk menampung kewangan mereka yang semakin merudum. Ekonomi Pahang sebenarnya semakin tenat dan ia diakui oleh ramai pemimpin UMNO sendiri. MB hanya bercakap untuk menyedapkan hati beliau sendiri, sedangkan hakikatnya sejak bergelar MB tiada langsung pertumbuhan ekonomi seperti yang diharapkan oleh rakyat berlaku. Bajet negeri sentiasa defisit dan bila ditegur mereka akan menyalahkan pentadbiran MB terdahulu. Sampai bila harus begini?. Apakah ini cara Adnan buat kerja?].

Pasdec Holding, Pascorp Paper,Astana Golf, PKNP Mineral, Rumpun Timur... semuanya rugi... Anak syarikat yang untung semua dah jual!...
BalasPadamhah hah ha..
BalasPadam