
KUANTAN, 27 Mac - Satu laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat oleh wakil penduduk berkaitan isu penyelewengan tanah di Kg.Bukit Rangin seperti yang telah kami dedahkan atas tajuk "Penduduk Kecewa, 30 Tahun Tunggu Geran Hak Milik, Tiba-Tiba Dapat Notis Arah Pindah Apabila Tanah Di Duduki Kini Jadi Milik Syarikat Swasta" pada 9 Mac lalu. Laporan telah dibuat oleh wakil penduduk yang diketuai oleh Abd Aziz Rani,57, (foto) di IPD Kuantan dan Pejabat SPRM Pahang dekat sini semalam. Dalam laporan tersebut menyatakan dengan jelas kekecewaan mereka terhadap penyelewengan tanah yang diluluskan kepada sebuah syarikat swasta, sedangkan mereka telah terlebih dahulu memohon tanah terbabit sejak 30 tahun yang lalu. Dalam laporan tersebut juga menyatakan tanah terbabit telah didiami penduduk sejak tahun 1983 lagi dan telah membuat beberapa permohonan untuk mendapatkan geran hak milik daripada Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan. Walau bagaimana pun permohonan penduduk yang semuanya terdiri dari orang Melayu telah ditolak dengan berbagai alasan termasuk dikatakan berlapis dengan kawasan saluran paip gas Petronas. Namun anehnya pada awal 2012 yang lalu, penduduk telah didatangi oleh wakil pemaju sebuah syarikat pemaju perumahan (Sentoria Group Berhad) yang mengarahkan mereka mengosongkan tanah berkenaan kerana ia dikatakan telah menjadi milik swasta iaitu syarikat Jaraico Sdn Bhd. Susulan itu, mereka mengesyaki ada berlakunya penyelewengan dan salah guna kuasa terhadap kelulusan terbabit dan meminta pihak polis dan SPRM jalankan siasatan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan dengan segera. Turut hadir mengiringi mereka ialah Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Yusof Embong dan Ketua PKR Cabang Paya Besar, Hj.Zahari Mamat serta lain-lain pemimpin pakatan.

Sempat bergambar di perkarangan lobi Pejabat SPRM Pahang semalam
Sempat bergambar di perkarangan lobi Pejabat SPRM Pahang semalam
[Apa yang jelas dapat dilihat, tidak ada seorang pun pemimpin UMNO BN yang turut hadir untuk bersama-sama membela nasib penduduk dalam kes ini. Mereka hanya berjanji untuk membantu dan mengarahkan penduduk bersabar serta terus menunggu. Akhirnya penduduk dihalau keluar dari tanah tempah mereka menumpahkan peluh dan keringat sejak 30 tahun lalu. Pemimpin UMNO hanya pandai berjanji untuk pindahkan penduduk ke satu lokasi rumah PPRT yang tidak didiami akibat terletak di kawasan banjir (hingga paras bumbung). Sebaliknya, mereka langsung tidak membela nasib penduduk agar Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan mempertimbangkan permohonan yang telah dibuat sekian lama. Ternyata ada permainan "silap mata" di pejabat agensi terbabit, tambahan pula mereka meluluskan atas kawasan saluran paip gas Petronas dimana permohonan penduduk telah ditolak. Semoga SPRM dan pihak polis dapat menyiasat kes ini dengan adil. Memang ada unsur penyelewengan, tambahan pula syarikat swasta yang mendapat tanah itu adalah saudara mara bekas MB Pahang, Tun Khalil Yaakob sendiri. Bukankah beliau dulunya adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang?. Maka, jika rakyat itu didahulukan berikan hak kepada para penduduk sekarang juga].







Aziz Rani = Keluar Barisan....ziz
BalasPadamAziz Rani bukan orang barisan (fakta)
BalasPadam