
KUANTAN, 6 Mac - Orang ramai terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang dilihat sudah menjadi seperti parti politik sekarang ini. Apa tidaknya, selepas mereka memagar Padang MPK1 iaitu lokasi asal Himpunan Hijau 2.0 baru-baru ini, kini Penguatkuasa MPK sibuk pula menurunkan bandera parti politik di sekitar kawasan Kuantan. Entah apakah yang ditakutkan mereka, atau memang mendapat arahan pihak atasan yang gusar dengan sokongan rakyat terhadap parti pembangkang sekarang ini agaknya. Operasi menurunkan bendera parti politik dilihat hanya melibatkan bendera parti pembangkang terutamanya bendera PAS. Tinjauan krew PDO yang mengikuti kenderaan MPK mendapati, mereka akan menurunkan bandera PAS yang diletakkan pada pokok, pagar, tiang atau sebagainya. Kerja-kerja ini dilakukan selepas mendapat arahan daripada pihak yang terbabit di lokasi-lokasi berkenaan. Kemungkinan besar maklumat diberikan oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) atau pun UMNO sendiri. Nampak benar mereka takut kepada pembangkang, lantara melakunkan tindakan yang jelas kebudak-budakan itu. Apapun, agak menghairankan kerana MPK tidak pula menurunkan bandera UMNO BN yang bertebaran di merata-rata tempat. Mereka ternyata menjalankan tugas atas arahan politik, tanpa menngambilkira sentiman sokongan rakyat sebenarnya. Apapun, kita ucapkan syabas kepada pihak MPK kerana rela jabatan itu dipergunakan sewenangnya untuk tujuan politik. Malah, PDO amat yakin MPK akan menggunakan kuasa sepenuhnya pada PRU13 akan datang bagi menyekat kemaraan pembangkang. Maka itulah kita tidak hairanlah dengan kerja baru MPK ini.

Bukti, Penguatkuasa MPK sedang memanjat pokok untuk menurunkan
bendera PAS yang berkibar di situ. Lokasinya bukan di tengah bandar

Bukti, Penguatkuasa MPK sedang memanjat pokok untuk menurunkan
bendera PAS yang berkibar di situ. Lokasinya bukan di tengah bandar
[Apa yang jelas, tindakan mengampu sudah pun dimulakan oleh MPK sekarang ini. Ia selaras dengan hasrat Yang DiPertuanya yang dijangka akan naik ke jawatan Setiuasaha Kerajaan Negeri Pahang tidak lama lagi. Maka itulah kita tidak hairan MPK semakin bersikap "double standard" kepada rakyat yang sama-sama membayar cukai. Anehnya, tindakan menurunkan bendera parti politik ini lebih menjurus kepada bendera pembangkang semata-mata, sebaliknya tidak kepada bendera UMNO BN. Mungkin dek kerana Ahli Majlis yang duduk dalam MPK itu terdiri dari kalangan pemimpin politik UMNO BN, maka mereka terpaksa melakukan arahan yang jelas memperbodohkan jabatan terbabit di mata rakyat. Mereka fikir, semua rakyat harus berkiblatkan UMNO semata-mata. Sedangkan dalam MPK itu sendiri majoritinya adalah mereka yang mahukan perubahan pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apa yang jelas, semua arahan ini adalah dari mulur orang politik yang semakin gusar melihatkan sokongan rakyat kepada pembangkang meningkat sekarang].






Asslm! Apa nak dherankan boleh dkatakan sume kakitangan mpk tu memang karat biru,dari kepala hingga kekaki sume kalu dtoris kaki ke tangan ke tentu kelua darah biru.bab tu lah adun beserah x nak jd calon akan datang.bab dia x dapat kejasama ngan puak2 nie.Kwn x komen byk2 wat sakit ati.
BalasPadamkami org muda akn bangkit menentang puak2 nih...aku baru 28 tahun dan aku akan guna keuntungan bisness yg aku peroleh utk pembangkang..terutamanya PAS...
BalasPadamPas parti yg sedang nazak,pengikutnya dah tak tahu apa nak buat selain kerja bodoh menggantung bendera mereka setinggi yg boleh.Hajat hati mereka kalau boleh kebulan pun mereka nak gantung,tapi apakan daya tak tercapai tangan.
BalasPadamAku meramalkan Pas kalah teruk di Selangor,Kelantan hampir tumpas kalau pun tidak tumpas,dan Kedah sah balik ketangan BN.Pas parti rosak,dan tersesat di rosakan oleh parasit dan di sesatkan oleh TG politik al Pok Nik yg cakap ikut sedap .
Bodoh gantung ikut dan je.
BalasPadamMu cakap ikut dan je. Bukan semua orang kerja kerajaan ni pro kerajaan. Banggang...
BalasPadamErti= JKKK =J in K acau K ampong K awan.....apamacam....!
BalasPadamaku lebih senang berurusan dengan org umno haprak dari pas.ni reality wpon aku cenderung pembangkang.satu pengalaman member aku seorang bisnes pernah merisik muslimat pas,maklumla member aku ni jenis jaga amalan agama mesti nak yang baik tudung litup sebagainya.pastu kene reject sebab katanya fikrah berbeda.sedangkan puasa,solat dan semuanya sama je kita ni kate member aku.dulu aku pun pernah bertunang dari ahli kalangan pas ni area sana nun.tapi cukup getir dengan ujian.yelah keluarga menakan semua orang kuat pas serban besar.ex tunang aku bgtau pak menakan dia pas tu tak bagi kita teruskan hubungan sebabnya aku ni fikrah tak sama,kerja pun tak seberapa (dulu la).aduhh apa yang tak sama aku pun tak paham.akhirnya aku ditinggalkan mcm tu aje.pakai sms putus tunang (time ni mencurah air mata la)yang aku pelik hangpa pandai agama tp tak tau cara nak putus tunang.p la jumpa bg tau family aku paling kurang call jer la.ni 5 bulan dah putus by sms baru family aku tau..tup2 pak aku jugak yang call depa.cuma family aku kecewa sikit la dengan cara putus tunang cara koboi tu.yelah mungkin aku tiada jodoh dengan dia.
BalasPadam