script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Seorang Lagi "Pemimpin UMNO" Di Pahang Bakal Tinggalkan Parti Itu, Dalam Masa Terdekat !

KUANTAN, 7 Mac - Seorang lagi pemimpin UMNO Pahang bakal mengikut jejak langkah Dato' Ariff Sabri (Bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Pekan) untuk meninggalkan parti itu dalam masa terdekat ini. Namun, pendiriannya berbeza dan tidak akan sertai mana-mana parti pembangkang atau lain-lain komponen BN seperti Ariff Sabri (masuk DAP). Beliau khabarnya berbuat demikian untuk bertanding sebagai "Calon Pro Rakyat" di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Ketika dihubungi, beliau menjelaskan sudah tiba masanya untuk dia berpihak kepada rakyat secara lebih jelas lagi. "Bukan saya tak suka berada dalam mana-mana parti. Tapi, apalah guna saya berjuang dari dalam jika suara saya tidak mahu didengari oleh pemimpin atasan. Banyak teguran yang saya buat telah dipandang sepi oleh mereka. Saya berjuang demi rakyat berbagai bangsa, agama dan negara tercinta. Maka, lebih elok saya tawarkan diri bertanding sebagai calon bebas (pro rakyat) untuk membolehkan saya membela semua rakyat tanpa membezakan fahaman politik masing-masing", katanya. Menurut sumber, beliau kemungkinan besar akan bertanding di salah satu DUN di Kawasan Parlimen Pekan, Kuantan, Indera Mahkota atau pun Paya Besar memandangkan beliau lebih dikenali oleh rakyat di kawasan tersebut. Walau bagaimana pun, namanya memang cukup dikenali di peringkat negeri dan negara. Tambahan pula, hubungan beliau yang cukup rapat dengan pemimpin atasan selama ini. Beliau yang juga berkelulusan dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) itu khabarnya cukup dekat dihati rakyat kerana banyak kerja-kerja amal dan kebajikan yang dilakukan selama lebih dari 37 tahun yang lalu.



[Maklumat terbaru ini sungguh mengejutkan dan merupakan tamparan hebat buat UMNO Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob. Difahamkan, lebih ramai lagi pemimpin dan bekas pemimpin parti itu akan berbuat demikian sebelum Pilihanraya Umum ke -13 akan datang. Ramai dikalangan mereka yang menghubungi kami menyataka perasaan kecewa kerana MB dipercayai telah menggunakan kuasanya untuk memperkayakan proksi dan ahli keluarga beliau dengan hasil mahsul dan khazanat rakyat Pahang. Tindakan ini jelas bertentangan dengan perjuangan asal UMNO untuk membela orang-orang Melayu. Malah, difahamkan banyak tanah-tanah dan ladang milik anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang (GLC) sendiri telah tergadai dan terjual ke tangan asing. Pemimpin UMNO gagal mempertahankan hak-hak rakyat hanya kerana mengejar keuntungan duniawi semata-mata. Justeru, bagi mereka yang jujur berjuang dalam parti akhirnya terpaksa undur diri setelah melihat kepincangan berlaku didepan mata mereka gagal untuk dipulihkan lagi. PDO akan membuat pembongkaran seterusnya dalam masa terdekat termasuk kegagalan kerajaan negeri Pahang mempertahankan aset-aset GLC dari jatuh ke tangan asing. Ia sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku jika pemimpin UMNO Pahang tidak khianat kepada perjuangan nenek moyang terdahulu. Inilah senario yang berlaku di Pahang sekarang].
Share:

2 ulasan:

  1. Sikap Melayu tamak,haprak dan tidak bermaruah memang memalukan bangsa.Kalau dulu Melayu begini menjadi 'Alibaba' dalam bidang perniagaan,menjual nama utk mendapat kekayaan,sekarang Melayu begini menjadi 'Alibaba' pula dalam bidang politik,tidak mampu mencari pengaruh sendiri,lalu rela mengadai nama utk mendapat habuan pengaruh secara menumpang parti yg bakal menghanyutkan orang Melayu.

    BalasPadam
  2. ariff sabri takut bini............masa jd yb langsung xpopular...jmpe rakyat pun xpenah...skang bler xdipilih jg YB mula lompat parti.....bodoh nye ariff sabri........org bodo booleh ler ko tipu.....yg kenal ko tu gelakkan kan aje kebangangngan ariff sabri....adoyai....ade mnusia cm ni....peluang dtg skali je mase tu xde ape pun ko buat....alasan takut bini....bodoh....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Yakin BN Dapat Pertahankan Negeri Melaka, Gerak Kerja Jentera Kempen Kalangan Anak Muda Kini Semakin Mantap

MELAKA : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) dapat mempertahankan kemenang...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.